IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Hasil 52th BN Memerintah - malaysiakini

>> Thursday, February 26, 2009

Semalam aku ke rumah mertua, kerana isteri aku nak tolong mak dia mengemas pinggan mangkuk yang digunakan untuk kenduri doa selamat pada hari Ahad lepas, tak apalah layan….

Aku pulak terpaksalah melayan anak-anak ehm… sambil-sambil tu layan baca majalah, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara Aleeya (2 setengah tahun) dan Aleesya (5tahun) berebut kertas suratkhabar pelapik pinggan mangkuk dan sebagainya. Terpaksalah bangun untuk meleraikan mereka…. bla…bla...bla... kes settle, ha...ha...ha... bukan susah aku rampas kertas suratkhabar tu... aku gantikan dengan majalah yang aku baca, aku bagi sorang satu suruh diorang layan…. dengan pesanan “jangan koyak tau nanti Ucu… ma....” belum habis cakap dah koyak lantaklah budak-budak….janji bahagia….

Sebelum buang helaian suratkhabar yang dah carik dan kusam tu, sempat juga aku membelek dan ternampak satu ruangan aduan pengguna, yang menarik perhatian dan membuatkan aku terkedu sekejap berkenaan jawapan daripada TNB yang aku taip semula kat bawah ni;

Tenaga Nasional Berhad (TNB), merujuk laporan pada 30 Disember lalu mengenai Kampung Simpang Perak, Air Panas, Pengkalan Hulu (Keroh), Perak ketiadaan bekalan elektrik.

Walaupun penempatan itu tidak jauh dari jalan raya, ia terletak jauh dari sistem bekalan TNB sedia ada. TNB prihatin di atas kesulitan dialami penduduk Kampung Simpang Perak, Air Panas dan sentiasa berusaha agar bekalan elektrik dapat disalurkan kepada semua masyarakat.

Jurucakap TNB,
Pembahagian, TNB Perak.

Persoalannya, terkedu aku tu bukan pada jawapan yang diberikan oleh TNB, tetapi menjurus kepada sesudah hampir 52 tahun negara mencapai kemerdekaan, masih ada lagi perkampungan yang tiada bekalan elektrik. Dah berapa Menteri Besar dan Sultan yang silih berganti sepanjang tempoh tersebut.

Tiba-tiba aku terbayang muka Menteri Besar Ir. Nizar Jamaluddin… ishh nak salahkan dia aku rasa tak logik sebab sebelas bulan jer… fungsi beliau sebagai MB sebelum kena flying kick haram dari Perasuah. Aku nampak pulak muka Zombie Menteri Besar HaramJadah, pun tak logik juga nak salahkan dia, sebab baru berapa minggu je beliau menjadi HaramJadah MB.

Lastly flashback kepada Bekas MB… la… siapa lagi kalau bukan Tajol Rosli dan bekas-bekas MB sebelumnya, ha..ha..haaa… yang ini logik dan masuk akal untuk dipersalahkan kerana mengabaikan keperluan rakyat dikawasan tersebut.

Kalau tak silap aku si Tajol Rosli ni Adun Pengkalan Hulu (betulkan aku kalau tersilap) tapi jika benar siapa yang nak jawap atas kecuaian dan pengabaian terhadap penduduk. Ini Bekas Menteri Besar dari umno yang menangis kerana kalah PRU-12 hari tu, tapi eloklah kalah sebab banyak sangat buat duit sampai kawasan sendiri pun tak terbela.

Inikah kemajuan yang dilaungkan oleh bn/umno selama 52 tahun, sembang je berdegar… Tapi masih ada lagi rakyat yang guna pelita dan lampu gasolin. Ohh…Malaysia Boleh…

2 IkutSukaLu...::

Pak Oncu Thursday, February 26, 2009 12:09:00 PM  

sultan makan tido jer,,, MB lak buek duit,,,, pi mampussssssss lah rakyat bawahan ,,, RAKYAT IBARAT ANJING YG MENYALAK BUKIT,,, BUKIT TETAP TEGUH,,,,, ini lah budaya org org politik dan istana di malaysia,,,,,

ISA Thursday, February 26, 2009 5:15:00 PM  

Salam Pak Oncu,

Ontahlah den pun tak tau sampai bilo budayo ni akan berkekalan....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP