Malaysia Bolehhhh
>> Wednesday, February 11, 2009
Kes pembunuhan Altantuya yang mengaitkan bakal PM si bibir merah betul-betul mengundang kontroversi, asal sebut je nama dia... orang ingat altantuya...sebut nama bini dia.. orang ingat altantuya, sebut je kapal selam orang akan ingat si dia dan altantuya jugak.... sinonim betul nama dia dengan altantuya anak pak sharibu ni.
Jadi macam mana pula dalam perbicaraan kes RPK hari ini, polis mengatakan si bibir merah bak delima ini tidak terlibat dalam pembunuhan altantuya, persoalannya macam-mana polis boleh tahu si bibir merah tidak terlibat, sedangkan dalam banyak pertuduhan kes ini menyebut nama si dia.
Tidak pula terdengar beliau dipanggil oleh pihak polis untuk soal siasat..., atau mungkin sebaliknya iaitu si bibir merah yang memanggil polis kerumahnya untuk soal siasat beliau atau beliau soal siasat polis, maklumlah sebagai TPM polis kena beri layanan istimewa sikit (aku cuba bersangka baik ni). Atau polis takut nak siasat???
Makin hari aku semakin menggong dengan proses undang-undang di negara ini, mana mungkin pihak polis mengatakan si bibir merah tidak bersalah sedangkan beliau belum pun masuk mahkamah untuk didakwa atau memberi keterangan bagi mempertahankan diri atas tuduhan tersebut.
Selanjutnya di sini atau blog sahabat ini aku tak nak komen banyak-banyak takuuuut..... nanti kena soal siasat pulak pasal kutuk makhluk suci si bibir merah bak delima merekah ni...
Isa: MALAYSIA BOLEHHHHH.........
4 IkutSukaLu...::
Salam ISA,
Undang-undang rimba yang diparlimenkan.
Salam Dr.
Yang pelik sekali Parlimen pun di rimba rayakan juga....
Salam Isa,
Ketua Polis: Saya datang untuk disiasat, tok seri...
Tok Seri: Adakah kamu rasa aku terlibat dalam kes Altantuya anak kepada Prof Sharibu.
Ketua Polis: Pada pendapat saya tok seri tak terlibat.
Tok Seri: Kalau gitu , mungkin kamu kut?
Ketua polis: Tak mungkin saya tak kenal langsung dengan Altantuya. Tapi dengar cerita, Altantuya dibunuh oleh hantu kopek.
Tok Seri: Hantu kopek? Apa barang kau cakap ni? Jangan nak mengarut. Nanti aku siasat kau punya timbalan.
Ketua polis keluar rumah Tok Seri.Dia mengaru kepala dan merunggut: Yang sebenarnya aku siapa hah. Dia atau aku yang patut menyiasat?
Salam Ceria Pak Sheik,
Adusss.... senak perut teman di buatnya ketawa pagi-pagi buta ni, masih sempat lagi buat skrip...
Yang kena soal pulak tu bukan calang2 orangnya, Penolong Pengarah Pusat Biro Nasional/Interpol pulak tu...
Sebelum ni pun garu kepala juga memikiokannya, lepas baca skrip ni barulah teman paham....
ha..ha..ha..
Post a Comment