IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Bezanya Sifat Seorang Pemerintah.

>> Monday, November 30, 2009

Ini kisah di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman AS. Baginda seorang Raja kepada sekalian makhluk dan bersifat adil dan saksama, yang lain-lain tak payah ceritalah pasal semua orang dah tahu "kelebihan" Baginda. Di ringkaskan cerita....

Suatu hari.., ada seekor burung iaitu burung hud-hud… yang terbang ke sana kemari dalam keadaan boring giler... tiba-tiba... menyala mentol dalam kepala hotaknya dan mendapat ilham untuk membuat jamuan kenduri. Maka terbanglah hud-hud ke Istana Nabi Sulaiman dan mengkhabarkan berita jemputan kenduri kepada Nabi Sulaiman AS. (dalam bahasa rockers).

“Ya... Nabi Allah Sulaiman yang gua muliakan, esok tengahari gua bercadang hendak membuat sedikit jamuan kenduri dan gua tersangat berbesar hati menjemput Tuanku Raja dan sekalian Bala Tentera serta rakyat taklukan Tuanku menghadirinya.

Dan gua bercadang ingin mengadakan kenduri tersebut di tepi pantai dan datanglah dengan pakaian rasmi Kerajaan Negeri, lagi satu gua harap Tuanku sedia maklum bahawa rumah gua pun lebih kurang saiz badan gua jer… sebab itulah gua buat jamuan tersebut di tepi pantai kerana keluasannya dapat menampung sekalian jemputan,”

Setelah Baginda Nabi faham dan menyatakan persetujuannya, maka burung hud-hud pun meminta diri untuk pulang bagi membuat persiapan untuk esok hari.

Maka Nabi Sulaiman pun meminta wazir negeri war-warkan jemputan burung hud-hud kepada seluruh bala tentera dan sekalian rakyat.

Keesokkan harinya,

Maka berangkatlah Nabi Sulaiman yang lengkap dengan pakaian rasmi diRaja beserta Bala Tenteranya serta sekalian rakyat ke tepi pantai untuk menghadiri jemputan jamuan kenduri burung hud-hud. Apabila mereka tiba di pantai maka bersuaralah burung hud-hud dengan ucapan kata-kata pujian kepada Baginda Nabi dan hadirin sekalian.

Setelah selesai ucapannya burung hud-hud pun menyambung lagi dengan berkata “ kini tibalah masanya untuk gua menghidangkan makanan kepada hadirin sekalian, izinkan gua sebentar…” maka burung hud-hud terus terbang ke udara dan menangkap seekor belalang, lalu dia menghancurkan belalang tersebut dan di taburkan ke dalam lautan.

Lalu kedengaran sayup suara burung hud-hud dari udara menjemput Baginda Nabi Sulaiman dan sekalian hadirin untuk menjamu selera;

“Jemputlah makan wahai hadirin sekalian, ini sahaja yang mampu gua sediakan, kalau tak dapat isinya... kuah pun jadilah....”

Lalu Baginda Nabi Sulaiman pun tersenyum dan dengan sifat-sifat seorang Nabi, Baginda menadah tangan berdoa mengucapkan syukur dan ribuan terima kasih kepada burung hud-hud kerana sudi menjembut Baginda dan sekalian rakyat.

Setelah selesai berdoa, maka kesemua hadirin mengucapkan tahniah Bravo….Bravo… kepada burung hud-hud dan pulang ke rumah masing-masing.

Moral cerita: Sifat seorang Pemimpin Islam (Raja/Sultan/PM/Presiden dan sesiapa saja).

Persoalannya: Apakah nasib Hud-Hud? Jika berlaku kepada Penguasa/Pemimpin zaman kini.

Simboliknya: Lu... pikirlah sendiri...

Isa: Siapa yang paham… paham la.., yang tak paham tu.. peduli apa aku.. ha..ha..ha..

peace....

2 IkutSukaLu...::

Unknown Tuesday, December 01, 2009 12:06:00 AM  

Salam anakanda.

Terlalu simbolik akan mengundang "persepsi" hee..hee..

mosabit Tuesday, December 01, 2009 12:34:00 AM  

gua tak boleh pikir sendiri...kerana gua telah didik untuk makan suap....
ada sesiapa nak suap kan gua ker?....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP