IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Orang Kata Aku Gila..? Apa Aku Peduli...!!!

>> Thursday, December 24, 2009

Ada orang kata aku gila…!!! Aaahhh… peduli apa aku…, memang aku mengaku aku gila dan semua manusia di muka bumi ini adalah gila…. Gila mengikut cara masing-masing. Sesiapa yang menafikan dirinya tidak gila… orang itupun seorang yang gila juga…. Ha..ha..ha…


Gila sejak lahir.

Aku gila…. yes… aku memang gila…, sejak mak aku lahirkan aku pada 25 December 19**, dari alam Jabarud ke alam rahim mak aku…, aku keluar jer… aku dah menangis gila-gila pasal aku nampak azazil cuba nak rampas kunci ilmu perjanjian aku yang terdahulu, dari zaman kanak2 dan budak2 aku dah gila, aku gila lastik burung, aku gila cari spider, aku gila basikal bmx, semua jenis gila zaman budak2 tahun 70an, itu tak termasuk gila zaman 80an dan 90an lagi… macam2 bro….


Gila zaman Jahiliyah.

Gila zaman remaja (zaman jahiliyah/gila apa… dosa dah kena tanggung sendiri) aku gila snooker and lucky ball siap boleh cari makan lagi, ada sesiapa berhajat…? anytime… dalam waktu yang sama juga aku gila jamming dengan band rock aku… kat blackwidow (Asiajaya – nama dulu2 zaman Bas SriJaya).


Lepas tu aku gila kereta, make-up kereta habis duit ribu-riban tukar enjin turbo, tukar sportrims, tukar springs sport dan macam2. Gila motor macam mat rempit sekarang ni… tak pernah ada dalam kamus gila aku, lesen motorsikal pun takda sampai la ni, punya baik gila aku masa tu...


Dalam kegilaan semua tu…, aku tetap ingat pesanan kedua orang tua yang aku kasihi, jangan minum arak, jangan berjudi, jangan main betina. Ketiga-tiga perkara penting tu aku pegang teguh sehingga kini. Tapi abah aku tak pernah pesan pulak jangan hisap ganja… nggeeee…. kalau tak di kawal mungkin aku gila sampai ke Simpang Renggam.


Gila Lepas Nikah dan Gila Kerja.

Lepas akad nikah baru aku kahwin dengan isteri aku yang ada sekarang ini dan aku tinggalkan kegilaan zaman jahiliyah tu semua dan mulakan hidup berumah yang takda tangga (rumah teres setingkat mana ada tangga) tetapi timbul pula gila yang baru, aku gila memancing pulak terikut kenkawan.


Tetapi semua tu terhenti apabila aku mula gila sukan badminton sejak 1998 hingga sekarang ini masih lagi gila sampai beli raket harga 7-8 ratus sebatang, dan aku bertambah gila sebab terpaksa rahsiakan harga raket yang aku beli tu dari pengetahuan isteri aku, kan gila namanya tu.


Pada waktu yang sama juga aku gila kerja, hinggakan anak pun tak kenal aku sebagai bapa mereka, apa tak gilanya keluar rumah sesudah subuh, balik rumah time orang solat tahajud…, memang gila punya kerja semata-mata kerana minat gila dalam kerjaya dari jawatan eksekutif hingga aku berhenti sebagai Pengurus Cawangan dengan salah sebuah anak syarikat Berjaya Group (kroni MahaFiraun ni) pada tahun 2002.

Gila Blogging.

Sekarang aku ada dua kegilaan iaitu Badminton dan yang terbaru ialah Blogging, yeaaaa…. aku gila blogging sejak 2008 dan aku memang gila untuk membelasah Umno- Binatang Najis (ubn) kerana aku menyampah dengan pentadbiran dan sikap bodoh sombong mereka dan kerakusan mereka membelasah harta benda Kerajaan Malaysia (baca Rakyat) sesuka mak bapak tok nenek moyang mereka sejak tahun 1985 lagi, siapa PM masa tu… dan siapa Hakim yang di pecat masa tu…., takan itupun aku nak bagitau… gila….


Aku akan teruskan kegilaan aku membelasah ubn ini dengan cara tersendiri penuh maki hamun apa yang patut sehingga puak-puak haramjadah ini tersungkur hancur dan ditalkinkan dari bumi Malaysia. Sekurang-kurangnya dengan maki hamun tersebut membayangkan tahap kebencian yang teramat mendalam hingga ke tahap yang menjijikkan sehingga ada rasa kesedaran kepada puak2 yang masih menyokong parti haramjadah itu (umno baru). Kemudian aku akan letupkan blog ini buat selama-lamanya (itu jihad kecil aku yang papa kedana dengan amalan).


Kepada mereka yang kata aku gila, seolah2 sentiasa berada hadapan komputer 24jam dan kononnya anak bini tak makan, keluarga terabai…, lu orang semua memang cibai dan silap prasangka beb…., dalam kegilaan aku ini, aku masih tidak lupa akan tanggung-jawap aku sebagai seorang suami kepada seorang isteri, bapa kepada lima orang amanah yang Allah SWT anugerahkan. Enam nyawa yang dipertanggung-jawabkan kepada aku oleh Allah SWT untuk di jaga dan di pelihara sehingga aku akan dipersoalkan kelak. Ini bukan perkara cincai beb….


Aku mengaku gila kerana sentiasa berada di hadapan komputer (laptop/desktop antara rumah/pejabat) mana yang perlu, kenapa aku boleh berbuat begitu… kerana aku menjalankan perniagaan sendiri, aku punyai pekerja sendiri dan aku sebagai Pengarah Urusan kepada syarikat ini. Jadi aku yang menentukan masa dan bukannya masa yang menentukan aku. (Maaf bukan niat nak riak diri)


Lu orang jangan menganggap aku atau semua blogger yang ada dalam alam siber ini semuanya kaki sengkek belaka, semua yang berbloging itu bukan calang2 kaki beb…, ada yang fully educated, ada yang businesman, ada yang berjawatan tetap/tinggi dan ada dari golongan profesional.


Lagipun takan lu orang tak tau Malaysia ini sebuah negara yang unik lagi gila…, jika ada protes berbau kritis yang terkena batang hidung anjing-anjing gila kerajaan yang korup maka adanya pemantauan oleh SB-SB atau Mato-Mato terhadap blogers yang lantang, silap hari bulan lu orang tidur lena, ada bloggers yang kena angkut tengah malam. Tak ke gila namanya tu….? Kononnya negara Demokrasi.... Demokrasi kepala bapak diorang... Gila punya orang....


Cumanya…, mereka dan aku mempunyai cara tersendiri dari segi penyampaian dan mengikut identiti tersendiri, itu cara masing2 dan bagi aku biarlah cara aku dengan cara bodoh, gila, biadap dan kurang ajar. Itu identiti aku.


Yang tahu kondem dan mengutuk para bloggers ni pun, kehidupan lu orang sendiri belum tentu terurus dan terjamin lagi. Mungkin kencing pun masih berterabur dan bercabang agaknya… lagi mau cakap banyak.. piiiraaahhhh…


Rumusan Gila Aku.

Oleh itu biar nampak gila dan bodoh, asalkan jangan gila diperbodohkan. Lebih baik berlagak bodoh kerana dalam lagak bodoh ada kecerdikan sifat berhati-hati. Daripada berlagak pandai tetapi amat mudah untuk diperbodohkan. Terutamanya diperbodohkan oleh umno dan ketuanan melayunya.


Ha..ha..ha….. lu fikirlah sendiri…. kalau nak contoh orang gila yang berlagak pandai tetapi bodoh yang teramat sangat hingga ke tahap sengal kuku kaki yang busuk cagu lu orang klik kat sini.


Itulah tahap gila dengan kebodohan yang paling bodoh… dan kalau ada perkataan yang lebih teruk lagi selain dari perkataan bodoh, yang boleh dilemparkan kepada anjing-anjing gila yang terlibat dalam isu tersebut lagi bagus.


Bukankah itu salah satu contoh orang-orang yang GILA…!!!!


Dan bagi membuktikan aku gila…, esok Jumaat 25 December adalah Hari Keputeraan Aku…, jadi aku Ishtiharkan Cuti Umum seluruh Dunia supaya semua orang boleh menunaikan Solat Jumaat - Penghulu Segala Hari, jangan bagi alasan nak ponteng Solat Jumaat.


Yahoooo…. Public Holiday for Worldwide. Aku orang gila yang baik hati, santa clause pun jadi gila sebab sakit hati dengan aku…. sebab aku lebih gila dari dia…. ha..ha..ha…

10 IkutSukaLu...::

Que Thursday, December 24, 2009 10:20:00 AM  

26 December gua isytiharkan cuti lak.. haha.. keputeraan gua lak

orang kedah,  Thursday, December 24, 2009 11:44:00 AM  

wakakaakakaka,
kisah bro sejibik macam gua.....
gua pun pegang cakap arwah mak gua sampai sekarang,arak judi,betina,nombor ekor dan yang sewaktunya gua tak layan....

kita sama2 gila....muahahaahaha

Anonymous,  Thursday, December 24, 2009 12:33:00 PM  

gila lebih sejuta juta juta kali lebih baik dari bodoh macam penyokong
UMNO N BN
ini menyokong memBABI buta namanya!!

sheikh teluk intan Thursday, December 24, 2009 2:51:00 PM  

Salam Isa,

Pak Sheikh pun dah terlebih gila sejak lama dulu.

Sekarang Pak Sheikh gila bercakap seorang-orang. Dan ada masanya, Pak Sheikh tergila-gila nak jadi teroris yang terganas di Malaya dan mengebom pemimpin UBN sampai kojol dan termasuk berapa ekor pemimpin Pas yang sentiasa beri masalah pada jemaah dan rakyat disebabkan kecelaruan pemikiran. Contohnya pemimpin Pas yang mengatakan ada fitnah yang betul dan ada fitnah yang tak betul.Mana dia belajar nih bab ini? Contoh lain, ada pemimpin yang terlalu membela anak menantu yang yang boleh menimbulkan masalah pada wajah dan imej Pas. Ini apa kes nih? Belum termasuk lagi dua tiga ekor pemimpin Pas yang hendak sangat bersekongkol dengan Parti Babi Pondan.

Pak Sheikh dan Isa dah mengaku gila sejak lahir. Kita sama rupanya!

Apapun terima kasihlah Pak Sheikh ucapkan pada Isa, kerana sudi memberi cuti pada seluruh pekerja gomen dan swasta esok bagi meraikan hari keputeraan Isa yang ditakdirkan jatuh pada hari Natal. (Pak Sheikh tiap hari cuti kerana gila-gila buat keputusan berhenti kerja sebelum usia genap 50 tahun)

Pak Sheikh mendoakan Isa dan keluarga bahagia di dunia dan akhirat. Dan teruskan kegilaan untuk menjatuhkan kerajaan zionis UBN melalui tulisan kat blog Isa yang semakin mantap. Pak Sheikh pula dah gila tak mahu menulis kerana pemikiran pun dah semakin celaru macam beberapa ekor pemimpin Pas, Parti yang Pak Sheikh sertai sejak tahun 1978 hingga kini.

Hidup Isa!!!! Takbir?

storm62,  Thursday, December 24, 2009 8:11:00 PM  

selamat hari gatal...ooophs...natal dan selamat hari keputeran beb giler ISA....ka ka ka.

ISA Friday, December 25, 2009 12:42:00 AM  

Que,

Lu tetap tak boleh challenge gua jugak, gua tiap2 tahun declare cuti satu dunia...

ha..ha..ha...

Anyway, heppi birthday bro...

ISA Friday, December 25, 2009 12:45:00 AM  

orang kedah,

Gua rasa orang kedah memang gila2 aarrr..., sebab gua pun orang kedah gak (Kuala Muda - Tsunami)

Tetapkan pegangan kepada nasihat orang2 tua kita, insyallah selamat.

Gila-gila gak..., tapi jadilah gila yang beriman... amin....

ISA Friday, December 25, 2009 12:47:00 AM  

Tanpa Nama 12.33pm,

ha..ha..ha..., betul tu..., wa sokong sama lu..., diorang tu namanya bodoh gilerrrr...

ISA Friday, December 25, 2009 12:56:00 AM  

Salam Sifu Sheikh Teluk Intan,

Apa khabar sifu, dah lama tak update blog...? Rindu rasanya pada penulisan sifu... yang sememangnya gila-gila itu.

Terima kasih juga kepada Sifu yang saya hormati kerana sudi menitipkan komen di blog yang gila dan biadap ini.

Saya juga mendoakan Sifu dan keluarga bahagia dan selamat sejahtera dalam lindungan RAHMATNYA baik di dunia mahupun akhirat.

Assalamualaikum....

ISA Friday, December 25, 2009 12:58:00 AM  

storm62,

Selamat to you too..., jangan gilerrr... udah le...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP