IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Apa Pandangan Mufti Perak Tentang Ini.

>> Sunday, February 08, 2009

Dengan izin aku memohon ampun dan maaf terlebih dahulu, dan tiada niat untuk bersikap kurang ajar kepada Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria. Dengan izin.....

" Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria tetap mempertahankan kenyataannya semalam bahawa sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja tetap dianggap derhaka".
Di sini aku nak bertanya kepada Mufti Perak, apa pandangan beliau terhadap tindakan Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) yang mengambil tindakan membunuh Sultan Mahmud atas dasar menuntut keadilan terhadap diri dan keluarganya.

Apakah kita tidak boleh menyanggah atau menegur jika Sultan berbuat salah. Dan apa pandangan Dato Seri jika Sultan menitahkan supaya Dato Seri terjun gaung, adakah Dato dengan rela hati menurut titah perintah tersebut.

Allah menganugerahkan akal untuk berfikir dan membezakan yang mana baik dan buruk. Yang lain-lain Dato Mufti boleh fikirkan sendiri....

Kisah Laksamana Bentan.

Isa: Adakah aku kurang ajar apabila melemparkan kenyataan sebegini...?

8 IkutSukaLu...::

Pak Oncu Sunday, February 08, 2009 9:08:00 PM  

MUFTI,,,,,,,,,,, memang ilmu dia banyak,,, tapi wang juga perlu banyak,,, mungkin betul lah mufti tu,,, dah akhir zaman beb,,,,, mufti pun boleh jadi kuda beb,,, sapa nak bayar gaji n kereta beserta dgn pemandu beb,,,,,

Pengasas Sunday, February 08, 2009 10:30:00 PM  

Salam ISA,
Cantik, cukup cantik.
Mufti bagi bola tanggung!

ISA Sunday, February 08, 2009 11:14:00 PM  

Salam Pak Oncu,

Tak baik cakap cam tu kat Mufti, mereka pun dalam golongan pemerintah juga.

Ha..ha..ha.., ketawa sambil urut misai yang melenting (macam Sharip Dol) apabila baca komen anda.

ISA Sunday, February 08, 2009 11:15:00 PM  

Salam Dr.

Apalagi smash aje ler....

syfadh Monday, February 09, 2009 12:50:00 AM  

salam,
adalah sangat tidak molek perkataan pak oncu terhadap mufti perak

buruk sangka itu bukan sikap org islam apatah lagi terhadap ulama'

diharapkan kita jgn mudah melenting kerana barangkali ada makna tersirat disebalik kata2 mufti perak

maklum saja biasanya sarjana tidak berkata kosong seperti kebanyakan kita

ISA Monday, February 09, 2009 1:08:00 AM  

Tuan Syfadh,

Tiada apa yang salahnya kata Pok Oncu itu, memang benar dunia sudah di akhir zaman. (Komen saya padanya bersifat sindiran)

Rujuk balik apa peranan 13 Mufti dalam 13 negeri.

Dan ini pendapat saya: Kecuali bekas Mufti Perlis dan Almarhum Dato Ishak Baharom, yang lantang menegakkan Islam.

Pastikan Islam yang pertama dan yang lainnya mengikuti.

Salam...

Unknown Monday, February 09, 2009 12:34:00 PM  

Salam anakanda Isa.

Bukan Samy jer pandai belit, orang agama pun pandai belit juga!

Saya ada jumpa hadith tentang itu tetapi pemerintah macam mana? Pemerintah macam Khulafaurrashidin ke?

ISA Monday, February 09, 2009 1:17:00 PM  

Salam Ayahanda,

Sedangkan Ulama sebagai pewaris Nabi pun terbahagi kepada dua, yang baik dan jahat.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP