Pesanan Kepada En. SPeRMa - malaysiakini
>> Tuesday, February 24, 2009
Kepada: En. SPeRMa
PakLah kata 45 kes politik rasuah di tutup kerana tidak cukup bukti seperti yang didakwa oleh Encik SPeRMa, maka tutup sajalah, jangan buang masa yang berharga, kerana banyak lagi kes yang perlu diselesaikan contohnya yang sudah lama terperap dan di peti sejukkan.
"Mereka (anggota Umno) memilih (membuat laporan rasuah politik) itu kepada SPRM. Jadi SPRM sudah respon dan buat siasatan dan (keputusan) diumumkan. Kalau kes tutup, tutuplah," katanya PakLah.Daripada 90 kes tersebut, maka baki 45 kes lagi mesti ada buktikan, jadi Encik SPeRMa bila nak teruskan dakwaan terhadap perasuah-perasuah tersebut, kalau boleh cepatlah sikit nak juga tengok siapa yang kena….. jangan simpan lama-lama tau… nanti basi… kalau dah basi maknanya akan di tong sampahkan…. dan terus senyap… kan sudah menjadi budaya En. SPeRMa begitu.
Harap En. SPeRMa lebih efisien dan bertindak sepantas kelajuan cahaya seperti siasatan terhadap kes Menteri Besar Selangor dan aku pasti Khalid Ibrahim mesti kantoi dalam kes tersebut, sebabnya dia tidak belajar perundangan.
Rujukan: BERNAMA
Isa: Aku nak juga percaya dan berbaik sangka dengan puak-puak rasuah ni, walaupun aku curiga dengan perangai diorang, jadi terima sajalah keputusan itu dan jangan derhaka kepada pemimpin...berdosa tau...
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com