IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Nizar, Kugan Kena Hantam, Polis Malu - malaysiakini

>> Wednesday, March 04, 2009

Sebenarnya aku kurang berminat dengan kes Kugan ni atas sebab peribadi dan pendirian aku sendiri. Tetapi apabila melibatkan dengan Polis Raja Di Malaysia ni aku rasa nak juga komen sepatah dua kata… ha..ha..ha.. bak kata PakLah “saja syok…syok…”. . Tapi sebelum tu… kena minta laluan dulu....

Aku tau dan sedar dalam mengutuk, mengeji dan menghina Polis Raja Di Malaysia adalah kurang bijak dan elok, dan bukannya semua anggota polis itu buruk kelakuan dan kotor seperti yang diperkatakan. Tapi apakan daya…. Disebabkan oleh polis-polis yang kotor dan jijik ini, habis keseluruhan jabatan polis terpalit kemaluan besar akibat cemuhan dan pandangan negatif masyarakat.

Maaf yea.. abang-abang dan kakak-kakak polis yang baik, yang benar ikhlas dalam menjalankan amanah anda semua, jika anda tak terlibat dengan isu-isu yang menjijikkan kenapa anda semua perlu malu, betul tak… pedulikan saja ler… apa orang nak cakap. Asalkan kerja yang anda lakukan itu adalah satu ibadah dan ikhlas, janji gaji masyuk setiap bulan sudah ler…

(Kenapa aku ungkapkan maaf di atas sebabnya, ada luahan dari jiran yang baru berpindah di kawasan perumahan aku, yang berkerja sebagai polis, dia mengeluh pasal jiran-jiran lain mula menjauhkan diri apabila mengetahui beliau bertugas sebagai anggota polis… faham-faham sajalah… kesian kat dia… tapi apa boleh buat… perspektif masyarakat terhadap polis sekarang dengan polis dahulu dah tak sama…)

Dalam kes Kugan pula…. jeng…jeng…jeng…, apa lagi auta anak ulamak tajwid lepas ni… setelah hasil laporan bedah siasat kedua menyatakan yang mamat tu kena belasah kow-kow sehingga mengalami pendarahan dalaman dan buah pinggangnya gagal berfungsi hingga mengakibatkan kematian. Bertentangan dengan laporan bedah siasat Hospital Serdang.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika diminta mengulas mengenainya berkata, pihaknya perlu melihat terlebih dulu laporan bedah siasat kedua itu sebelum membuat komen.” – Berita Harian

Apa lagi yang lu nak tengok laporan tu, nak mengeja ke… atau nak hafal skrip, kerja lu orang semua menegakkan kebenaran atau mengelakkan kebenaran… hari tu cakap lain… sekarang kantoi lu….sila jawap laporan tu cepat jangan peram lama-lama… sampai semua rakyat “Mudah Lupa”. Dan jangan lupa pula dengan Ketua Polis Selangor yang harus dipertanggung-jawapkan... atau pecat saja kerana kenyataan dan laporan bohong beliau sebelum ini. Rakyat tak perlukan seorang pembohong untuk menjaga keselamatan dan keamanan negeri Selangor.

Isa: Kalau aku dah lama letak jawatan, jika orang bawahan aku membuat kesalahan yang besar dan memalukan, maka sebagai seorang ketua aku bertanggung-jawap memikul kesalahan tersebut kerana gagal membentuk dan mengawal pentadbiran aku. Demi maruah dan prinsip. Itu worang aku tak tau ler... ada ke maruah dan prinsip....

2 IkutSukaLu...::

Jarod Wednesday, March 04, 2009 7:57:00 PM  

saya pun tumpang kesian terhadap jiran anda yang baru pindah ke kawasan perumahan kamu. Ia, POLIS punya image gah hilang ... selalu ade aje kes kes yang menyalahgunakan kuasa...banyak perkara yang tak elok didengari.. sigh...

Mereka harus berpegang kepada prinsip dan membantu Rakyat jelata untuk membuang POLIS yang KOTOR tu.. Kalau tidak, Malaysia tidak akan berkembang dan maju ke depan!

Prof. Era Pasca Thursday, March 05, 2009 12:41:00 AM  

sebab polis kene kerja untuk orang awam bukan utk AMENO... org awam bayar cukai...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP