Ini Lagi Ganas - malaysiakini
>> Saturday, February 14, 2009
Dalam usia 40-an kehidupan Raja ini sangat mewah. Biarpun rakyatnya hidup menderita.
Istananya besar dan mahal belaka. Setiap seorang isterinya dianugerahkan sebuah istana. Bermakna empat belas buah istana keseluruhannya. Kebanyakkan rakyatnya masih tinggal di dalam pondok-pondok usang.
Raja berpesta siang dan malam. Istana dilimpahi dengan wang rakyat. Keringat berdarah rakyat digunakan oleh isteri-isteri Raja untuk membeli belah di negara-negara Eropah dan Timur Tengah.
Malah dikatakan pesawat dibayar untuk membawa kesemua isteri-isteri, anak-anak, pelayan,pengawal peribadi dan mereka yang berkenaan.
"Kami tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan ini. Raja berfoya-foya menggunakan wang negara tetapi kami tidak mempunyai wang untuk makan. Anak-anak kami tidak ada pekerjaan" kata penunjuk perasaan.
Untuk menyambut ulangtahunnya ke 40, berapa juta sudah dibelanjakan wang negara. Rakyatnya yang miskin, 39% daripada mereka dijangkiti HIV, 70% berpendapatan di bawah garis kemiskinan, 34% tidak mempunyai pekerjaan dan ramai yang masih buta huruf.
Raja MSwati III dari Swaziland sebuah negara di Afrika baru sahaja membeli dua puloh buah BMW mewah. 1.2 juta penduduknya hidup didalam kemiskinan dan tidak dibenarkan mewujudkan parti politik. MSwati dikatakan diantara Raja yang kaya di dunia biarpun rakyatnya sering melaungkan, "Raja beraya setiap hari, kami susah setiap masa".
Bangsa Swazi akan dihimpunkan dalam tarian buluh oleh Raja mereka. Beribu gadis akan dipaksa mempamerkan buah-buah dada. Saat ini akan dirakamkan untuk tontonan Raja bagi membuat pilihan menambah isterinya.
Tidak hairan dengan bantahan dunia, Raja mewarisi keturunannya sejak dahulu. Bapanya pernah mempunyai lebih empat puloh orang isteri dan beratus anak.
Kingdom Of Swaziland menyaksikan syurga untuk monarkinya dan neraka untuk rakyatnya?
(Foto:Laman Web Swazialnd/Dosima.net)
sumber: http://www.alkerohi.blogspot.com/
Isa: Simbolik.....
6 IkutSukaLu...::
Raja mewah di negara yang rakyatnya tidak bertamaddun dan miskin. Tunggulah masanya nanti, akan tersembam juga akhirnya.
Mengapa manusia jenis ini tidak pernah ambil iktibar dari sejarah?
Tiada bezanya dengan malaysia kan???
Wa minat nak tahu perihal tombak ye...ada info ke bang..?
Tok Bebayang,
Apa itu Tombak..??? Ong-Bak, Tom-Tom Bak dan Ombak...
Adik beradik pada lembing, keris, kerambit, kapak dan dacing
Lebih tepat lagi Tombumno...
ha..ha..ha..
Atok Wa mana reti itu semua,
Wa yang nak tahu...
Sebab Wa nak perbaiki tombak wa, dulu wa ikat paku pada buluh...
Hehehehe...
Ish... apa main ikat-ikat ni...
sekarang ni welding je...
Post a Comment