Santai: Genetik Dah Mengikut Jejak...
>> Wednesday, December 02, 2009
ha..ha..ha..
Terkenang semasa dulu... sekali sekala layannnnnn.... dulu aku ada menatang alah kat sebelah tu, hu..hu..hu.. kena time poketnomoney kering sengkek... wa cakap lu... apalagi tak reti-reti ke...?
Aku jual kat member seribu lebih jer..., sekarang ni anak sulong (14 tahun) aku pulak dah mula pandai kenen-kenen bertanya, "Ayah camna nak main gitar...? Boleh tak ayah ajar...", adus... ko tak tau ke... ayah ko ni dah lama meninggalkan zaman jahiliyah tu...? Apa chord pun dah tak tau... jari dah keras.... beb..
Humm... aku masih memikirkan lagi, nak di turutkan atau tidak, pro and contra..., dalam mendidik anak-anak... kalau boleh.. tapi jangan sampai melalaikan..., kalau tidak aku akan jual kat kedai Cash & Carry.
Kalau tak boleh... mungkin kah akan ikut jejak langkah aku juga.... curi-curi main gitar kat luar rumah. Sekali kantoi dengan abah aku... kena pelangkung lari tak cukup tanah.... kononnya muzik itu Haram... (biasa la.... ahli PAS dan orang kuat Masjid... imej kena jaga beb.. "anak pak imam tu... bla..bla..bla...." standard melayu maaa... suka buat dosa kering... ha..ha..ha.. hampeh...)
Takpa... masih ada masa untuk di fikirkan..., Apa pendapat korang pulak...?
Boleh berkongsi fikiran dan pendapat, samada nak dipenuhi permintaan membelikan sebuah gitar atau tidak...? buah fikiran khusus dari pembaca yang bertaraf bapa/ibu yang berpengalaman dan mempunyai anak remaja.
Bagi pembaca yang bujang pun boleh gak... cuma sedikit kureng la... korang sekadar bersandarkan pada teori jer... praktikal takda... korang failllll...? Lain kali kahwin... ooopppssss.... sori, bukan kahwin.., tapi Nikah cepat sikit...
Isa: Anak zaman sekarang tak macam anak zaman dulu..
.
4 IkutSukaLu...::
WOITT..baik ko takyah belikan anak ko tu....ko beli ker tak ker..akademi fantasia kan ader?
ko ingat yng pandai nyanyi dan muzik tu masa sekolah tu muzik dia skor A ker...cikgu dia bertungkus lumus ker buat tuisyen nayni ker muzik ker....
last last jadi penyanyi top macam ct noliza....bila dah top ko ingat mak bapak dia dulu suruh amik laki oang ke....hahaha....aku menyeleweng sikit..
kalau dia minat nak jadi doktor ker..nak jadi hafiz ker...kita kena bersusah payah sampaikan niatnya.....
kalau setakat nak main gitar..biarla dia cari sendiri tanpa bimbingan dan galakan.....
ala cikgu kat sekolah rendah tu kalau tak ngajar muzik pun bukan dosa....haahah
mosabit,
TQ.. bro, logik jugak pendapat hang.
Salam,
Saya skrg sedang mengikuti pengajian Ph.D Mathematics di Jepun. Pada pendapat saya, bermain gitar atau secara umumnya bermain alat musik tidak salah. Cuma apa yg penting saudara kena pastikan niat anak saudara bermain gitar, iaitu bukan sbg cita2 atau memasang impian utk jadi terkenal atau seumpamanya. Apa yg penting pastikan bermain gitar hanya sekadar mengisi ruang/masa kosong.
Untuk pengetahuan saudara, bermain gitar dapat meransang minda kita, begitu juga piano. Otak kita akan lebih kreatif dan cepat utk menangkap sesuatu apabila mahir baca chord guitar. Di Jepun, anak2 dari kecil lg telah dilatih utk bermain piano, kerana mereka tahu dapat melatih minda utk berfikir ketika membaca chord. Sbnrnya bnyk lg faedah yg diperolehi, saudara bleh browse internet, bnyk maklumat.
Muzik lahir dari alunan fenomenon tabii seperti tiupan angin, aliran air, kicauan unggas atau seumpamanya. Muzik boleh juga lahir dari susunan intonasi suara dan alat mainan yang mengeluarkan nada bunyi. Nada bunyi berkaitan dengan nisbah. Nisbah dan gubahan dikaji dalam teori nombor. Maka muzik dimasukkan oleh ahli falsafah silam ke dalam matematik. Muzik yang baik disusun berdasarkan siri harmonik, siri geometri atau siri aritmetik. Siri geometri menokok sesuai dengan lagu patriotik yang menimbulkan semangat perjuangan di kalangan orang Yunani silam. Al-Farabi pula dikenali sebagai penggubah muzik yang agung kerana mampu mensintesiskan alunan muzik untuk mempengaruhi perasaan manusia seperi perasaan bersemangat, sedih, sayu dan lucu. Penonton boleh tertidur, menangis atau ketawa mendengar muziknya.
Ingat, apa yg penting pastikan bemain gitar ini hanya sekadar mengisi masa lapang, BUKAN suatu perkara yang serius hingga dijadikan sbg impian/cita2 masa hadapan.
wslm.
Termimi
Salam Sdr Termimi,
Satu nasihat dan ilmu yang amat berguna. Terima kasih.
Pada saya permintaannya hanya sebagai ikutan/pengaruh kawan2 saja.
Saya doakan semoga saudara "succes."
Terima kasih sekali lagi.
Post a Comment