IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kenapa Babi Tak Masuk Islam...?

>> Friday, November 27, 2009

Ada logo Halal ke...? atau ikut hukum dalam Islam... Haram... kan...?

Selepas Isyak tadi sempat juga melepak dengan jiran dan kawan2 di perumahan Mertua. Maklumlah... balik beraya di kampung kononnya... ha..ha..ha... kampung isteri... di Petaling Jaya.

Jauh perjalanan beb..., dari Shah Alam ambil masa enam jam baru sampai kampung, dengan jalan jem... bersesak kat highway, bersesak nak bayar tol Plus... huh gila sungguh bila tiba hari perayaan kat Malaysia ni.

Bangga giler... isteri aku dapat beraya kat rumah mak dia..., sebabnya masa Raya AidilFitri hari tu kami beraya di Shah Alam jer... kalau ikut bai'ah awal perkahwinan kena giliran rumah mak bapak dia... tapi aku nekad nak beraya di rumah sendiri, buat perubahan konon untuk tahun ni jer..., lepas solat AidilFitri baru pergi rumah mak bapak dia, hangin jer... dia masa tu.. ha..ha..ha.. memandangkan syurga isteri pada suami, dia akur jer...

Nak buat camna kan...dah tahun ini tahun Hasan Ali, jadi dia tak boleh buat apa2, ikut jelah dengan hati yang berat 10kg, tu pasal la... untuk Raya Haji ni... dapat balik kampung pun dah happy giler... bukan apa pun... Raya Haji beb.... adus... itulah perangai orang pompuan... macam2 kerenah... kalau tak di bendung dan di kawal oleh suami yang beriman macam aku ni... layan jelah... jangan jadi macam laki kat atas tu... memang tak tau kontrol bini dia...

Ooppssss... dalam dok leka bersembang dengan member2 tu, masuk pulak sms ucapan raya dari partner berkebun, dan aku nak syer ler... dengan korang semua kat sini... sambil2 tu pikirkan lah apa maksud yang tersurat dan tersirat....

Bila Takbir bergema, ayam... itik... terus menghilang,
lembu... kambing... kerbau... menjadi korban
Babi tersenyum sambil berkata;
"Nasib baik aku tak masuk Islam... he..he..he..."

Selamat Hari Raya Korban

Dari sms ucapan tersebut, mungkin ada yang menganggap ianya sebagai senda gurauan, kreativiti orang yang menghasilkan bait2 ucapan tersebut atau entah apa2 jelah...

Bagi aku pula dari persepsi jugak lah..., nama2 binatang tersebut amat sinonim dan selalu digunakan terhadap individu2 politik tak kiralah samada dari ubn atau PR.

Ada yang menjadi lembu... ada yang menjadi kambing... ada yang menjadi kerbau... !!!!!!

Yang paling hina sekali... ada yang menjadi Babi... sebab tu dia tak masuk Islam... atau nama dan bin/binti jer... Islam, selainnya contoh perangai dan sifat sama macam binatang-binatang yang disebutkan... ha..ha..ha... pandai-pandai korang menafsirkannya dengan situasi politik semasa...

Isa: dari sudut politik dan sikap ahli politik Malaysia, sms ucapan tu makan dalam tuuuuuuuu..... ha..ha..ha.... lu pikir lah sendiri.


8 IkutSukaLu...::

Unknown Friday, November 27, 2009 3:15:00 AM  

Salam Raya Aidil Adha buat anakanda sekeluarga semoga bahagia selalu.

ISA Friday, November 27, 2009 10:48:00 AM  

Salam Ayahanda,

Selamat Raya Aidil Adha kembali...

ISA Friday, November 27, 2009 10:49:00 AM  

yusaini,

Allah pun Paranoid juga lah... he..he..he...

Prof. Era Pasca Friday, November 27, 2009 11:27:00 AM  

slamat hari raya aidiladha- team era pasca

baginda Friday, November 27, 2009 11:35:00 AM  

slamat hari raya aidiladha- team era pasca

alahas30 Friday, November 27, 2009 11:29:00 PM  

kesian kpd pemimpin yg selayaknya dipanggil ba..
tapi tk apa kerana Allah dh sediakn neraka jahanam utk mereka2 ini,teruskan perjuangan suci anda....ISA

alahas30 Friday, November 27, 2009 11:32:00 PM  

maaf.. sampai terlupa nk ucapkn...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA utk semua.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP