Presiden PAS: Bebal Atau Banggang...!!!
>> Tuesday, December 22, 2009
Ini apa tahap punya Presiden Pas ni?
Tahap tak lulus bab pengurusan ke..? atau pentadbiran ke..? adui gua ni langsung tersembab kalau dengar kenyataan bercelaru dari seorang Presiden bertaraf kerani ni..
Semalam Hadi berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.
Lain pulak dengan kenyataan Anwar: aku copy buat lu orang semua baca:
SHAH ALAM, Dis 21 — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua komponen dalam Pakatan Rakyat sememangnya telah bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan formal.
Ia kini dalam proses pendaftaran.
Sehubungan itu kata Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah faham.
“Kami telah membaca kenyataan beliau dalam konteks yang sesuai kerana keputusan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat adalah persetujuan kami,” kata Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata beliau bersama Hadi dan penasihat DAP Lim Kit Siang telah pun menyatakan persetujuan untuk mendaftarkannya di Pendaftar Pertubuhan.
Anwar mendakwa kenyataan Hadi itu kemungkinan merujuk kepada pelan formilasi yang belum lagi dipersetujui dan ia akan mengambil masa.
Semalam Hadi berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.
Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.
*************************************
Adui... mungkinkah Presiden Pas ni tersalah mendengar dari punahsihat punahsihat beliau yang tak betul tu ke..?
Bukankah Hadi pernah cakap Nik Aziz kurang lebih camtukan? ha ni apa pulak kes beliau ni..
Macam mana Presiden Pas nak jadi Perdana Menteri kalau pemahaman tahap gaban.. habis Malaysia ni bro.... gulung lingkup ala terengganu beb... waduuuh wuhuhu..
Sumber dari sini. (di edit serba sedikit)
Isa: Patut la PAS dapat perintah Terengganu sepenggal jer..., sebab Menteri Besarnya a.k.a Presiden PAS seorang yang bebal.... perghhh... memang patut kena langgar pun...
2 IkutSukaLu...::
Salam anakanda
Itulah sebabnya di n3 ayahanda pakai tajuk "Boleh percayakah orang ini?"
Segi peribadinya ayahanda rasa dah meluat tengok dan baca apa yang keluar dari mulutnya!
Salam Ayahanda,
Nak buat macam mana, ramai yang wala membabi buta.
Desakan buat EGM diorang tak mau, hasilnya... apa yang terjadi sekarang ni.
Post a Comment