IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Malaysia Darul Hilang...!!!

>> Tuesday, December 29, 2009

Ini sebenarnya posting yang aku rembat dari blog M3M, dia tak boleh marah dengan aku. Sebab nama aku pun bermula dengan Mohd juga... ha..ha..ha.. amacam Mum of 3 Mohd (sumber asal), aku ucapkan terima kasih jelah. Nanti hantar kad jemputan yea... jangan lupa...!!!

Apa yang di sentuh oleh beliau dalam posting ini adalah tentang ceriter 'kehilangan'.

Well... TUDM kehilangan dua enjin jetnya.... apa kata mereka??

Najib kata:
Siasatan dalaman sudah dibuat dan laporan polis juga sudah dibuat. Kita takkan sorok punyer.

Kata kita: Isy... ya ke?? Boleh percaya ke ni??

AG pulak kata: Ini kes serius. Hasil siasatan sudah diterima. Kita akan tunggu siasatan lengkap dan tindakan akan pasti akan diambil.

Kata kita: Eeeeiii... betoi ke ni? Lambatnya.... macam kura-kura. Dari 2007 samapi 2009, takkan lama sangat nak dakwa kot?? Ini kerajaan siasat kerajaan, boleh percaya ke?? Siapa ler yang akan jadi kambing hitam pulak kali ini??

Zahid Hamidi kata: Kecurian berlaku pada tahun 2007. Siasatan sudah dijalankan. Bloggers dan media jangan nak memandai-mandai mensensasikan isu ini. Kemudian, kabinet pulak mengiyakan cakap si Zahid. Kata demer, mulai now... hanya AG jer yang boleh buat kenyataan tentang isu kehilangan enjin jet tu. Yang lain shut up!!

Kata kita: Apasal pulak?? Jangan nak guna isu keselamatan negara. Komer sebenarnya yang tak tahu dan gagal nak jaga benda-benda yang ada kaitan dengan keselamatan negara. Apabila kecurian terbongkar, baru nak mengelabah. Kalau tak terbongkar... alamat, leboh gitu ler duit rakyat RM50 juta tu. Siapa yang dapat $$$$$$$ daripada kecurian ini agaknya, ya?? Larangan tutup mulut tu, rasanya taktik nak cover line ler tu. Ini mesti ada orang yang ada 'kuasa' terlibat sama tapi wallahualam ler.

Khalid Samad pulak kehilangan Toyota Fortunernya....

Kata dia: Eleh... 2 bijik enjin jet pun boleh hilang, apa sangat ler Fortuner saya!!

Kata kita: Betoi sesangat tu YB. Kereta YB hak peribadi tetapi enjin jet hak rakyat... dibeli dengan duit rakyat untuk pertahanan dan keselamatan negara. Kalau tanggung jawab itu pun gagal dilaksanaklan, lebih baik letak jawatan. Itu pun kalau ada demer ada maruah ler?? Ada maruah?? Ha ha ha...

Setev Shaaribu kehilangan anaknya Altantunya....

Setev kata: Damn it!! Orang lain makan nangka, orang lain pulak kena getahnya. Aku tak percaya sistem kehakiman negara Satu Malaysia. Shit semuanya!!

Jabatan Peguam Negara kata: Eh, dua orang yang tak bermotif sudah disabit kesalahan di mahkamah dan mereka akan ke tali gantung... Apa bising-bising lagi?

Kata kita: Hotak ngko!! Penyiasatan dan perbicaraan pun dijalankan dalam keadaan penuh tak masuk akai, kau kata adil? Habis yang si Sirul kata dia di'kambinghitam'kan tu apasal lak??? Siapa yang meng'kambing hitam'kan dia dan mengapa dia di'kambing hitam'kan??

Negara rugi akibat 'hilang' duit juta-juta melalui transaksi haram....

Big Mama boleh said: Weh... 600 ribu, no big deal what??

Kata kita:
Lu cakap senang la... sebab bukan duit mak bapak lu. Tapi orang nak tau dari mana lu dapat duit tu?? Apa lu buat sama duit itu?? RM600 ribu?? No big deal...?? Cara transfer duit cara haram dan menyalahi undang-undang negara, ko kata kata no big deal?? Memang dia ni perasan yang negeri ini hak milik dia kot!! Kaduk naik junjung betoi ler minah ni!!

Mohamad Bin Haji Hassan kata: RM10 juta?? Arrr.... aaarrrr... arrr.. Aku mana tau. Orang bawah aku yang buat kerja.

Kata kita:
Weh... orang bawah ke, orang atas ke.... itu lu punya duit bukan?? Bila sudah terbongkar lu buat-buat tak tau. Sekarang lu kasi tau mana lu dapat itu RM10 juta?? Kasi semua orang tahu!! Sebab itu buat cara haram... lu takut orang dapat kesan bukan??

Tian Chua kata: Bank Negara dan SPRM siasat dan umumkan segera hasil siasatan. Salah tu... kerana melanggar Akta Pengurupan Wang 1998. Bahaya kepada ekonomi negara. Tak boleh dibiarkan gejala jenayah golongan berkuasa dan berada!! Ini trend baru mereka. Tindakan mesti diambil segera!!

Kita kata: Well done, YB!! Bongkar dan dedahkan pekung mereka. Mentang-mentang ada kuasa, mereka ingat mereka boleh buat sesuka hati mereka. Tak boleh ikut pintu depan... ikut pintu belakang. Dedah.. jangan kira siapa mereka!!

Raja Petra juga tiba-tiba hilang...

Kata depa: Eleh.... takut kena penjara ler tu. Dah bersalah dan tak boleh nak defend diri lagi, so... lari ler. Itu jalan paling selamat.

Petra kata: Aku tak percaya pada polis dan sistem kehakiman negara boleh memberi keadilan kepada aku. Aku belah bukan sebab aku takut... tapi aku tak percaya pada depa!!

Kata si Tan Sri Megat Najmuddin: Baliklah. Buat apa nak terus larikan diri. Mari balik dan tegakkan keadilan. Negara sedang menuju era ketelusan.

Kita kata: Suruh Raja Petra balik?? Nak mampus!!! Sistem Kehakiman sudah menuju era ketelusan. Weh... tolong jangan buat lawak bodoh. Tan Sri kita ni nampak gayanya celik tetapi buta!! Oi.. lihat dan pikir. Pikir pakai akai sikit.... tak usah pakai akai banyak, sikit pun cukuplah.

Sebenarnya, banyak lagi ceriter tentang kehilangan. Negara kehiangan RM100 billion semasa era pemerintahan Che Det. Ceriter kehilangan PI Bala Subramaniam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Darul Ridzuan yang kehilangan kuasa akibat rampasan kuasa yang di kepalai Najib. Negara kehilangan sumber pendapatan secara sia-sia akibat rasuah, salah urus tadbir kewangan, penyelewengan dan pemborosan. Kantung Petronas hilang duit kerana digagau oleh kerajaan UBN. Dan... kereta hak milik kerajaan hilang pun SUK kerajaan UMNO/BN boleh kata dia tak tahu. Pelik dan menjelikkan!!

Tetapi... apa yang pasti semua individu serta kerajaan yang terlibat dan mengakibatkan berlakunya kes-kes kehilangan ini..... tidak reliable, tidak telus dan tidak bertanggung jawab. Kesannya... negara dan sistem yang ada, HILANG CREDIBILITY, INTEGRITY dan MARUAH!!!

Isa: Bila lagi melayu-melayu umno nak sedar diri dan celik mata. Diorang semua tau kebanjingan pemimpin2 umno, disebabkan mengejar dunia dan harta benda sebab itulah mereka semua masih menyokong Parti Haramjadah ni.


Umno sudah tidak relevan lagi. Tinggalkan perjuangan umno yang penuh retorik.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP