Ambang 2009 dan Arak
>> Thursday, January 01, 2009
Dalam masa entry ini dikarang, serentak dengan itu juga bergema letupan mercun dikawasan perumahan Isa, dan tidak pasti samada di Dataran Shah Alam ada sambutan atau tidak. Yang pastinya melalui kaca TV di Dataran Merdeka menayangkan secara lansung sambutan tersebut melalui RTM-2.
Apa yang lebih pasti lagi, pada malam ini ramailah muda-mudi yang terlajak gembira hingga ke subuh, yang barai sudah pasti... yang minum air kencing syaitan apatah lagi... janji enjoy... esokkan cuti...
Yang amat terkesan sekali apabila dalam pukul 10.00pm tadi, sewaktu Isa membeli barang di kedai bersebelah dengan Seven-Eleven, terpandanglah akan sekumpulan geng muda bermotor yang riuh rendah dihadapan Seven-Eleven menunggu kawan yang sedang beratur untuk membayar Air Kencing Syaitan, yang memalukan ialah semuanya anak-anak melayu bercampur Jantan dan Betinanya... mungkin persiapan untuk menyambut Tahun Baru agaknya.
Juruwang Seven-Eleven perempuan melayu bertudung!! Yang membeli pun jantan melayu bertopi!! Ok... la..tu... apa nak di katakan lagi... dah kerajaan membenarkan penjualan arak secara bebas, maka tak salahlah kepada mereka-mereka yang terlibat.
Walaupun perkara ini sudah dibangkitkan suatu masa dahulu berkenaan penjualan arak di Seven-Eleven, tetapi hanya hangat-hangat tahi lembu saja dan terus senyap. Dengan ini Isa ingin menyeru pihak Kerajaan Pusat mahupun negeri Selangor dan khususnya kepada kerajaan dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat supaya mengambil serius akan perkara ini.
Ini berkaitan soal akhlak anak-anak melayu yang tak pasti samada Islam atau tidak, tetapi untuk membendung supaya anak-anak orang Islam tidak terjerumus dalam pengambilan arak akibat pengaruh kawan-kawan dalam bersosial.
Majlis Agama Islam dan keseluruhan jenteranya samada peringkat Pusat atau Negeri harus memandang berat perkara ini. Janganlah hanya pandai menuding sana dan sini dengan pelbagai alasan. Enakmen atau akta penjualan arak pun sepatutnya digubal semula mengikut acuan sebuah negara Islam.
Dan jika sebelum ini para blogger bersatu dalam memerangi Blog Menghina Islam dan RasulNYA. Dengan ini Isa ingin menyeru semua Bloggers beragama Islam dan bukan Islam untuk menentang penjualan ARAK secara bebas terutama sekali di Seven-Elevenyang bernaung di bawah Berjaya Group supaya hormat kepada Agama Islam. Ini belum disentuh lagi tentang penghantaran stok ARAK tersebut melalui syarikat pengangkutan siapa, yang majoritinya adalah bangsa melayu.
Pesta yang di Johor tu apalah cerita agaknya.... jadi ke?
p/s: Kalau pemimpin minum arak, janganlah dibiarkan generasi akan datang pun terikut minum arak juga. Kepada pemimpin yang kaki minum sahaja, yang bukan kaki minum tu janganlah ambil hati pula.
MAAF TIADA UCAPAN 2009 - Kerana ucapan Tahun Baru 1430H lebih afdal kepada kita semua.
4 IkutSukaLu...::
Tuan Zubli,
Ruangan komen dalam blog saudara ada masalah teknikal ke?
(Yang atas tu masalah serius dan yang dibawah ini gurau jer...)
Atau sengaja tak nak bagi pembaca tinggalkan komen...ha..ha..ha..
ISA
Hairan ya, ke arah itu mudah sungguh muda-mudi kita. Terlajak, susah reverse.
Rasanya kat Johor itu, kutip damnposit sahaja.
Nanti saya check, rakan kita sudah tidak komen sejak blog hitam jadi hijau.
Hahahaha...
Gurau utang 1 - 0 ya!
yg kek johor kensel... sobob 99% laki yg register..pompuan 2org tu pun amah lelaki yang register....17org pengkid....1orang gay
hik hik hik
ISA
Itu Lah, den ternampak Tepet ado gambar eksklusif.
Nanti kita poi klik Blog dio...
Post a Comment