IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Melayu Yang Sanjung Memang Bodoh...!!!

>> Thursday, November 12, 2009

Saya sekadar menarik perhatian kita semua apa yang kita rasakan sedang berjuang mencari keadilan dan menumpaskan kezaliman.

Saya pasti setiap orang dari kita merasakan kita sedang dalam perjalanan untuk mencapai cita-cita kita itu. Saya yakin jalan menuju keadilan yang kita impi-impikan itu penuh ranjau duri.

Kalau umpama meneroka jalan baru, kita sedang menebas semak samun sepanjang jalan itu. Kita lakukan itu semua dengan harapan di penghujung jalan yang kita tebas dan bersihkan itu nanti akan ada titik keadilan itu.

Dan di situlah kita akan berhenti dan membina rumah baru kita dan meneruskan kehidupan. Pekerjaan kita mencari keadilan ini sebenarnya hanya menyambung pekerjaan pejuang-pejuang yang terdahulu dari kita.

Ketidakadilan telah berlaku di bumi bertuah ini sejak sejarahnya dikenal umat manusia. Sejarah tanah bertuah ini tercatit secara teratur bermula Parameswara dirajakan di Melaka itu.

Kerana kebodohan orang melayu, entah penyamun dari mana diambilnya dan dirajakan di Melaka itu. Dan keturunan penyamun itulah hari ini yang dianggap berkuasa di tanah ini. Akan yang ditabal sebagai raja tadi pun memerintahlah. Dan bermula disitulah ketidakadilan berlaku.

Maka itu sekelian umat melayu, berpada-padalah menjunjung kesetiaan kepada raja. Sebagaimana pun bengis dan garangnya sang raja, ingatlah Allah lah raja segala raja, sementara sekalian raja-raja melayu pula ingat kerajaan tuan-tuan itu hanya umpama hama disisi kerajaan Allah SWT.

Marilah kita tunduk menyembah Allah SWT semata-mata.

Wallahualam

Selanjutnya dan artikel sepenuhnya di PerakExpress.

Isa: Aku dah banyak kali sentuh isu berkaitan, yang tak relevan dengan zaman.

1 IkutSukaLu...::

ayahIssa,  Thursday, November 12, 2009 1:05:00 PM  

Salam.

Ana selalu menyebutnya, bukankah Hang Tuah berkata Tak Melayu Hilang Didunia!? Kata2 ini dianggap keramat, maka sampai bila pun Melayu Hang Tuah tetap akan berada didunia ini lebih2 lagi di Malaysia tercinta. Orang seperti ini bukannya tidak membaca dan memahami al Quran, namun sengaja berdiam diri dan menyembunyikan yang diperintahkan oleh Allah SWT. Kebanyakan mereka adalah bijak pandai agama (ahli kitab)Merekalah yang memberi sanjungan dan kesetiaan yang berlebihan sehingga mengabaikan kebenaran dan keadilan yang diperintahkan Tuhan.

QS Ali Imran 3:71 “Hai orang orang ahli kitab, mengapakah kamu mencampurkan yang haq dan bathil dan kamu sembunyikan yang haq itu, sedangkan kamu mengetahui?” dan 3:99 “Katakanlah : Hai ahli kitab, mengapa kamu halangi orang yang beriman dari jalan Allah, kamu kehendaki jalan yang bengkok, sedangkan kamu mengetahui? Allah tiada lalai dari apa apa yang kamu kerjakan”

Namun ingatlah amaran Allah kepada mereka bahawa kuasa dan kekayaan yang ada itu hanyalah tipu daya dan muslihat Allah buat mereka.
QS ali Imran 3:178 'Janganlah orang orang kafir itu mengira bahawa Kami memberi tangguh kepada mereka, lebih baik bagi diri mereka. Hanya Kami memberi tangguh mereka supaya mereka menambah dosanya dan untuk mereka itu siksaan yang menghinakan'

Bro Isa, dalam masih ada tempuh ini kita hanyalah memberi ingatan kepada mereka supaya kembali kepada amal makruf nahi mungkar dan berpada2lah menjunjung kesetiaan, jangan sampai kelewatan.Marilah kita tunduk menyembah Allah SWT semata-mata. Marilah kita tunduk meyembah Allah semata mata (ana bersetuju). Wassalam

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP