Sindrom Penafian - malaysiakini
>> Saturday, February 21, 2009
Anwar dalam sidang media di Parlimen, berkata SPRM memiliki rakaman pertemuan Lim dengan bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Mahadzir Khalid di sebuah hotel di Seberang Jaya yang jelas menunjukkan usaha memujuk dan menyogok dilakukan.
{klik sini} - Sebagai tanda tanya;
"Malah, pegawai BPR yang mengetuai operasi itu telah menghubungi kita (KeADILan) untuk mengucapkan terima kasih atas kerjasama tersebut dan memaklumkan bahawa rakaman CCTV itu terang dan jelas," tegas Anwar kepada media.
Pertama: Apa yang dikhuatiri adalah SPRM yang berfungsi sebagai LEMBU kepada Parti Rasuah akan menafikan pegawai mereka terlibat dalam operasi tersebut dan mereka tidak menerima sebarang laporan mengenainya. Tidak mustahilkan jikalau penafian ini berlaku.
Kedua: Adakah ini satu lagi sandiwara Anwar Ibrahim, bagi menarik perhatian masyarakat dan menimbulkan kesangsian kepada semua. Setakat buat dakwaan itu dan ini anak aku yang tadika pun boleh buat.
Aku bukannya hendak berprasangka buruk terhadap Anwar Ibrahim, tetapi apa yang kita dakwa mestilah berserta dengan bukti untuk menyakinkan semua pihak, seperti kes Lingam, walaupun satu Malaysia dah tau akan penyelewengan yang berserta bukti dibicarakan di Mahkamah, tapi apa dah jadi dengan kes itu semuanya senyap sepi. Inikan pula perkara yang sekadar cakap saja tanpa bukti.
Berkenaan SPRM, aku dah tak mau komen apa-apa lagi sebab sudah terbukti dengan pelbagai isu dan laporan berkaitan dengan Parti Rasuah yang di pandang sepi sebaliknya jika berkaitan dengan Pakatan Rakyat mereka akan bergegas menyiasat. Ini semua orang pun tau…
Isa: Hang dah tau kerajaan rasuah ni bapak segala penipu dan putar belit, yang hang nak cerita tanpa bukti pasai apa, nanti depa kata hang yang kaki belit kan haru jadinya….
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com