IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

"CELAKA" pun nak jadi isu

>> Saturday, February 28, 2009

Masih panas lagi dengan isu “CELAKA”, sehingga menyeret “Pemuda Umno” bertindak biadap ala-ala ganster, maka bergempitalah puak-puak umno dan akhbar sekutunya memperbesarkan isu ini

Setelah membaca hansard parlimen berkenaan isu ini, maka aku terpanggil untuk berkongsi pendapat disini, aku bukannya hendak mempertahankan si benggali tu, atau cina dan india waima kaum mana sekalipun, cuma hanya bersikap adil terhadap sesama manusia berdasarkan kejadian yang berlaku. Rujuk sini Hansard Parlimen baca dan fahami jalan cerita sebelum menyerang tak tentu pasal.

Perkara yang menyebabkan isu ini menjadi besar kerana ayat yang digunakan oleh Karpal ialah “Pemuda Umno Celaka”, jika dilihat secara dasar memang beliau tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan tersebut kerana adanya unsur menghina, dan secara umum beliau juga bersalah, tatapi beliau telah menarik balik kata-kata tersebut dan perkara ini berlaku dalam Parlimen, maknanya bebas untuk bercakap apa pun.

Dan berdasarkan pada ayat tersebut beliau tujukan kepada Pemuda Umno. Maka kenapa melayu-melayu semua sensitif dan marah, adakah anda tergolong dalam pemuda umno, jika ya anda berhak marah, jika tidak anda tiada kena mengena dalam isu ini. Tidak kiralah anda dari parti manapun atau yang atas pagar sekalipun, asalkan bukan ahli umno dan kalangan Pemuda Umno maka persetankanlah isu ini, kerana tiada kena mengena dengan anda.

Ada juga suara anasir-anasir penghasut yang kononnya karpal menghina melayu dengan alasan umno mewakili orang-orang melayu, inilah pemikiran cetek puak umno kononnya mereka pembela bangsa melayu, bodohnya pemikiran mereka kalau begitu bagaimana pula dengan melayu dalam PAS, PKR dan parti-parti yang lain. Tak semua melayu itu umno ada faham ka???? dan tak semua melayu itu ISLAM ada faham ka????

Keduanya ialah, tindakan pemuda umno yang seperti mafia dan ganster, kenapa harus terburu-buru bertindak menyerang OKU, tiada jalan lainkah untuk melawan benggali tua tu. Laporkan saja pada Polis, pasti pihak polis dengan kelajuan sepantas cahaya akan membuat siasatan dan menangkap si benggali tu, janganlah mengajar masyarakat Malaysia dengan sikap ganster, aku tau la semua orang umno ni “Above the Law”, tapi janganlah berlagak sangat.

Kesimpulannya isu CELAKA ini tak jadi kudis pun, hanya provokasi umno untuk menutup isu-isu yang lebih besar dan dicanangkan pula oleh akhbar pencacai dan TV pencacai mereka.

Dia tak katapun “Melayu Celaka”. Seperti mana melayu umno mencelakakan benggali tu klik sini. Orang lain buat tak boleh, kalau umno buat semuanya boleh dan betul… piiiiraaahhh....

Isa: Bagi aku bukan setakat Pemuda Umno saja Celaka, UMNO yang menjadi tunjang parti adalah “Bapak Segala Celaka” kerana kecelakaan para pemimpinnya yang banyak isu rasuah dan skandal

1 IkutSukaLu...::

kulupSakah Saturday, February 28, 2009 5:41:00 PM  

RIMO MENAIP MESTI MARAH TULISAN CELAKA NI..HUHU!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP