IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Agama & Melayu Terus Me...Layu...

>> Saturday, January 23, 2010

Melayu jangan terus layu…

Kenapa Melayu Tak Segar? sebab melayu tak suka berfikir. Malas nak guna otak kanan dan kiri suka tengok cerita hantu, kekasihku seru, tower 13, jangan tegur lagi menjadi kegemaran waktu maghrib dah tunggu depan tv melayu rajin bergosip sana sini kutuk orang ni kutuk orang sana bukan nak nasihat tapi mengata tambah2 dosa dan buat dosa kering.

Melayu suka hiburan ada AF ada malaysian idol terlebih kuantiti artis melayu, qari dan qariah susah nak jumpa. Top-up rm60 nak sms undi mawi/mila, tabung anak2 yatim dan tabung masjid taknak pulak top-up, note seringgit pun dah ketar tangan. Sibuk cerita artis kawin datuk apa kena mengena dengan lu orang? tak payah nak serabut kepala.



Di katakan miskin marah pulak pada hal sendiri pakai tak cukup kain, dedah sana ketat sini. Bertudung tapi alur body macam pakai swimming suit, nampak tahi lalat kat dada kat alur punggung, body pun apa kurangya kadang2 mengalahkan J.Lo...

Di katakan berasal dari timur penuh adab,sopan-santun dan lemah-lembut, merdeka sudah 52 tahun kenyataannya masih lagi terjajah minda dan akhlak, betul.. betul.. melayu mudah lupa?

Melayu suka enjoy2 “asalkan bahagia, ada fulus” saudara kat Palestin tak pernah dihiraukan, hari ni makan kfc, esok Mc dan saudara kat Palestin 3 hari tak makan, best… dapat tidur lena ada air-cond saudara kat Palestin tak dapat tidur. Kerana ketakutan anak Melayu main game counter strike, anak Palestin main baling2 batu untuk counter strike.

Melayu sanggup mati anak asalkan adat terjaga pada hal ada adat yang bertentangan agama, tak senang hati jumpa bomoh minta pelaris, nak maju santau saudara sendiri cucuk kat hidung cucuk kat pipi macam2 ilmu lastly tok bomoh juga yang kaya, diri yang merana.

Suka berlagak dan bermegah nak jadi datin nak jadi dato, happy go lucky gembira tak terkata anak jadi artis sampai jiran sebelah pun dah tak kenal, apa faedahnya? Dapat dosa lagi ada la… kalau happy anak dapat 21A spm takpa la… jugak, sejuk perut ibu yang mengandungkannya.

Melayu memang handal, merokok nombor 1, merempit nombor 2, meragut nombor 3 dan membuang masa menjadi hobi kesukaan, releks2 bangun tidur pukul 11pagi sambil mengeliat dan menguap “hmm.. malasnya hari ni”.

Baiknya hati melayu, berikan peluang pekerjaan kepada orang luar, kenapa tak mahu bekerja? tunggu emas jatuh dari langit? Sampai kiamat jenuh menunggu kalau takda usaha.

Melayu memang kuat dan berani ada gengster badan besar, bermegah ada geng ramai “kalau berani kacau la line kami” padahal satu agama, satu bangsa dan ehem.. ehem... 1malaysia kenapa boleh jadi lawan? kan lebih baik jadi teman tapi mesra rakyat.

Ramai juga melayu kat disko, konon release tension katanya, tu cara terbaik nak lupakan masalah keluarga, kewangan dan masalah kat pejabat. Ramai jugak kat lorong haji taib kesian… haji taib nama dia jugak yang busuk.

Umur 15 tahun dah syok2 bercinta, pmr pun belum ambik lagi pegang tangan perkara biasa tak tahu malu mungkin kot? Ramai melayu malam 14 februari, malam merdeka dan malam tahun baru a.k.a malam pecah dara, hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian masa tu nangis tak cukup tisu.



Mak ayah tak cukup kain tutup muka ada jugak yang 2 bulan tak keluar rumah, lain yang diharap lain yang dapat tak sejuk perut ibu mengandung tapi bukan salah ibu yang mengandung dan bapa yang menabur benih.

Di mana melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm, ada di rumah mimpi jadi kaya, ada di pejabat kerana letih, ada di shopping kompleks. Jalan2 pun ada… enak menjamu selera di restoran mamak, bukan mimpi tapi kenyataan. Ssolat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai.

Politik melayu ada di mana2… pejabat, rumah, atas jalan raya dan kat toilet apa kurangnya lepas tu mula la game hina-menghina, maki-memaki, tipu-menipu memang betul lidah tak bertulang tapi jangan salahkan lidah.

Nak Salahkan Siapa Melayu terus layu? Ibubapa, cikgu2, kera.. jaan, ketua kampung atau perdana menteri? ataupun polis raja di malaysia dan tok kadi? tepuk dada tanya iman, bila nak insaf? bila nak sedar? bila nak taubat? jangan tunggu Malaysia turun salji pulak, jangan tunggu selat melaka terbelah dua.

Bagaimana Melayu nak segar? Al-Quran dan as-sunnah yang menjadi pegangan di buat perhiasan di buat mainan, sekadar perlembagaan atas kertas dan menjadi bahan politik, akibatnya Melayu tak segar dan semakin layu….

Siapakah yang menjahamkan Agama dan Melayu...?

3 IkutSukaLu...::

Prof. Era Pasca Saturday, January 23, 2010 8:40:00 PM  

Bagaimana Melayu nak segar? Al-Quran dan as-sunnah yang menjadi pegangan di buat perhiasan di buat mainan, sekadar perlembagaan atas kertas dan menjadi bahan politik, akibatnya Melayu tak segar dan semakin layu….

Umno lah punca nya hahahaha

Kita naik kete ramai2 tapi pemandu ialah UMNO bila pemandu pergi ke disko takan kita nak tinggal kat tepi jalan je... hahaha

Unknown Saturday, January 23, 2010 11:51:00 PM  

Setuju dgn komen Baginda.
Sabda Rasulullah s.a.w rakyat akan ikut agama pemerintahnya.
Kalau pemerintah tak pedulikan hukum rakyat jd tunggang langgang.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP