IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Hasan Ali Berkejar Ke IJN - update @ 0945pm

>> Monday, November 23, 2009

Kemaskini @ 0945pm: Jawapan kepada 3 komen terawal di terima.

(Cikgu tadika aku ada berpesan, apabila hendak memulakan pembacaan kita hendaklah membebaskan otak/fikiran dari sebarang prasangka positif/negatif, ulang bacaan sehingga faham kemudian barulah kita buat tafsiran/rumusannya. Apakah bentuk penyampaian, mesej, positif/negatif dan pelbagai lagi. Itu mengikut nasihat cikgu tadika aku lah...)

Jadi dalam isu di bawah ini, maksud aku tidaklah sampai mendoakan mamat munafik kat bawah ni sampai MATI, apakah kerana di kejarkan ke IJN dan berkaitan dengan Jantung pengakhiran jawapannya adalah MATI...? Jumud sungguh persepsi pembaca yang membaca n3 ini. Dan itulah tahap pembacaan orang Melayu dan sebab itulah jika di lihat dalam setiap komen di serata Blog... kebanyakkan komen semuanya mengarut dan lari dari topik, lebih sedih tak faham lansung dengan mesej yang tersirat.

Apakah dengan bertanya: Bakal ada PRK ke....? maka setiap PRK itu diadakan kerana kerusi DUN/Parlimen kawasan tersebut kerana YBnya MATI...? Singkat sungguh pemikiran sebegitu.

Mustahil atau tidak..? Jika Allah SWT membukakan hati si mamat nih... untuk melepaskan jawatan dalam PAS dan sebagai Ahli Parlimen Bachok atas sebab2 kesihatan atau sebab2 lain seperti rasa kebertanggung-jawaban dia adalah liabili kepada Parti, so... kerusi Parlimen Bachok tetap kosong dan berkemungkinan adanya PRK.... apa masalahnya wahai pembaca yang budiman sekalian...?

Walau aku menyampah teramat sangat dan sesungguhnya aku mengaku sekali lagi 100% aku menyampah dengan si munafik yang menafi tuduhan dan nak saman pendedah skandal dia di London, tapi belum sampai ke peringkat mendoakan dia MATI... aku pun faham batas dan hukum.

Setiap kali berdoa aku sentiasa mendoakan semua muslimin dan muslimat di dunia ini dilindungi dan di beri kesejahteraan, kesihatan dan macam2 lagi, tak perlu aku nak detailkan di sini.

Akhir kalam, bukankah ALLAH itu bersifat Pengasih dan Penyayang, DIA Benci dan Murka tetapi masih ada Kasih dan Sayang (pandai2 koranglah menafsirkannya).

Noktah... - (N3 asal seperti dibawah;)

Hebat... tak jatuh pulak kopiah dia....

Timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dikejar dengan ambulans ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadukan sakit dada.

Nasharuddin yang menghadiri sidang Parlimen pagi ini, sebelum ini dibawa ke klinik di situ.

Bagaimanapun, selepas melalui ujian electrocardiaogram (ECG), doktor tidak dapat mengenal pasti punca sakit dadanya.

Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok, kemudiannya dirujuk ke IJN.

Sumber - Siasah

Isa: Bakal ada PRK ke....?

p/s: Kak Mah... standby....

8 IkutSukaLu...::

Arjuna Monday, November 23, 2009 7:27:00 PM  

tak baik doa orang macam tu.

Unknown Monday, November 23, 2009 8:13:00 PM  

Salam anakanda.

Tak baik mengharapkan orang supaya mati. Berilah peluang dia bertaubat di atas pengkhianatannya.

sokong Islam,  Monday, November 23, 2009 8:38:00 PM  

ISA, jahat dan busuknya hati kamu!
semoga Allah membalas perbuatan jahat kamu!

MC_Shaharul Monday, November 23, 2009 11:46:00 PM  

isa nie duk kata org munafik,beriman sungguh dia kn mengata org..mamat nie mmg umno dlu nie..pemikiran dia pn umno,family dia pn kan karat umno dlu,so terbawak2la..wlaupn aku mmg x bape stuju dgn nasa n hasan ali nie..tp aku xde la smpai harapkn diaorg2 celaka..

ISA Tuesday, November 24, 2009 2:06:00 AM  

Salam Ayahanda Moundweller,

Saya terima teguran ayahanda, N3 itu bukannya membawa maksud sehingga mengharapkan dia mati.

Ada ke..? Saya sebutkan perkataan Mati atau mendoakan kematian seseorang?

Bertanya: Bakal ada PRK ke....? (ada pelbagai maksud, terpulang pada pemahaman seseorang pula)

Mengapa harus ada prasangka buruk dalam pembacaan...? Pelikkan pemikiran orang Melayu..? Sebab tu tak maju... kerana semuanya sudah ada PHD sejak azali.

ISA Tuesday, November 24, 2009 2:13:00 AM  

MC_Shahrul,

Hang sebagai contoh terbaik untuk jawapan aku pada Ayahanda Moundweller di atas.

Cara prasangka/tuduhan hang pada aku dan melibatkan family aku.

Buat pengetahuan hang, dalam family aku semuanya PAS sejak 1985 lagi, agaknya hang pun belum lahir lagi.

Dalam family aku takda ruang untuk perkataan umno, lu silap bro... kerana mendedahkan sifat lu sebagai Melayu yang aku katakan di atas tu.

ISA Tuesday, November 24, 2009 2:15:00 AM  

Arjuna,

Salam bro...

Terima kasih, atas teguran tu... tapi aku tak berniat macam tu pun...

ISA Tuesday, November 24, 2009 2:23:00 AM  

Untuk komen daripada "sokong islam" tu,

Korang tafsirlah sendiri... itu doa ke... apa..?

malas nak layan jenis budak sekolah tak habis ni... lantak lah lu nak cakap apa pun peduli apa aku... cuma satu je nak pesan kat mamat "sokong islam" ni:

"MELAYU BELUM TENTU ISLAM. ISLAM BELUM TENTU BERIMAN"

ITU SEBAB TUHAN SELALU BERFIRMAN...."WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN...".

TUHAN TAK KATA...'WAHAI ORANG-ORANG MELAYU' ATAU 'WAHAI ORANG-ORANG ISLAM'

Pi mengaji bagi habis dulu... nanti mai lagi kat sini... kalau tak mai pun aku tak rugi apa2 pun... ha..ha...ha...

(mungkin korang kata aku sombong dan berlagak, tapi korang juga yang ajar aku supaya menjawap komen dengan cara begitu, harap maklum... ada akal fikir...)

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP