IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Mohon Sumbangan Anda Buat Insan-Insan Ini - RM2.50 jer....

>> Wednesday, November 18, 2009

MSK buat tabung kutipan RM2.00 untuk TGNA pergi Haji. Tapi TGNA dah bagitau dia nak pi Haji tahun depan…, tahun ni kansel...

Pemuda PAS pula cadangkan kutipan RM1.00 untuk Persatuan Bolasepak Perak.

Rakyat Kelantan pun buat kutipan RM1.00 untuk membantu KAFA menjelaskan denda kes Stadium Bukit Jalil tempohari.

Dan aku pula nak cadangkan supaya buat kutipan dan tabung RM2.50 seorang atas tujuan;

RM1.25 - Pertama: Aku sedih dan simpati dengan INSAN ini, jadi eloklah kita semua pakat hantaq dia pi Mekah untuk menunaikan Haji pada tahun depan. Pergi bersama TGNA. Itu pun kalau sempat lah…., bukan apa… aku nak suruh dia rehat dari dunia politik ni.

Lagipun satu dunia dia dah ronda..., duit berjuta billion, tapi dia dah tunaikan Haji ka... belum? Aku pun tak pasti...? Kalau belum... itulah tujuan kutipan untuk beliau.

RM1.25 – Kedua: Kita pakat-pakat bantu INSAN-INSAN ini yang tak cukup pakai dan makan, mungkin!!! Dan juga untuk membeli tudung buat Kak Mah juga. Nak harapkan bantuan dari PERMATA tak tau la... boleh masuk dalam senarai atau tidak.

Kalau semua orang bersetuju tolong dermakan wang ringgit anda ke akaun di bawah ini;

Atas nama: Rahim Tambi Sedang

Akaun: Bank of Malacca – 0123 4567 8910 9876 (jangan tikam nombor ekoq pulak, free jer aku dapat dosa kering korang nanti)

Jadi aku harap dapatlah kita semua membantu insan-insan yang malang ini dengan penuh rasa simpati. Terima kasihlah aku ucapkan kat semua yang bermurah hati nak menyumbang tu... (tolong jangan bank-in duit cina mati sudah la...)

2 IkutSukaLu...::

matstimketum,  Wednesday, November 18, 2009 10:11:00 AM  

salam,
tak pernah dengarpun bank of malacca! harap perbetulkan.

author faethal Wednesday, November 18, 2009 10:55:00 AM  

Alahai matsimketum..
Ni SINDIRAN la..
ISA sindir gadis cuci motor dgn chedet..
WAKAKAKA..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP