Nizar: Mari Cari Gambar Tersembunyi - Hadiahnya Lumayan Beb....
>> Wednesday, November 11, 2009
Wooiii... Baginda...!!! Ko dah tau aku bebal sikit jer... pasal IT ni, apa pasal ko tak buangkan dulu tanda bulatan merah tu..., kantoi aku punya peraduan teka gambar tersembunyi ni...!!!
Jadi minta maaflah pada semua... hadiah di batalkan... selamat duit kawan aku... fuyoo.. lumayan hadiahnya...
Sumber di cilok dari blog Era Pasca - tak minta izin pun... belasah jer. (Jawanpanya ada kat blog Era Pasca... korang klik je kat link atas tu)
Mengikut "PERSEPSI" aku,
1) Pakcik tu berkemungkinan besar Ahli PAS atas bukti yang sahih dia berkopiah putih dan bukannya bersongkok tinggi.
2) Berkemungkinan besar Ahli PAS juga, kerana memakai baju melayu.
3) Dan lagi sekali... memang sah Ahli PAS... sebab pakai kain pelekat. Macam ABC pun ada jugak kan... tapi perut dia tak boroi...
4) Isterinya mesti cun gilerrrr.... macam Ustazah Mashitah.
5) Mungkin juga dia ni ahli umno.. tapi apa pula logiknya.. dia seorang ahli umno..?
Itu pun dari sudut "persepsi" jer... persepsi korang macam-mana pulak...?
p/s: Kak Mah... ucapkan Alhamdulillah... pasal duit dia dah selamat...
4 IkutSukaLu...::
sepatutnya...
yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. ada konsep hak dan batil bila kita diajak menilai sesebuah gagasan parti politik atau individu sekalipun.
aku penyokong PR, tapi aku berani menyatakan tidak bermakna semua yang dilakukan PR itu tepat dan boleh menjamin kesejahteraan kita. aku juga sedar ada ramai jugak yang jujur dalam BN dan banyak berjasa pasa negara.
baik, tanggungjawab kita sebagai pengundi, aku dah lama sedar.
tapi yang tak sepatutnya berlaku...
bila media mengajar rakyat untuk menipu, dan pada masa sama, memperbodoh2kan pula rakyat sendiri. kerana ini lah selepas 52 tahun merdeka, negara kita masih belum masuk ke fasa pemerintahan dua parti kerana hanya BN saja yang menguasai semua. minda orang2 baru yang nak mula berjinak dengan politik, secara drastik menjadi bebal bila memerhati permainan perang saraf yang tak menguntungkan ini.
tolonglah wahai BN, cukup2lah dengan semua ugutan dana pembangunan, dengan subliminal message yang kamu mainkan. aku nak sangat tengok rakyat kita semakin bijak pandai.
tolong jangan anggap kami seperti keldai. sila bertarung dalam pentas politik lagak seorang jantan, wahai pak najib.
kak mah, sakit mata laa tgk rambut umpama sarang burung layang2 tu. dah dpt 7 juta, tak cukup duit nak beli tudung lagi ke?
alahai kak mah...
ISA, artikel asal bukan dari bagindarefomasi. Ianya datang dari sumber http://pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/2009/11/tikam-isteri-kenapa-logo-bn-pada-payung.html pada 9/11/09.
Kadang2 aku pelik, copypaste tak disertakan sumber asalnya. bukan salah ISA tapi bagindarefomasi cuba sembunyikan bahan plagiatnya. TQ
aku sedang berdiri di hadapan kedai nombor ekor. persepsi masyarakat yg melihat beranggapan yg aku sedang/baru lepas beli nombor ekor,walhal aku seorg islam.Salah org yg mempunyai persepsi begitu atau salah aku?Atau aku memang bersalah sbb menganggap org mempunyai persepsi sebegitu terhadap aku?atau knp tidak aku berdiri saja di hadapan kedai lain yg ada disitu utk menjauhkan persepsi buruk terhadap aku?jika aku mmg membeli nombor ekor,masihkah ada persepsi buruk terhadapku jika aku berdiri dihadapan kedai yg 'halal'?Mengurus persepsi org memang susah.Tp itulah saat akhir dalam menentukan menang kalah dlm pilihanraya.tak kira aku memang beli nombor atau tak,tempat aku utk mengundang pelbagai persepsi perlu ditentukan dgn cermat agar aku dilihat hensem, bijak dan yg penting sekali BAIK tahap gaban.
Sakit hati jer ikut karenah politik malaysia ni..harap2 kepala pengat dalang jahat dalam politik ni mampus jer cepat2 sblm tu biar tuhan tunjuk kat semua org kesan kejahatan dia supaya jadi iktibar kpd yg lain2.
Post a Comment