IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Ingatkan Pandai Dan Cekap - malaysiakini

>> Monday, February 23, 2009

Krisis Negeri Perak betul-betul menyesakkan dada, mana tidaknya ianya melibatkan pembabitan dari Rakyat, Mufti, Peguam hinggalah ke Sultan, dari konteks undang-undang tak payah ceritalah, kita tunggu saja keputusannya nanti.

Dari senario tersebut, apa yang lucunya ialah umno sebuah parti rasuah yang selama ini dengan bangganya melaungkan bahawa mereka sajalah yang mampu mengurus dan mentadbir, Parti Rasuah sebuah parti yang kuat dan berpengalaman selama 51 tahun memerintah sebagai Kerajaan Malaysia, huh… bangganya.

Setelah pelbagai helah yang dilakukan dalam ketamakan dan kegelojohan serta campurtangan pelbagai pihak akhirnya mereka menemui jalan buntu, hingga membawa kepada kenyataan PakLah supaya melaporkan kepada pihak polis ke atas keputusan Speaker DUN mengantung Menteri Besar dan Enam Exco Kerajaan Kudeta mereka.

Malahan kenyataan ini jadi lucuan kepada Chedet. PakLah memang pandai buat lawak dan layak di senaraikan sebagai calon ujibakat rancangan Raja Lawak untuk musim hadapan.

Kebodohan yang paling menyerlah sekali bilamana parti rasuah ini menghantar para peguam dan wakil mereka ke negara asal pencipta undang-undang Perlembagaan Tubuh Negeri Perak bagi meminta pendapat dan pandangan dalam menghalalkan perbuatan mereka ini.

Kini semua orang boleh buka mata dan minda untuk berfikir, dimanakah kecekapan dan pengalaman parti rasuah selama 51 tahun memerintah, sedangkan mereka dari jenis pemimpin yang sombong dan angkuh ibarat “cakap tak jatuh, perangai macam kepala butuh” ini dengan sendirinya buta undang-undang.

Dimanakah kemaluan mereka apabila pergi menyembah “Queen Council” si penjajah yang menjajah negara ini dahulu, buat malu saja pada pahlawan-pahlawan kemerdekaan yang berusaha menghalau penjajah sebelum ini.

Isa: Dalam keasyikan membodohkan Rakyat, rupa-rupanya mereka lagi BODOH…. Orang utara kata “ Sembang saja deraih ”… ha..ha..ha..

7 IkutSukaLu...::

Unknown Monday, February 23, 2009 2:29:00 PM  

Bab berilmu tapi bodoh ada di n3 uncle

ISA Monday, February 23, 2009 2:37:00 PM  

Salam Uncle,

2 - 3 hari ni sibuk sikit, sekadar imbas blog dan posting, ada juga blog yang terlepas pandang.

Nanti saya jengok ke sana. T.kasih.

Anonymous,  Monday, February 23, 2009 3:17:00 PM  

nanti dulu, kita tengok dulu. jangan jadi macam anwar ibrahim satu dunia tahu nak ambik alih kuasa 16 september tapi habuk pun tak da.. ingat jangan percaya sangat cakap pakatan rakyat ni.. bukan apa takut-takut kau orang yang dah memang bodoh ni kena bodoh pulak lagi sekali dari pakatan rakyat yang kuat belit ni. jangan marah, aku cuma kesian kat kau orang aje. tapi kalau kau orang tak kisah kena bodoh lagi sekali dengan anwar ibrahim... ikut suka kau orang laHHHHHHHH. aku bukan bapak kau pun....ha..hahhh

sheikh teluk intan Monday, February 23, 2009 6:25:00 PM  

Salam Isa,

Bang Dol, tak payah pergi ujibakat Rancangan Raja Lawak mana-mana musim. Belum bertanding dia dah jadi juara.

Isa punya ungkapan "cakap tak jatuh, perangai macam kepala butuh" sangat ngam.Rosmah tentu suka berlawak jenaka dengan dua perkataan terakhir itu.

ISA Monday, February 23, 2009 7:03:00 PM  

Tanpa nama 1517 masuk rumah orang tak bagi salam.

Kalau tak ada nama, maka tak ada "bin", kalau tak ada "bin" ko ni anak sapa?

Kalau anak yang tak ada bapak? Apa statusnya yea....

Aku pulak nak tergelak..ha..1000x

ISA Monday, February 23, 2009 7:05:00 PM  

Salam Sifu Sheikh,

Yea.. ke? Rosmah suka ke? Hero hindustan laaa...gi suka?

SiamangBukit Tuesday, February 24, 2009 1:40:00 AM  

Dah alang2 itu nak bawa isu pergantungan ke Mahkamah. Speaker Dewan Parlimen gantung aje Brother Anwar Bin Ibrahim kerana cuba mengulingkan kerajaan BN secara pintu belakang.
Bagaikan kudung mendapat cincin.
Kalau 15juta untuk satu kawasan X 59 DUN lebih kurang RM900 million dibazirkan semasa dunia dilanda zaman kemelesetan ekonomi. Pembubaran Dewan adalah satu pembaziran duit rakyat. Ini lah kerajaan Pakatan Rakyat. Menang Sorak kampung tergadai.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP