IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Nizar, Apa Kata Cyberboron - malaysiakini

>> Thursday, March 05, 2009

Hari ini, aku betul-betul busy giler.... nak ngadap laptop dan banyak isu yang aku nak berkongsi sama pun tak kesempatan, mungkin malam nanti kalau ada kelapangan, sebab aku tak ada urusan untuk bunuh syaitan malam ni... ha..ha..ha.. untuk tips bunuh syaitan klik sini .

Bagi menerangkan kepada masyrakat dan menentang dakyah putar belit parti rasuah berkenaan undang-undang Perlembagaan Negeri Perak, aku cuma sempat cilok posting Bro. Cyberboron dari blog beliau.


5 TINDAKAN SPEAKER DUN – SAH atau TIDAK?

Tindakan 1 - mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering & Jelapang

Berdasarkan Fasal 35 Perlembagaan Negeri Perak, Speaker berkuasa penuh mengisytiharkan kekosongan 3 kerusi DUN itu berikutan wujud surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sebarang keraguan berkaitan status kekosongan itu, termasuk kesahihan surat perletakan jawatan yang berbangkit, hanya boleh diputuskan oleh DUN melalui persidangannya atau mana-mana jawatankuasanya.

“ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad” - Fasal 33(1) Perlembagaan Negeri Perak."

SPR tiada kuasa dan tidak berhak membuat keputusan berkenaan kekosongan kerusi DAN kesahihan surat perletakan jawatan tersebut.

Tindakan 2 - mengeluarkan saman kepada 7 ADUN BN supaya hadir mengadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN

Tindakan 3 - menggantung 7 ADUN BN daripada menghadiri sidang DUN

Speaker membawa aduan yang diterima daripada ADUN Canning ke mesyuarat Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN berdasarkan tanggungjawabnya mengikut Peraturan Tetap DUN.

Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN mendapati wujud kes prima facie bagi aduan terhadap 7 ADUN BN itu berkaitan hak mengadap Sultan menurut Fasal 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.

Enakmen Dewan Undangan Negeri (Hak Istimewa) 1959 dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa mutlak kepada Speaker untuk menjalankan tanggungjawabnya berkaitan urusan DUN tanpa boleh dicabar melalui sebarang prosiding jenayah atau sivil di mana-mana mahkamah.

Fasal 44(1) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan kuasa penuh kepada DUN untuk menetapkan sebarang peraturan atau prosedur berkaitan semua pengurusan dan perjalanan dewan itu. Peruntukan ini memberi kuasa mutlak kepada DUN untuk melaksanakan semua prosedur yang ditetapkannya, dan urusan dalam DUN itu tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak lain.

Perintah Tetap 43 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak):

“Tuan Speaker dalam Dewan atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah bertanggungjawab bagi menjaga supaya peraturan-peraturan Dewan atau Jawatankuasa dipatuhi, dan keputusannya berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh dirayu, ditimbangkan semula atau diulangkaji oleh Dewan kecuali dengan dikeluarkan usul tersendiri dengan tujuan sedemikian. Usul sedemikian itu tidak berkehendak kepada notis lebih daripada dua hari.”

Untuk tindakan 4 dan 5 korang klik "Jeritan Minda Politik", terima kasih Bro. Cyberboron, ente jangan marah sama ana.... sebab pinjam artikel demi penyebaran umum.

Isa: Kalau nak harapkan media perdana???? hampeh....

1 IkutSukaLu...::

sheikh teluk intan Thursday, March 05, 2009 9:37:00 PM  

Salam Isa,

Hukumnya tak sah kerana tak direstui oleh cicit piut Sultan Mansur.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP