IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Nik Amalina Lebih Baik Diam Jelah...!!!

>> Tuesday, December 08, 2009

Dalam isu Menteri Besar Kelantan, Kick De Fella dan Menantu, sepanjang isu ini berlanjutan, aku tak pernah sentuh dan ulas walau sekalipun.

Apabila ianya melibatkan komentar dari Nik Amalina (anak perempuan TGNA) buat kali kedua ini, aku berasa amat jengkel sekali. Bagi aku cukup-cukuplah buat Nik Amalina untuk bersuara, tak perlulah nak ulas itu dan ini, selagi beliau buka mulut selagi itulah isu ini tidak akan selesai. Dan seolah-olah isu ini sudah menjadi isu keluarga Menteri Besar yang semakin berat.

Buat menantu Menteri Besar (Arifahmi), tak perlulah nak tunggu lama lagi untuk letak jawatan, segerakan… lah perletakkan jawatan anda dan tutup isu ini secepat mungkin. Sudahlah keputusan melantik lu sebelum ini adalah satu kesilapan besar, kini janganlah membuat kesilapan lagi dengan melambat-lambatkan perletakkan jawatan, lu memang puaka banyak bagi masalah la….

Buat TGNA pula, gunakanlah kuasa sebagai Menteri Besar untuk membuat keputusan drastik dengan memecat Arifahmi serta merta, tak perlulah nak tunggu surat perletakkan jawatan beliau entah bila tarikh berakhirnya. Tak perlulah di layan usaha sorong papan tarik papan lagi, semuanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Dan di harap benar agar TGNA dapat menasihatkan anak perempuan dan menantunya itu supaya menutup mulut dari mengulas dan memberi sebarang kenyataan, diorang bukannya hendak membaikkan keadaan, malah menyimbah minyak kedalam api yang sedang marak dan membuka pekong keluarga TGNA sendiri. Semakin haru biru jadinya.

Apa saja kenyataan yang keluar dari Nik Amalina dan suaminya, semakin lama semakin menjengkelkan dan meloyakan. Ini urusan Kerajaan Negeri Kelantan dan biarlah pihak yang terlibat sahaja menyelesaikannya, Lu bini pada CEO-PMBK jadi tak perlulah nak masuk campur lebih-lebih, makin lu bersuara makin menyerlahkan yang Kerajaan Negeri Kelantan macam hak keluarga lu pulak… baik lu tutup mulut lu… bodoh nak mampus.

Dari isu ini, impaknya kepada kewibawaan Parti PAS tercalar juga, yang kononnya memperjuangkan Islam, selama ini menentang kronisme dan nepotisme, sebaliknya apa yang terjadi. Tak ke bodoh namanya tu…. Nik Amalina kena fikir Bapak lu tu siapa dalam PAS, janganlah jadi banggang dengan status Bapak lu…, lu pulak yang gedik lebih dan memalukannya.

Makin lama, orang bukannya akan semakin hormat… malahan akan timbul rasa menyampah. Ada otak pikirlah, jangan letak kat kepala lutut…, peduli apa aku nak menyeranah lu kat sini, apa ada hal dengan status bapak lu, kadang2 bapak ulamak yang di segani, tapi anak ntah apa-apa jer... buat menyemak pun ada gak...

Selagi Nik Amalina merapu pasal laki dan keluarganya, selagi itulah ianya menjadi peluru kepada pihak sebelah sana untuk membelasah PAS dan kepimpinan TGNA.

Weiii… Nik Amalina lu siapa dalam Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS...? Lu tak diperlukan untuk merapu tak tentu pasal, bercakap berlandaskan Islam dan ntah apa-apa lagi, macam lu sajalah Isteri mithali dalam dunia ni dan macam lu sorang jelah yang Islam dalam dunia ni.... piiirahhhhh.

Nik Amalina… lebih baik lu diam jelah… tak perlu nak melalak pertahankan suami lu… dia pun bukannya takda teloq nak settlekan masalah tu.

Isa: Ada masa kita perlu bersuara dan ada masanya…., lebih baik diam.

7 IkutSukaLu...::

pencatat Tuesday, December 08, 2009 4:58:00 AM  

memang tak sesuaiiii tingkah si amalina tu...

Mujahid Cakna Tuesday, December 08, 2009 7:07:00 AM  

bg sumber yang betul, ucapan mane yg men'jengkelkan' tu..baru orang blh nilai...

Yong Tuesday, December 08, 2009 9:24:00 AM  

Apa yang berlaku mungkin pahit untuk ditelan oleh seorang isteri dan anak. Tapi, dalam hal ini, lebih elok telan je dan diam. Lagipun siasatan SPRM masih berjalan.

Kickdafella pun patut diam gak.

mudz Tuesday, December 08, 2009 9:40:00 AM  

Aku tabik kat lu ...berlembut pun dia tak faham lu kasi keras kaw-kaw .

Ini adalah bahana apabila berada didalam kelompok orang-orang alim, apabila pemikiran menipu, segala dari kelompok adalah benar belaka, dan sesuatu dari luar kelompok adalah tidak benar.

Manusia tu tak sempurna...jika melakukan 100 perkara tak semua akan sempurna mesti ada kesilapan. Tapi kesilapan tu boleh diperbaiki untuk langkah seterusnya. jangan asyik perasan tidak pernah melakukan kesilapan dan sentiasa betul....tu perangai syaitan

Anonymous,  Tuesday, December 08, 2009 10:11:00 AM  

-tu la die ,wa pun pelik yg amat ngan anak bongsu TGNA nie..brlebih2 plak emosi die..kalu die rase sedih ngan pemecatan suami die,cube die byangkan prasaan isteri kickdefela yg suami die diberhentikan dgn notis 24 jam!!..lg haru beb..

-sdah2 la tue amalina,jgn lu nk ckp poyo sgt,seolah2 lu punye islam lbih tnggi maqam dr org lain, smpaikan wa bace amalina pnye surat siap mmpertikaikan pkaian istri kicdefela yg dikatakan 'daring',daring yg cmner?..bkak tdung ke?,pkai tiub je ke?..dlm nk prtahankn suami smpat plak perlecehkan istri org lain tue..

-lu dekat ngan ayah lu, ptut lu luahkan kt die, die ulama' besar,x prlu nk tulis surat luahan prasaan kt alam maya,kesannye satu dunia tahu ape pndirian n prwatakan lu..kalu bole sruh skali abg lu nik abduh ltak jwatan sbg ahli majlis mpkb..

-zargus-

malaysia baru Wednesday, December 09, 2009 1:48:00 PM  

Eloklah berhenti SEGERA kalau dah mengganggu Bapa Mertua...

Susah juga kalau menantu bekerja di bawah kita....takut anak kita yg kita sayang yg jadi mangsa.

Tapi prinsip yg wajar di pegang setiap MERTUA: In the worst case, biar hilang menantu tapi perjuangan kebenaran terus tegak.

Allahu Akbar!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP