IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Allah, Tuhan Semesta Alam

>> Sunday, January 03, 2010


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam” QS al Fatihah 1:1

Allah adalah Tuhan, segala ciptaanNya adalah seluruh alam semesta ini... Maka segala puji hanya pada Allah, Tuhan bagi seluruh alam semesta. Sesungguhnya apa sahaja ciptaan Allah adalah alam samada ianya dipanggil manusia, langit, bumi, pohon2 malahan apa sahaja termasuk haiwan dan binatang. Keujudan2 yang seumpama itu adalah semata2 dijadikan oleh Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha Pencipta mengikut kehendakNya jua.

الْحَكِيمُ سَبَّحَ للهِ مَافِي السَّمَاوَاتِ وَمَافِي اْلأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ
“Telah bertasbih kepada Allah apa2 yang dilangit dan apa2 yang dibumi, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” QS ash- Shaf  61:1

الْحَكِيمِ مَافِي السَّمَاوَاتِ وَمَافِي اْلأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ يُسَبِّحُ لِلَّهِ
“Bertasbih kepada Allah apa2 yang dilangit dan apa yang dibumi, yang Maharaja, Maha Suci, Maha Perkasa dan Baha bijaksana” QS al Jumu’ah 62:1

Demikianlah Allah berfirman mengatakan bahawa apa yang dilangit dan dibumi bertasbih memuji kepadaNya. Sesungguhnya hanya Allah Tuhan bagi seluruh alam semesta ini tanpa mengira siapa, dimana dan bagaimana hal bentuk dan kedudukannya disetiap ketika.

Seperti firman Allah diatas yakni lembu, burung, ikan, awan, laut, gunung dan sebagainya bertasbih memuji Allah SWT adalah dengan ketentuanNya jua namun manusia yang diberikan kelebihan akal sesunggunya bodoh dan sombong menyebut nama Allah sebagai Tuhannya tanpa mengenaliNya.

Bukan membuat tuduhan melulu namun Allah sendiri telah menggarapkan didalam firmanNya, QS Yusuf 12:40, mafhumnya “Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama2 yang kamu da nnenek moyang mu membuat2nya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama2 itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, kebanyakan kamu tidak mengetahui”

Persoalan sekarang, mengapa manusia itu sendiri menjadikan nama Allah adalah milik eksklusif puak mereka sahaja sedangkan Allah adalah Tuhan seru sekelian alam? Paling mendukacitakan yang dipertahankan hanyalah sekadar nama dari banyak2 nama Tuhan malahan tidak pernah langsung mahu mengenal Tuhan itu, apalagi mahu mengikuti suruhan dan meninggalkan laranganNya. Memadaikah sekadar memperkatakan berTuhankan Allah sedangkan tidak mengimaniNya?

Cukupkah sekadar bersepanduk dan menjerit2kan ALLAHHUAKBAR sedangkan tidak pernah membesarkanNya? Nampak bersungguh2 mempertahankan nama Allah sedangkan perundangan dan hukum2Nya tidak dipraktikkan didalam kehidupan?

Tidakkah disedari perundangan dan hukum2 yang telah digunapakai telah tidak mempertahankan Tuhan, walau sekadar namaNya? Bukankah manusia2 yang mengatakan Allah itu Tuhan mereka sedangkan memakai guna perundangan dan hukum ciptaan mereka sendiri tetapi langsung tidak berupaya mempertahankan nama Tuhan sendiri?

Rencana ini sebenarnya menyentuh isu hangat (dihangat2kan?) diMalaysia hari ini, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan pihak gereja khatolik menggunakan nama ALLAH didalam penerbitan mingguannya Herald The Catholic Weekly mendapat tentangan hebat dari rakyat Melayu-Islam melalui NGO dan tokoh2 agama dan politik terkenal melalui tulisan dan protes beramai2 bersepanduk dan jeritan yang nampaknya begitu bersungguh2 namun langsung tidak menampakkan keIslamiknya! Antaranya adalah seperti berikut:-

Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak – ‘kerana perpecahan Melayu hari ini menyebabkabkan pihak selain Islam mengambil kesempatan bagi mengelirukan umat Islam’

Datuk Sheikh Abdul halim Abdul Kadir, Yang Dipertua Ulama Malaysia (PUM) – Kalimah Allah eksklusif untuk Islam’

Mohd Jurit  Ramli, Setiausaha, Gabungan NGO Malaysia – ‘Rujuk hal ehwal Islam kepada raja Melayu’

YB Zulkifli Noordin – ‘Majlis fatwa perlu segera bertindak’

KJ, Ketua Pemuda UMNO – ‘Meminta rakyat bertenang, kerana keputusan mahkamah itu masih tertakluk dipengadilan lebih tinggi iaitu di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan’

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri – ‘Akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu’

DYMM Agong, Sultan2 dan Raja2 Melayu - Tiada sebarang komen, barangkali menunggu memerandom2…?

Namun diatas kelalaian maupun lantaran kebodohan hanyalah manusia yang diberikan kelebihan akal fikiran oleh Allah, mereka menjadi terkeliru dan tertipu oleh hasutan iblis dan syaitan sehingga telah tidak berbuat tuntutanNya dan menjadi engkar kepada Tuhannya.

Mereka menjadi sedemikian apabila tidak menjadikan tuntutan Allah melalui ayat2Nya yakni al Quran nulKareem sebagai landasan kehidupan didunia ini. Mahu bicara tentang Islam tetapi sudah sungguhkah keIslaman masing2 jika tidak membaca al Quran dan pengajarannya untuk dijadikan perundangan dan perlembagaan kehidupan?

Bayangkan bagaimana dan apakah yang terjadi jika manusia dapat mendengar makhluk2 Allah yang lain itu (apa2 sahaja yang dilangit dan dibumi) bertasbih memuji Tuhan dengan menyebut Allah? Sudah tentu manusia menjadi lebih sombong dengan kebodohan mereka.

يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ ءَامَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَالاَتَفْعَلُونَ {2} كَبُرَ مَقْتًا عِندَ
اللهِ أَن تَقُولُوا مَالاَتَفْعَلُونَ {3}
“Hai orang2 yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat?. Amat besar kebencian disisi  Allah, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat” QS al-Shaf 61:2&3

Sesungguhnya manusia itu tidak mahu menggunakan akal untuk berfikir.

Wassalam.
ayahIssa.

2 IkutSukaLu...::

Unknown Sunday, January 03, 2010 7:07:00 PM  

Salam anakanda.

Kenapa mereka ributkan? Adakah perkataan nama Allah hanya hak orang Islam sahaja? Bukankah mnusia dan seluruh makhluk adalah hak Allah?

ISA Sunday, January 03, 2010 9:20:00 PM  

Salam Ayahanda,

Diorang semuanya tahu, biasalah kalau semuanya nak jadi JUARA RAKYAT konon.

Politik... bangang...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP