Zahid Hamidi Banggang / Rakyat Di Banggangkan
>> Monday, December 28, 2009
Aku sebenarnya dah tak mau sentuh lagi bab kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E, sebabnya aku nak fokus kepada projek nak rembat enjin kapal selam kat Teluk Sepangar.
Lagipun..., dah tak ada apa yang nak dihairankan dengan 2 bijik enjin yang hilang tu, kan sebelum ini aku dah berkali-kali bagitau kat lu orang semua kita semua rakyat yang berada dalam sebuah negara bernama Malaysia yang Unik.
Sebuah negara yang serba boleh dalam serba serbi, sebuah negara yang mempunyai undang-undang dan perlembagaan yang kartun, yang dicipta oleh manusia melayu dari parti United Munkee National Organisations dan mereka jugalah yang menyundalkan undang2 dan perlembagaan negara.
Selagi jawapan kepada misteri bom C4 yang boleh hilang dari gudang senjata dan berjalan ke Bukit Cerakah mencari mangsa tidak terjawap, jadi janganlah buat kalut dan terperanjat dengan kehilangan 2 enjin jet tu, mari kita ketawakan beramai-ramai akan kebodohan Pemerintahan Tentera Negara dan Pak-Pak Menteri yang terlantik jadi Menteri atas sijil kebodohan mereka.
Satu jer... soalan bodoh aku nak lontarkan kepada Menteri Pertahanan samada yang dulu mahupun yang ada sekarang ini.
*** Apakah kriteria atau proses yang perlu di patuhi untuk kelulusan pengeluaran senjata berbahaya dari stor simpanan Polis atau Tentera. Siapakah pegawai tertinggi yang berhak/berkuasa meluluskan? ***
Tolonglah..., jangan bagi jawapan pegawai LLP (pegawai berpangkat rendah) boleh dan ada kuasa meluluskan. Sudah-sudahlah memperbodohkan rakyat, pergilah perbodohkan budak tadika pasti takda siapa yang nak marahkan lu orang semua.
Macam kenyataan Zahid Hamidi kat bawah tu, nampak sangat nak memperbodohkan rakyat. Enjin yang bernilai RM50 juta harganya pegawai LLP pun boleh meluluskan penghantaran. Come-on lah... Zahid Hamidi ooiii... logiklah sikit kalau nak kelentong rakyat pun.
Kalau benar sekalipun, rasanya Kem. Pertahanan Negara tidak memerlukan Pegawai2 Besar yang berpangkat Jeneral, Brigadier Jeneral dan ntah apa2 jenis pangkat tertinggi lagi, buat peghabis duit rakyat jer bayar gaji diorang semua. Cukuplah kita hanya ada pegawai2 LLP jer yang menjaga sistem pertahanan negara, bayar gaji pun tak tinggi sangat.
Dan mengikut Perlembagaan Negara, YDP - Agung adalah Pemerintah Tertinggi Tentera Persekutuan, jadi aku merayu kepada YDP-Agung supaya memandang serius sikit akan perkara ini semua, tolonglah dengar rayuan rakyat jelata. Perbaikilah sistem pemerintahan negara, terajanglah menteri2 yang banggang dan tolol dari kerajaan Malaysia ini. Kami semua sudah letih dengan sikap mereka yang mempermainkan rakyat dengan kenyataan2 banggang dan bersifat bodoh bagi menutup salah laku mereka dan melindungi kelemahan mereka dan individu2 tertentu.
Kalau boleh Tuanku bubarkan saja Parlimen dan adakan Pilihanraya Umum semula. Contoh kenyataan banggang dari Zahid Hamidi nak memperbodohkan Rakyat seperti di bawah.
SHAH ALAM – Kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa tiada pegawai atasan tentera terlibat dalam kes kehilangan dua enjin jet tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak masuk akal.
“Walaupun kes ini cuba dirahsiakan kepada umum, akhirnya akan terbongkar. Persoalannya apakah benar hanya pegawai lain-lain pangkat yang terlibat dengan kes itu atau ada dalang di sebaliknya?
“Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjelaskan, pihaknya perlu menyiasat pegawai tertinggi, termasuk jeneral, berhubung kes itu dan ini membuktikan bukan saja pegawai LLP terlibat, tetapi juga pegawai atasan,” katanya.
“Kenyataan Ahmad Zahid tidak munasabah kerana jika tiada pegawai tertinggi yang terlibat kes itu tidak akan berlaku kerana pegawai bawahan hanya mengikut arahan pegawai atasan,” katanya.
Selanjutnya di sini.
Macam manalah Malaysia boleh ada Menteri Pertahanan macam tu, kalau Malaysia kena serang dengan Vietnam atau Laos memang hancur jadinya.... aahhh... pergi mampuslah dengan Menteri Pertahanan yang bodoh sengal tu.
Sekarang aku nak fokus pada perancangan rembat enjin kapal selam nih..., sebelum puak2 buragas lima enam paku yang dah rembat enjin jet tu plan nak rembat enjin kapal selam pulak, lebih baik aku rembat dulu.... ha..ha..ha..., memandangkan zahid hamidi kata pegawai pangkat rendah pun boleh buat kerja tu..., jadi aku pun boleh gunakan pegawai berpangkat rendah untuk projek ni..., bayaran pun rendah jugakan... ha.. ha.. ha.....
Sekali lagi aku nak ulang di sini.
"Mari kita ketawakan beramai-ramai akan kebodohan Pemerintahan Tentera Negara dan Pak-Pak Menteri yang terlantik jadi Menteri atas sijil kebodohan serta pengundi/ penyokong mereka yang sememangnya BODOH memilih mereka sebagai Wakil Rakyat"
9 IkutSukaLu...::
Ini lah yang aku tak suka...sikit-sikit salah Pegawai Waren kebawahan (LLP)...habis yang pegawai buat apa sangat??..yang buat kerja untuk pegawai adalah orang bawahan. Yang kena bamboo orang bawahan, yang kena marah pun orang bawahan, yang salah pun orang bawahan walaupun yang salah pegawai atasan. Baik dalam tentera tak payah ada orang bawahan laaaa...orang bawahan tak akan buat selagi tiada arahan.
kahkahkah... tapi dulu zahid pangkat kecik je... ntah-ntah die yang buat tu.. kenyataannya merujuk ada dirinya sendiri... kahkahkah
takkan la zahid berani menyalahkan pegawai atasan... atasan maknanya yang maha tinggi... maksudnya YDP agong!!! nak mampos zahid?? jadi tak boleh tembak atas, tembak la bawah. nanti kakau dah tersepit barula dia salahkan semua dari bawah sampai keatas tu.... ada berani ka????
Bro,
Zahid tidak "banggang"..tetapi "bangang"!
Perkataan "Bangang" ada 2 G dan bukan 3.Kalau 3 G, mungkin sudah masuk kategori "Super Bangang!"
Hehehe.
mat strawbery check mate pun bangang gak buat statement tidak merokok baru boleh buat bantuan kerajaan.... dia kata rokok boleh beli, yang lain kenapa tak boleh? bodo betul, rokok cuma rm 6.50 sen mesin potong rumput rm 750.00!! kalau mesin rumput rm 6.50 sen x yah minta bantuan kerajaan le bodo...
MASNICK ENTERPRISE;
Standard bro..., orang atasan semuanya mulia dan suci, perangai baik2 belaka.
Orang bawahan yang jadi balaci dan selalu dipersalahkan.
baginda,
Hang ni... tak baik tau... fitnah semua tu.... ha..ha..ha...
madbi,
Itu baru ada akai... ha..ha..ha...
Akai pembodek....
Harimau,
Mata hang tajam sungguh... ha..ha..ha...
Post a Comment