Aduka Taruna, Lu Bagi Sikit Pahala Semalam Kat Gua...!!! Jangan Makan Sorang Bro...!!!
>> Sunday, January 24, 2010
Dalam n3 kali ini, gua nak tergelak sakan jugak dengan tahap kebodohan genetik melayu dari dulu kini dan mungkin selamanya akan berterusan begitu, itu pun jika masih tiada transformasi pemikiran dari tahap glokal ke tahap global.
Sebab itulah tahap PHD (Perasaan, Hasad, Dengki) melayu akan sentiasa berada di tahap tertinggi dan entah bila nak berubah, gua pun tak tahu nak agak bilakah masanya... mungkin sampai kiamat pun akan berterusan begitu.
Semalam… hingga ke pagi ini, gua memantau blog Aduka Taruna dan banyak sekali maki cerca sumpah seranah terhadap beliau, tahniah bro…!!! itu saja yang mampu gua ucapkan sebab semalam banyak pahala yang lu dapat… akibat dari maki hamun orang ramai terhadap lu, tak cukup dalam blog.., dalam Facebook pun ada jugak... dalam forum sana sini... pergghhh... glamour lu mengalahkan artis la pulak... dah macam selebriti..., kesian kat siti nurhaliza pujaan lu itu... ha..ha..ha... nanti tolong transfer sikit pahala tu pada gua.
Di sini gua bukan nak mempertahankan mahupun membela Aduka yang dah tak Taruna lagi, tetapi apa yang gua lihat secara logik dan rasionalnya dari posting blog beliau yang telah dipadamkan, seingat gua tak ada pula dalam posting tersebut menyentuh tentang mana2 individu. Semuanya bersifat secara umum. Mengapa pula ada tuduhan mengatakan beliau menghina Almarhum Sultan Johor..? Dan jika di amati secara menyeluruh yang tersurat dan tersirat, dalam posting itu tidak menyentuh lansung perihal kemangkatan Yang Amat Mulia Almarhum Sultan Johor.
Dan bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan blog beliau pasti memahami cara penulisan beliau yang berbentuk sinikal, penuh mantik, terkadang itu... tajuk n3 macam haramjadah... isinya pula entah apa2... macam celaka pun ada..., semua itu cara penulisan beliau, dan semua orang ada cara masing2. Jadi apa pula yang hendak di kecohkan...
Mungkin apa yang di maksudkannya adalah jiran sebelah rumah dia, sanak saudaranya atau orang kampungnya atau di kalangan kawan2nya, taknya pun di marahkannya ikan laga dia yang dah nyawa2 ikan hampir mati kelemasan akibat kalah berlaga dengan ikan laga jiran sebelah. Lagipun postingnya di buat lebih awal dari berita kemangkatan Almarhum Sultan Johor pada sebelah malamnya, jika tidak silap gua pada jam 7.08pm Almarhum Sultan Johor di laporkan telah mangkat.
Dan apa kewajarannya yang posting itu di tujukan pada Almarhum Sultan Johor...? Tiada asas dan tiada bukti..!!!!
Tetapi mengapakah "naluri" dan "jiwa perasan" pembaca blog menuduh beliau menghina Kemangkatan Almarhum Sultan Johor…? Dalam bab ini gua masih tak faham…? Adakah ini salah satu sifat orang2 melayu yang bernaluri dan berjiwa perasan. Berfikir secara lurus bendul...?
Maksud gua seperti contoh: Ada couple sedang asyik masyuk bercinta di perhentian bas (tengah tunggu bas), dan di situ juga ada beberapa orang yang sama2 menunggu bas, salah sorang dari couple ni tadi berbisik pada temannya… “tu tengok tu… orang tu asyik pandang2 kat kita jer… tengah mengumpat kita la tu….” padahal orang2 lain itu tengah bersembang hal lain… cuma matanya sahaja sesekali melirik kepada couple tersebut.
Sindrom terlebih perasan, buruk sangka dan mudah terasa orang melayu ni masih tebal. Suka membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa dan mengkaji terlebih dahulu, terlalu sensitif.. dan penuh dengan syak wasangka membabi buta tuli. Kadang2 sesuatu hal yang di perkatakan kepada orang lain… diri sendiri pula yang terasa dan mulalah mengumpat itu dan ini dan tercetuslah pergaduhan dan bermasam muka hinggakan berselisih bahu pun tak nak bertegur sapa, selepas kebenaran terbongkar mulalah malu2 kucing untuk bertegur sapa dan memohon maaf dan lazimnya dialognya seperti dalam drama2 melayu...
"Ella... gua mintak maaplah kat lu... selama ini gua tersalah sangka kat lu Ella ooiiii... lu maapkan gua tak...!!! sambil menghulur salam dan bertepuk tampar" inilah dialog lazim yang bakal di lafazkan oleh makcik2 rockers pada tahun 2050 nanti, dan itulah budaya melayu yang akan terbawa2 hingga ke suatu masa nanti. Itupun kalau pada 2012 tak kiamat lagi... ha..ha..ha...
(lepas ni jangan pulak ada orang nak kutuk dan repot polis pasal gua gunakan nama Ella sebagai makcik dalam dialog tu, ingat ada sorang jer nama Ella kat Malaysia nih..., jangan jadi me..layu bangang dan perasan)
Alahai me..layu oh... me..layu, ubah-ubah la sikit perangai me..layu zaman dulu-dulu, jadilah melayu yang positif sikit. Macam mana melayu nak maju... kalau beginilah cara dan sifat orang2 melayu, dengki khianat adu domba kepada perkara yang tak pasti. Sedangkan perkara yang terbukti depan mata di senyapkan sahaja. Buat2 buta mata buta hati... sanggup di injak dan di hina... bodoh punya spesis melayu yang sebegini.
Dari konteks Permohonan Maaf Beliau, apa yang gua nampak beliau telah mengambil inisiatif untuk meredakan keadaan dan tidak mahu menimbulkan huru hara, tetapi masalahnya masih ramai yang berfikiran sempit dan menerjah beliau dengan kata2 kesat, hingga ada yang membuat ugutan membuat laporan polis dan meminta KDN mengambil tindakan terhadap beliau.
Dari pengamatan gua, hasil penulisan beliau itu tidak boleh menjadi barang kes kerana ianya tidak merujuk secara tepat kepada mana2 individu, ianya lebih bersifat umum. Malahan dari komen2 yang ada di blog beliau lebih menampakkan sifat kebodohan individu pengomen itu sendiri.
Jika lu orang layari blog beliau… dan baca semua komen yang ada, boleh tak lu orang buktikan di manakah hujahnya yang mengatakan beliau menghina Kemangkatan Almarhum Sultan Johor.
Gua sekadar memberi pendapat hasil dari pemerhatian gua, wallhauaaklam…. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Johor
22 IkutSukaLu...::
gua pun heran... haha dan yg palung melenting ialah papagomo... haha bertekak dlm fb... huhu dgr kate makhluk gomo mereka g buat report polis semalam... haha GAP pergi buat... lantak depa lah... haha
ha ha ha....lagi bangang aduka...kalau si aduka tu tak tujukan sesiapa yang dia pi wat artikel mohon maaf tu apa kejadahnya? hu hu hu....
blogger apa yang delete postong nya kalau dia berani???
kalau takut pada risiko, usah bicara soal perjuangan.....
he he he......KECUT>>>>>takda TELOR...ha ha ha
hang pun sama lah....pusing sana sini..last sekali meroyan.....ha ha ha
baginda?? emmm tahap pencacai je lagi.....hu hu hu
Gomo,
Gua kesian la tengok tahap pemikiran lu.... sadis giler...
baginda,
berani buat berani tanggung, jangan jadi pondan..!!!
Macam yang gua katakan... semuanya bersifat umum... cuma mainan puak2 umno mencetuskan kontroversi.. nak gertak aduka...
Apa bukti mamat tu kutuk Almarhum Sultan Johor...?
Alamak, mmg dia tak sebut nama. Tp kalau ada akal boleh agak sapa yg dia dia maksudkan.
1) Sapa yg mati, dan kematiannya diberitakan diseluruh Malaysia.
2) Org yg dimaksudkan sebagai Dato' Bendahara yg sedang bershopping adalah Najib yg ketika itu berada Di India.
Bila org tu guna caci maki, ada ke patut ayat tu penuh mantik sinikal dan bagai2. Konon nak tolong cover la tu. Bodoh tengin anjing babi. bangang ke apa korang ni.
Fouxi
Assalamualaikum tuan tanah.
Haha, first time nak komen nih (bukan first time masuk, dah banyak time dah..). Cuma seperti biasa, gua tak tahan tgk kalau ada komen2 dari org bodoh macam Gomo. Sorry la tuan tanah, gua mencelah sket.
Weh Gomo, lu ckp..
"blogger apa yang delete postong nya kalau dia berani???
"
Blogger yang minta maaf adalah blogger yang akur pada kesilapan, dan sanggup bertanggungjawab atas tulisan dia, dan memohon maaf secara terbuka.
Lu selaku taik UMNO, jgn la tunjuk sgt kebodohan lu pada orang lain. Lu bodoh diam2 ubi dah la. kah kah kah!
(ISA, kalau lu nak del komen gua nih, silakan..gua tak marah punya..)
ko x payah la nk sibuk2 tunjuk pandai ISA....dah mmg 1 malaysia tau si aduka tu tuju kat sape entry tu.....
dan si aduka dgn bijaksana delete entry tu dan buat entri baru yg menguatkan lagi kpd sape entry yg didelete tu ditujukan....
cite byk pon x gune ngan ko ni kalo ko pon bodoh mcm si aduka....
tgu je la ape jua tindakan yg dtg...
salam isa... sy faham... berani buat berani tanggung... tp yang tak paham tu ada makhlok macam papagomo melenting tak pasal2... kalau die melenting tu satu hal, nih die provoke dan hasut orang sini sana menjaja macam bapak ayam... teruk na papagomo... semalam sy layankan je mereka kat fb... kasi panas.. haha
Are you butt-buddies with Aduka Taruna? you seem to side with him a lot.
blog anda telah diperhatikan.. tali barut aduka akan terima hukuman.. terima kasih
bro...
aku dah buat satu entri baru yang buka skop lebih meluas dalam isu AT... supaya orang melihat kebanyakkan blogger pun radikal, cuma AT terlebih skit.
harap kau support AT dengan cara macam tu... kau kan radikal jugak.. hehe
Edyes,
Gua dah baca n3 lu, gua pun tak kata gua sokong AT, memang n3 dia keterlaluan.
Gua cuma fokus kepada sikap dan sifat orang2 melayu yang sejak dulu lagi mudah perasan dan terasa (tersinggung).
Soal keterlajuran AT, soal lain dan berjawaplah dia dengan pihak yang sepatutnya.
Gua hanya berkongsi pendapat dari sudut pandang gua. Lagipun gua sendiri tak pernah kenal pun siapa AT, selain dari blog.
Gua mahu melayu... supaya berfikiran terbuka.
Gua radikal...??? Dari segi mana bro...
Izzy Does It,
Do my n3 sided him...?
bumblebee,
suka hati hang...
anti adukataruna,
tak payah buat kecoh kat sini, baca dan fahami betul2 baru buat komen.
blog gua... bukan setakat di perhatikan, malahan dah sampai ke pengetahuan PM Najib Razak.
Biasa la demokrasi cara Malaysia, tidak boleh lantang bersuara, pasti akan ditekan. Jangan jadi spesis lembu di cucuk hidung.
siyes bro,
aku paham maksud ko... tapi...
boleh ke ko paksa persepsi orang lain supaya diorang tak rasa artikel bodoh AT tu merujuk kepada Almarhum Sultan Johor?
Bila dikatakan entri AT tu tak bersangkutan dengan mana-mana kemangkatan / kematian Sultan, maka kenapa perlu AT delete entry tu?
tapi ko tau pasal apa AT delete entry dan mohon maaf? Sebab AT bukan seorang yang munafik sepertimana kebanyakkan pemimpin UMNO !
dan lagi satu bro, genetik melayu dengan persepsi - tak boleh berjarak bro... melayu dan persepsi terlalu sebati!
lu punye blog radikal apa... contohnya ;
PERHATIAN:
Ini blog kurang ajar... bla bla bla....
>>___<<
salam bro isa ...
aduka tgh wat story donald duck mampos n doraeom masih shopping x balik umumkan kemamposannya >>> itu kot yg aduka nat citer sebenarnya.
Siapa yg ske bermain persepsi sbnarnya ... huhuhuhu. Apapun, wa masuk mana2 blog, slu berlapang dada. tp entry aduka hari tu sentap bebeno bro isa. Oh ya, wa mungkin antra yg cpt terasa.
*sigh*
Nkorang baca betul-2 ayat ni...
"Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Pada hal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesis stupid."
Ni ayat yang si Aduka Taruna sumbat dlm blog dia... Persoalannya... Kepada siapakah yang ditujukan ayat di atas?
Kemudian baca pula ayat di bawah...
"Anonymous says
Saturday, January 23, 2010 1:53:00 AM GMT+08:00
sue202 mangkok.. jangan jadi bodoh.
kau tanya org Johor Bahru, Sultan sebenarnya mangkat bila? pagi tadi atau malam?
kenapa berita kemangkatan Sultan ditangguhkan hingga ke malam, padahal dia dah sah mangkat pada pagi Jumaat?
lainkali toleh kiri kanan dulu sebelum maki org.. simpan sikit bodoh kau tu."
Komen di atas adalah dari blog Aduka Taruna, jadi sudah jelas dan terang sudah bersuluh... Sememangnya Aduka Taruna berniat untuk menghina. Tetapi apa yang nak ditujukan ialah pada kerajaan negeri Johor. Walaubagaimanapun, kertelanjuran dia menggunakan ayat 'mampos', 'mayat', 'Datuk Bendahara'... Masa dan waktu artikel ini dimuatkan juga sejajar dengan waktu di mana rakyat Johor sedang bersedih dengan kemangkatan Sultannya...
Jadi kami orang melayu bukan jenis muda terasa... Atau lurus bendul... tetapi kami orang melayu mudah memahami ayat sindiran Aduka Taruna itu...
Mengerti kamu? Bodoh!!
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
Apapun kepada Tuan Empunya blog ini... Janganlah cuba spin... Kami orang melayu bukan bodoh... Kami orang melayu bukan bahalol sangat... Kenapa Aduk taruna terhegeh-hegeh meminta maaf? Sedangkan dia boleh jelaskan kepada siapa yang ditujukan? Kenapa pula artikel tersebut dia padam? Takutkah dia? Kenapa takut? Sebab salahkan? Berani kerana benar, takut kerana salah...
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
Salam,
sbg rakyat jati negeri Johor, aku juga rasa terhina dgn kenyataan dr Aduka taruna...x de agama ker? kalo ye pun wat per nak marah dgn org yg dah almarhum...kalo berani wat komen terhadap Sultan yg ada skrg...
Konon nak alihkan perhatian kepada isu tidak tujukan kepada almarhum Sultan, apa maknanya?
Korang yg nak menyokong aduka taruna baik tarik balik blog korang sblm korang semua ikut bersubahat atau korang pun sama gak, mmg x takut langsung balasan Allah sw
as johorean aku mmg terasa...maybe ko org luar johor so x amik pot la kot...hanya TUHAN mengetahui..
ini lah salah satu spesies blogger nak cepat popular..amik kau..mmg 'popular sungguh'..haha..
Post a Comment