IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Seperti Di Jangka dan Salam AidilAdha Buat Semua.

>> Thursday, November 26, 2009

Semalam, seperti yang di jangkakan sudah pasti ada hujan ribut taufan di LCCT Airport - Sepang. Walaupun Alisya dan Aleeya tidak tahu menahu tentang Auntie (Pembantu Rumah) mereka hendak balik Indonesia bercuti selama sebulan, sengaja kami rahsiakan dari mereka, kalau tidak pasti mereka akan mengamuk awal lebih lagi, dan mungkin kerana naluri mereka... sepanjang perjalanan ke Sepang mereka tidak berenggang lansung dengan Auntie mereka, berkepit sepanjang masa.

Sehinggalah sampai ke saat perpisahan di kaunter check-in, aku dukung dan peluk Alisya manakala isteri pula memeluk Aleeya, habis satu ruang legar LCCT bergema dengan suara tangisan dan raungan mereka... fuhhh... jenuh juga kami nak berkungfu berkuntau dengan mereka, manakala Auntie-nya pula terus berjalan masuk tanpa menoleh kebelakang, kami tahu... dia pun menangis kerana meninggalkan Aleeya dan Alisya yang dia bela sejak masih merah (bayi)lagi. Kawan rapatnya siang dan malam, mereka berkongsi bilik tiga orang dan tidur pun bersama.

Kadang2 aku dan isteri pun rasa terkilan juga, jika kami tiada budak2 tu macam no hal jer... tak kisah lansung... tapi kalau Auntie mereka tak ada... walau ke tandas sekejap jer... perghhh... dah mula bertanya... "Auntie mana...?" lepas tu menangis mencari... macam kucing hilang anak jer. Pun begitu... mereka masih mengenali Ayah dan Mama mereka kecuali waktu tidur, mandi dan makan.

Malam tadi nak tidur... terpaksa tidur dalam bilik Auntie, tak mau tidur dalam bilik kami, layan jelah... kerenah mereka berdua dan mereka masih lagi tersedu sedan menangis bertanya bila Auntie nak balik, puas jugalah memujuk sehingga mereka tertidur.

Dan pagi ini seperti yang diramalkan kerana sudah menjadi tabiat Aleeya (3 tahun) setiap kali bangun pagi dia akan menjerit; "Auntieeee..... nak susu..." dan ianya menjadi bahan lawak kami sekeluarga pagi ini, ha..ha..ha... selepas itu isteri kena take over usaha buat susu dan memujuk... entah lah untuk berapa hari lagi kena memujuk dan menyakinkan Aleeya dan untuk dia faham situasi buat sementara waktu ini.

Alisya (5 tahun) pagi ini dah ok sikit... walaupun sesekali agak sensitif juga... mungkin masih teringat-ingat kot. Dalam masa sebulan ini adalah masa untuk merapatkan kembali hubungan kami sekeluarga, insyallah....

Salam dan Selamat Hari Raya AidilAdha (korban) kepada semua pembaca dan followers "IkutSukaAku" semoga dalam keadaan sejahtera hendaknya, jika ada yang balik ke kampung halaman, pandu berhati-hati dan ingat orang tersayang.

Isa: Kenapa KLIA (Kuala Lumpur International Airport) bukannya (Sepang International Airport) sedangkan Airport tu di Sepang bukannya di Kuala Lumpur. Ha..ha..ha... uniknya Malaysia...

2 IkutSukaLu...::

Unknown Thursday, November 26, 2009 3:01:00 PM  

Salam anakanda.

Perkara begitu terjadi mesti ada hikamahnya. Salah satunya macam akanda kata "Peluang merapatkan hubungan dengan mereka".

Ayahanda sudah merasanya bila anak-anak membesar bersama Pembantu Rumah. Dari kecil Pembantu Rumah yang buat, sehinggakan mengemas tempat tidur. Bila kami berhenti mendapatkan khidmat Pembantu Rumah ketika anak-anak di darjah 5. Sehingga sekarang mereka masih kekok untuk berdikari. Semua kena suruh.

ISA Thursday, November 26, 2009 4:44:00 PM  

Salam Ayahanda,

Bagus juga berkongsi pengalaman Ayahanda tu. Sememangnya anak2 dari yang sulong hingga yang ketiga kurang berdikari, semuanya mengharapkan pembantu rumah.

Bila kami bertempik barulah kelam kabut kemas bilik masing2, jika tidak.. harap maklum sajalah.

Yang kecil 2 orang tu, nampak gayanya pun bakal ke arah yang diperkatakan. Insyallah kami akan cuba merubahnya...

Terima kasih sekali lagi, kerana sudi berkongsi pengalaman. Boleh di jadikan panduan di masa hadapan.

Selamat menyambut AidilAdha buat Ayahanda/Auntie sekeluarga....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP