IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Hantu Kopek dan Korban Kambing Hitam

>> Sunday, February 08, 2009

Mengikut kalendar hijrah tahun ini adalah tahun 1430, masehi pula tahun 2009 dan kalendar cina ini tahun Lembu, kalendar India itu Samy Belloo tarak kasi tau… so aku pun tak tau la…. mengikut kalendar Ikutsukaaku pula, ini tahun Hantu Kopek…..

Kenapa aku gelarkan tahun ini adalah tahun Hantu Kopek, sebabnya ialah Hantu Kopek sukakan korban Kambing Hitam, contoh yang paling ketara seperti dibawah ini;


Kes korban pertama menurut laporan berita yang boleh dipercayai rujuk sinidan sini mangsa dipercayai di sorok hingga kini sesekali timbul dan tengelam.



Kes yang kedua juga menurut laporan berita yang boleh dipercayai rujuk sini, Mangsa ini menceritakan pengalamannya sambil menangis teresak-esak. Kesian…… Dan ada satu lagi mangsa berbangsa India, yang disyaki hilang atau di sorok yang sehingga kini tiada khabar berita.


Kes yang ketiga tiada laporan berita untuk pengesahan dan masih 50/50 statusnya sebab ini undang-undang RASUAH yang punya, sila rujuk di sini, Dalam kes ini mungkin Hantu Kopek akan pening sikit, tapi kalau dia boleh kow tow dengan sekutu-sekutunya iaitu Hantu Pencacai mungkin 2 ekor kambing hitam ini akan menjadi kambing putih, selamat dari menjadi korban.

Melihatkan pada senario kejadian yang berlaku semuanya saling berkait-rapat dan melibatkan dengan keganasan Hantu Kopek dewasa ini, hingga menghantui segenap lapisan masyarakat.

Sudah ramai bomoh dan pawang yang dipanggil untuk mengC4kan makhluk ini, namun apakan daya kuasa dan pengaruhnya terlalu ampuh, kini harapan masyarakat hanyalah pada Ahli Nujum Negara iaitu Nujum PakLah. Buat masa ini beliau tidak memberikan sebarang respon kerana sedang bertapa di dalam dan luar negara bagi mengumpul kembali kekuatan ilmunya untuk menghapuskan makhluk durjana ini.

Dan difahamkan bahawa beliau akan keluar dari pertapaan selewatnya pada 09 March 2009. Dalam jangkamasa itu, entah berapa banyak lagi kambing hitam yang akan menjadi korban Hantu Kopek durjana ini.

Isa: Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri Hantu Kopek, kita mampu menghapuskannya jika Nujum PakLah gagal…. Sambil-sambil itu nyanyikan lagu WonderPets…. “Apa yang penting? Kerjasama” ha..ha..ha.. anak aku suka lagu ni….

1 IkutSukaLu...::

ISA Sunday, February 08, 2009 1:05:00 PM  

rantong,

Terima kasih atas pesanan, untuk diri saya dan juga hantu kopek...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP