IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Ada Bukti Lagi - malaysiakini

>> Friday, February 20, 2009

"Dalam kes CCTV, Anwar berkata, pihaknya dengan kerjasama SPRM telah memasang CCTV untuk merakam perbualan antara Adun Kulim, Lim Soo Nee dari PKR dengan bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahatzir Khalid.

Anwar berkata demikian ketika membahaskan ucapan titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat hari ini".
Di atas adalah petikan daripada kenyataan media Anwar Ibrahim di lobi Parlimen hari ini, yang di petik dari Siasah.

Merujuk pada posting sebelum ini yang bertajuk Perangkap Rasuah Untuk Umno, akhirnya Anwar Ibrahim mendedahkan juga perkara ini kepada media. Dan masih terlalu awal bagi aku untuk mengucapkan syabas atas tindakan beliau memerangkap perbualan rasuah tersebut.

Walaupun perkara ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan tiada tindakan yang di ambil, apakah perkara ini dibiarkan berlalu begitu sahaja. Kenapa tiada alternatif lain untuk mendedahkan perkara ini.

Di sini aku bukan nak mempertikaikan kewibawaan Anwar Ibrahim, Cuma aku terasa pelik dengan sikap beliau yang selalu mendakwa mempunyai bukti itu dan ini dan berjanji akan mendedahkannya apabila tiba masanya nanti, persoalannya bila???

Jangan jadi seperti Ezam Sesumpah sudahlah, hingga kini dia sendiri yang bersembunyi didalam kotak yang penuh misteri dan rahsia. Dan janganlah nanti dengan setiap dakwaan demi dakwaan yang beliau mempunyai pelbagai bukti menjadi bahan ketawa dan momokan orang-orang umno.

Bagi aku jika pihak berkuasa tidak menjalankan tanggungjawap mereka untuk menyiasat laporan yang di buat (sedia maklum pihak berkuasa siapa yang punya), maka tiada salahnya jika didedahkan kepada rakyat, biar rakyat tahu permainanan jahat umno. Yang penting sekarang ini adalah bukti untuk menyakinkan rakyat. Dengan bukti tersebut umno akan bungkus buat selamanya.

Belajar dengan Karpal Singh bagaimana beliau mendedahkan perbualan Hakim Zaki kepada media.

Isa: Kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, apa kata kita JV perniagaan jual VCD atau DVD rakaman CCTV tu…. Mesti untung punya…..

3 IkutSukaLu...::

Unknown Friday, February 20, 2009 3:18:00 AM  

Salam anakanda Isa.

Betul tu, setakat ini anwar cakap saja berdegar-degar. Ada itu dan ini tapi tidak pernah didedahkan.

Pesalah tidak perlu ditangkap polis, cukup sekadar rakyat tahu dan mempercayainya. Hasilnya tengoklah nanti siapa yang akan karam.

ISA Friday, February 20, 2009 3:23:00 AM  

Salam Ayahanda,

Orang politik macam itulah sifatnya, nak sokongan rakyat dengan air liur je...

Anonymous,  Friday, February 20, 2009 8:17:00 AM  

Kan Anwar dah kata cctv itu dirakamkan bersama pegawai dari SPRM, itu lah bukti nya tetapi yang jadi masalah ia lah bila berurus dengan orang yang berkuasa, macam kamu langgar tembok batu guna kepala kamu.
Sebenarnya hanya rakyat yang mampu melakukan nya. Jadi rakyat perlu bijak jangan jadi Pak turut, buka mata dan minda itu sahaja kalau nak berubah.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP