Pemimpin Parti Rasuah Semuanya Buta Sejarah
>> Monday, February 09, 2009

Para pemimpin Parti Rasuah yang ada sekarang ini kebanyakannya mengaku mempunyai sijil panjang berjela, entahkan asli dari hasil titik peluh dan keringat masing-masing atau pun sijil beli (Sijil Kedai Copy), ialah mana tidaknya apa saja yang mereka lakukan selalunya membelakangi sejarah dan undang-undang, mereka menganggap mereka saja yang betul dan bagus.
Seperti kes menghina Sultan dan Raja-Raja, terang dan jelas merekalah pelopornya, dengan sokongan media haprak mereka memutar belitkan fakta dan cerita. Sedangkan sejarah tidak pernah menipu. Seperti mana kisah yang pernah terjadi kepada bapak kepada Bekas Menteri Besar Perak si Tajol Rosli.
Mungkin Najib dan para balacinya boleh buka mata dan minda untuk mengimbau kembali sejarah berkenaan perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, kecuali jika hati dan benak mereka semua sudah gelap akibat terlalu banyak makan duit haram umno. 
Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Dato Seri Ir. Nizar hari ini senarionya sama walapun suasana dan kondisinya berbeza.
Kata Mokhtar Petah, mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduh sedemikian, kerana ada kilat dan silaunya, 'kata dulang paku serpih'. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]
Selanjutnya baca di sini.
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com