Bertindaklah Sekarang.
>> Tuesday, January 19, 2010
Mulai awal tahun tempohari, rakyat di hadiahkan dengan kenaikkan harga gula, dalam bulan Mei 2010 bakal adanya perubahan yang di namakan sebagai “mekanisme baru harga minyak” walaupun sudah ada sedikit sebanyak sok..sek.. itu dan ini, tapi gua di fahamkan melalui member2 di Putrajaya harga minyak akan dinaikkan kepada RM3.00 seliter.
Tetapi dengan cara 2 sistem agihan melalui MyKad dan perbezaan kuasa kuda kereta (cc), di mana 2000cc kebawah akan ada potongan/rebet harga…, yang ini belum di putuskan lagi…, tunggu jelah kedatangan Mei 2010.
Apabila adanya lonjakan harga minyak yang tinggi, kita lihatlah nanti siapa yang senyum dan siapa pula yang bakal mengeluh dengan kehadiran harga baru dan mekanisme baru ini... apakah selepas beberapa hari kemudiannya harga barangan lain akan turut naik?
Dalam masa terdekat juga…, harga tol akan naik, taarif elektrik pun bakal menyenakkan kepala otak dan poket kita semua, semua perkara ini memang tak boleh di elakkan melainkan barisan nasional ditumbangkan dalam PRU-13, sekarang ni setakat mengutuk kera..jaan jelah, itu yang terdaya walau tidak mampu merubah apa2 pun. Balik2… kita juga yang terkena….
Oleh kerana itu, marilah kita beramai2 mula mengambil langkah lebih berhati-hati dalam berbelanja, kurangkan makan dan melepak di luar, zaman huu haa… gebang kedai kopi yang tak membawa hasil elok di hentikan, melainkan jika boleh memberikan hasil baru boleh onn…, jadi duit lu orang pun selamat.
Gua dah mulakan dan prinsipnya pedulikan apa orang nak kata, kawan2 nak kutuk… pedulikan diorang… asalkan diri dan keluarga lu orang selamat dan terkawal. Kalau lu orang susah pun bukannya kawan nak tolong… ingat pepatah “Kawan ketawa ramai, kawan menangis… lu pikirlah sendiri”
Ini sekadar berkongsi pengalaman, sebagai majikan gua kena bijak dalam berbelanja. Langkah pertama yang telah gua lakukan dengan menghentikan pengambilan pekerja baru apabila ada pekerja yang berhenti, jadi pekerja lama terpaksa buat dua kerja, kalau boleh buat lima enam kerja lagi bagus... jimat maaa..., Apa nak buat kalau dah terpaksa. Overtime pun gua dah mula catu… apa yang gua nampak boleh dijimatkan, gua cuba jimatkan. Kejam ke gua...? Kapitalis....?
Kepada pekerja gua, ada jugak gua pesan kat diorang… dalam zaman ekonomi meleset ni masing2 kena lipat gandakan usaha…, kalau dah malam2 tu free takda benda nak buat, carilah partime buat sementara dan memenuhi masa lapang, dapat juga duit extra buat tampung sana sini. Bukalah bisnes burger ke…, char kwey teow ke…? Dan pandai2 lu orang fikirlah mana yang sesuai dengan lu orang dan mengikut kemampuan modal.
Selain dari itu, dalam zaman internet ni gua cadangkan cari tambahan pendapatan dengan joint mana2 program MLM yang diperkenalkan. Gua tau ramai yang tak suka dengan MLM, dan gua pun bencikan MLM… sebab sebelum ini dah berlambak gua cuba.., tak pernah berjaya… bagi duit free jer… untuk pendaftaran, tapi di Amerika perniagaan inilah yang memberi peluang mereka yang berusaha dengan gigih untuk berjaya, hingga ada yang menjadi jutawan. Tak terkecuali di Malaysia pun ramai yang jadi jutawan, yang penting banyakkan usaha dan sedikit tuah (luck)
Selain dari itu, jika tak berminat berniaga dan MLM, cuba2lah cari mana2 tanah kosong, bagi yang tiada tanah boleh di sewa. bagi yang ada tanah sendiri… usahakanlah.. jangan di biarkannya kosong, mulakan dengan berkebun atau menternak ikut pilihan masing2, samada nak buat sendiri atau secara berkongsi dengan kawan pun boleh, pastikan kawan yang di percayai… dan jangan hangat2 tahi ayam jer… nanti menjerat diri pula.
Gua teringat pesan ex-CEO (Berjaya Group) gua enam tahun dahulu, dia pesan kat gua masa gua tender surat perletakan jawatan dulu dengan alasan nak berniaga. Dia cakap... kita bila nak berniaga kalau modal tak banyak kenalah mula dengan kecil-kecil dulu. Kalau dah tak ada duit berniagalah cara orang miskin.
Pada masa tu gua pun kurang faham dan blur dot com, jadi gua tanyalah dengan CEO tu niaga orang miskin macam mana?
Dia pun cerita, mengikut niaga cara orang miskin maksudnya ialah… kalau boleh gunakan segala sumber percuma yang ada selagi boleh…, maksudnya disini kawal kos perbelanjaan, jangan asyik nak belanja beli macam-macam… dan berlagak sebab keuntungannya belum tentu lagi.
Jadi gua pun terfikir niaga orang miskin ni macam orang yang berniaga dengan buka meja tepi jalan tak perlu sewa kedai atau warong, itu dah menjimatkan…. Boleh ke macam tu…?
Selamat berusaha dan Selamat maju jaya gua ucapkan.
1 IkutSukaLu...::
bro lu buka business apa ek?
i'm no king
Post a Comment