Kisah Benar: Hantu Bodoh.
>> Tuesday, December 15, 2009
Ini kisah benar berlaku malam tadi.
Bertempat di Parlimen, sebuah bangunan untuk semua hantu berkumpul. Semua hantu dalam bangunan tu masing2 mengaku diorang yang paling terbaik, jujur dan amanah. Ada hantu pakai kot dan tali leher kononnya macam hantu Eropah. Ada juga hantu yang pakai jubah dan serban mengaku sebagai hantu arab, ada yang islam dan ada juga yang kapir.
Dalam bangunan tu semua hantu2 ni selalu bertengkar, tapi bila time minum2 makan2 siap sekali dengan sesi pekena the tarik semua hantu ni coool… jer. Pada malam tadi ada hal penting di bangunan Parlimen. Ada dua puak hantu sebenarnya, satu ni puak hantu berbarisan dan satu lagi puak hantu berpakatan.
Di khabarkan semalam ada pengundian dalam Dewan Hantu. Ketua hantu Berpakatan menjadi risau dan terus menangis mencari anak2 hantu yang entah kemana. Pada masa itu, anak2 hantu yang seramai 20 orang tak tahu ntah di mana, mungkin mereka berpakatan agaknya buat hal masing2 atau pergi tengok bola Sukan Sea.
Tiba-tiba seekor kucing hitam menjelma dan menggosok2 kepalanya di kaki Ketua Hantu Berpakatan. Dia terus termenung ke arah gambar rusa yang ada di dalam bangunan tu.
Ketua Hantu Berjubah pula terus bangun masuk lif bersama Ketua Hantu Berpakatan yang pakai kot. Lu orang nak tau tak, ketua hantu berjubah merenung ketua hantu pakai kot dari tingkat lapan sampai lobby bangunan tak berkelip-kelip matanya. Ketua hantu pakai berpakatan merasa sangat takut dia terus pandang butang-butang lif itu, kecut perut dia.
Sampai lobby parlimen ketua hantu berpakatan berjalan dengan pantas keluar lif. Ketua hantu yang berjubah terus keluar dan menuju ke pintu keluar lobby Parlimen. Tiba-tiba semua orang yang ada kat lobby parlimen termasuk anjing pengawal terkejut cipan apabila mendengar ketua hantu berjubah mengilai begitu kuat sekali. Berkali-kali pulak tu.
Ketua hantu puak yang satu lagi pun terperanjat jugak, walaupun dia dah biasa dengan suasana mengerbang dan mengilai tak tentu masa oleh hantu betinanya, maka itu perkara biasa jer pada dia.
Geng2 hantu berpakatan tadi memanggil geng2 hantu berjubah dan berserban lalu menyuruh mereka membaca Ayat Kursi dan doa-doa yang lain, tetapi dek kerana rasa takut dan tergamam melihatkan ketua hantu berjubah mengilai dan menjerit macam histeria, lalu mereka terbaca doa makan!!!
Ketua hantu puak satu lagi tu mengambil begnya yang berisi dokumen rahsia kerajaannya lalu menghempuk2 ketua hantu berjubah tiga kali, hantu berjubah menangis dan mengilai kemudian pengsan. Yang hantu lain-lainnya sangat takut lalu blah dari situ sambil mengeleng-gelengkan kepala masing2.
Hari ini ramai yang bertanya, "Sheikh… apa yang terjadi semalam???''
Ketua hantu berjubah pun bertanya balik, "Apa yang terjadi?"
Ketua hantu berjubah kelihatan pucat, lalu selaku ketua hantu geng berpakatan menceritakan apa yang terjadi malam tadi. Rupa-rupanya, ketua hantu berjubah ni terlalu tension dan stress mengenangkan kekalahan secara demokrasi kepada puak hantu yang di sebelah sana tu, akibat kecuaian mereka sendiri yang tak tahu nak jaga anak2 buah mereka.
Paling menyakitkan hati apabila dia terbayangkan ketua hantu yang berbarisan sebelah sana tersengih sambil mempamerkan bibirnya yang kemerahan macam baru lepas menyedut darah 10 pain. He..he..he….
Rupanya… geng2 hantu yang berpakatan nih… asyik kalah jer… dengan geng hantu yang berbarisan tu, apalah nasib bodoh malang mereka…?
Hari ini semua media maya mengutuk kow2 sebab kebodohan hantu-hantu yang berparlimen tu… akibat marah teramat kerana hantu-hantu tu semua sepatutnya memperhambakan diri kepada golongan manusia, dan menjadi khadam yang berkhidmat kepada golongan manusia.
Sia-sia saja golongan manusia membayar upah pada hantu-hantu nih, semua jenis hantu ni tak boleh di percayai… makan upah buta jer… baik hantu eropah dengan hantu arab… 2 x 5 jer…
Kategori: Merapu dan Menyampah.
peace....
4 IkutSukaLu...::
Salam anakanda.
Hah.. sedap juga versi hantu ni. Bukan apa hantu-hantu berpakatan ni sebenarnya tidak berpakat. Ketua sama Ketua dengan hal masing-masing, anak-anak mereka ini pula ramai yang bodoh dan bangang tidak tahu menilai situasi. Yang mereka tahu hanya bertaburan merata tempat mencekik darah!
Salam Ayahanda,
Baru jer... tadi tinggalkan komen tentang kemaskini url, macam mana ayahanda boleh akses... pelik bin ajaib ni... ada pakai Jin ke...?
Kisah merapu tu... maknanya saya dah sampai tahap meluat dan menyampah teramat dengan kalakuan ahli politik kita ni.
Kalau kat eropah, memang saya tembak dengan senapang gajah... ha..ha..ha... geram teramat geram.
salam bro...
permintaan anda telah dilaksanakan hik hik hik...
W'salam Tepet,
Terimo kasih daun keladi... ha..ha..ha..
Post a Comment