IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

TGNA & Exco Kerajaan Negeri Kelantan...!!! Sila Ambil Perhatian...

>> Tuesday, November 24, 2009

(Kemaskini @ 11.30pm - Aku baru terima call dari Kota Bahru yang mengesahkan cerita ini. Dan ianya memang benar dan aku berharap agar YB Takiyuddin Hassan selaku Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, dapat memberi perhatian dan menyelesaikan perkara ini dengan segera, tolong jangan malukan Islam). Entry asal di bawah.

****************

Entry ini membuatkan aku sedikit resah, samada hendak menyiarkannya atau tidak. Pertama sekali takut sesangat ini adalah mainan musuh yang hendak menganggu gugat pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.

Keduanya, jika aduan penindasan ini benar, maka aku tergolong dalam golongan orang-orang yang menganiaya golongan yang lemah dan memerlukan bantuan.

Kesimpulannya, samada ianya benar atau tidak, aku nekad mengambil keputusan untuk menyiarkannya dan berharap kepada sesiapa yang rapat dengan Kerajaan Negeri Kelantan dan MBnya dapat menjalankan siasatan demi mencari kebenaran. (Dan aku juga telah emailkan kepada pihak2 yang rapat dengan MB sendiri)

Keputusan menyiarkan aduan ini berdasarkan kepada “Dalam setiap organisasi pasti ada manusia haramjadah dan bangsat yang berlandaskan Nafsu demi kepentingan peribadi, tidak kiralah betapa tinggi ilmu keislamannya atau kewarakannya” itulah manusia-manusia celaka yang berada di sekeliling kita.

Pesanan kepada pengadu yang meminta aku menyiarkan aduannya ini (di bawah), walaupun tidak menyiarkan nama (mungkin atas sebab keselamatan) anda berdoalah semoga aduan anda ini benar, jika aduan ini bersifat/berniat jahat…, pasti kecelakaan akan menimpa kamu atau ahli keluarga kamu yang di sayangi. Lu fikirlah…. sendiri…

Salam tuan blog, tolong siarkan,

KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN.

Salam, Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI (Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam)”.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji.

Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI, Kononnya Serambi Mekah… Bandaraya Islam.

UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK "MISS" PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT???

Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami:

1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gantian, INI AMATLAH ZALIM DAN KEJAM.

2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alasan “Lawatan Sambil Belajar” TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI. Hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI iaitu penstrukturan sistem jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

3. MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA. BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL. MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.

Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli – ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi, firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI.

Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini sampai ke pengetahuan pihak kerajaan negeri / awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di Kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, Exco dan Adun-Adun sekalian.

Bukan untuk mencetuskan masalah, tetapi kami mahukan “KEADILAN DAN PEMBELAAN”

KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ.

KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA. KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI, KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NESCAYA PRU-13, PAS TUMBANG DI KELATE, DAN KAMILAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS.

HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.

INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN


Isa: Walau sangsi dengan cerita ini, mula katanya "mewakili kawan saya" kemudian "Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami", ha..ha..ha... tak kisahlah samada aduan ini mewakili kawannya atau dirinya atau suara pekerja bawahan MPKB-BRI.

Ada Pro dan Kontra dalam aduannya, hentam sajalah labu... yang penting tolong siasat dakwaan ini... betul atau salah. Perghhh siap ada unsur ugutan tu.... wa caya... lah...

1 IkutSukaLu...::

opisboi Wednesday, November 25, 2009 7:32:00 AM  

hehehe bukam kat mpkb je obertime tak bayar gaji kat kerajaan pusat pun dah lama tak bayar gaji obertime kena ambik cuti gantian....kesian kat pencacai umno carilah modal lain...daya pemikiran pecacai lebih teruk dr lembu..lembu pun tak nak makan rumput kering...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP