Makan Lauk Sotong Hari Ni...
>> Thursday, December 17, 2009
Bahan-Bahan:
250 gm sotong ~ potong bulat
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
4 ulas bawang merah @ 1/2 biji bawang besar ~ ditumbuk
10 ( kurang @ lebih ) cili api ~ di tumbuk
1 biji bawang besar ~ belah 8
1 biji tomato ~ potong dadu
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa dan sedikit gula, Minyak untuk menumis.
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga agak garing.
Kemudian masukkan tomato dan sos tiram.
2. Masakkan tomato sehingga masak dan masukkan sotong, kacau rata.
3. Masukkan bawang besar dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Kacau 2-3 minit dan bolehlah diangkat.
Aku rembat masakan ni dari blog udanglipan.
*********************
Ini favourite aku...., aku bukan boleh tengok sotong nih... otomatik terbuka selera, ha..ha... sotong betul yea... bukannya sotong yang ada keris auw..auw.. tu.... (otak korang kasi tune sikit ok.., jangan melencong)
Aku nak gi pasar dulu... sotong satu kilo..., buat adjustment sikit dengan masukkan petai pasti lagi ngancam kan...
Kalau korang nak tambah dengan kerdas ke.., jering ker... atau kas-kas, lagi sedap kalau di tumis dengan mengunakan air akar pinang... pergh... ngancam wa cakap lu..., pandai2 lah ikut kreativiti dan selera masing2.
Selamat mencuba.....
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com