IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Perhimpunan Umat Melayu - malaysiakini

>> Thursday, February 19, 2009

“Perhimpunan Umat Melayu 2009 sempena 63 Tahun Kongres Kebangsaan Melayu anjuran Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama 300 NGO Prihatin”.

Tiga ayat pertama “Perhimpunan Umat Melayu”, sejak bila pula ada UMAT MELAYU, kalau bangsa melayu atau umat Islam itu yang sebetulnya. Walau apa pun pedulikanlah apa yang mereka tulis berkenaan perhimpunan yang bakal di adakan pada 01 Mac 2009 nanti. Cuma apa yang pasti sudah tentu ada permit dan ianya satu perhimpunan yang halal, jika perhimpunan haram sekalipun aku amat pasti ianya akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Secara peribadi, memandangkan pemilihan umno yang semakin hampir, perhimpunan ini aku lihat sebagai "disguised" untuk menyatakan sokongan terhadap umno bagi membangkitkan laungan “Ketuanan Melayu”. Ini berikutan dengan insiden rampasan kuasa secara "perkenan ke Bawah Duli Sultan Perak" ke atas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat.

Dengan imej umno yang tercemar, maka dianjurkan perhimpunan ini dengan mengarahkan pelbagai NGO, GRO, Kopi O, Persatuan Silat dan parti-parti sekutu politik sebagai tanda sokongan kepada umno. Perhimpunan ini juga akan dijadikan sebagai medan oleh umno untuk mendabik dada bahawa melayu telah menerima dan menyokong umno. Kalau tak percaya cubalah baca laporan akhbar propaganda umno keesokannya dan tonton berita RTM dan TV3 suku pada hari berikut.

Apa lagi wadah yang umno mampu perjuangkan melainkan ketuanan melayu dan kita semua maklum hanya umno sahaja yang senantiasa melalak melaungkan isu ketuanan melayu selama ini. Yang sebenarnya mereka sudah tidak dapat menilaikan antara Islam dan Melayu sehinggakan terlalu taksub dan mengagungkan ketuanan melayu lebih dari Ugama Islam itu sendiri. Atau lupakah mereka bahawa ada juga melayu yang kristian, hindu dan buddha, perkara ini kena bertanya pada Pejabat Agama dan Mufti berapa ramaikah melayu Islam yang telah MURTAD.

Menyedari hakikat bahawa umno kini tidak lagi diterima oleh kaum melayu, baru umno sedar dan mahu menghimpunkan kaum melayu, sebelum ini mereka lupa diri lupa keturunan, apa yang mereka tahu ialah bagaimana untuk mengumpul kekayaan dikalangan pemimpin-pemimpin dan kroni mereka sahaja.

Umno juga adalah pengkhianat kaum melayu dengan mengajar melayu lebih cenderung pada kebendaan, kekayaan material tanpa memikirkan halal dan haram, terkini melayu sanggup 'membunuh' lawan politiknya dengan cara yang keji dan hina walaupun ia sesama bangsa dan agama dengan membelakangi perlembagaan undang-undang yang termaktub. Sehinggakan Sultan dan Raja diheret bersama kedalam ranjang politik haloba umno.

Bagi aku tanpa menghadiri perhimpunan ini, kita orang-orang melayu masih boleh bersatu bagi mempertahankan negara ini dan dalam lain-lain perkara juga, kecuali bersatu dan bersekongkol dalam politik kotor bersama umno.

Isa: Tak ada ke sesiapa yang hendak menganjurkan Perhimpunan Umat Islam Malaysia, boleh kita buat perbandingan mana yang lebih mendapat sambutan dan sokongan rakyat di antara Perhimpunan Kaum Melayu atau Perhimpunan Umat Islam.

Aku faham kenapa mereka tulis "Perhimpunan Umat Melayu" kononnya...

1 IkutSukaLu...::

~PakKaramu~ Thursday, February 19, 2009 7:15:00 AM  

Salam,

Eh UMNO ini biar betul ! sudah macam nak rampas keistimewaan nabi dan Rasuk je

Lepas tu mulalah berdalih macam-macam

Tapi tak pe sebab puak-puak ni lebik kurang ........

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP