IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Dokumentari Burukkan Anwar.

>> Monday, June 18, 2012

Dari entry ini, dari tengahari tadi gua dah memberi bayangan bahawa Anwar Ibrahim adalah sejahat-jahat manusia dalam Malaysia ini, tiada yang jahat melainkan dia lah yang paling jahat wa cakap luuuu..... hahahaha...

Sebenarnya, itu adalah rentetan daripada kisah perjumpaan kami (gua dan 2 orang rakan kongsi) bersama 3 orang wakil dari sebuah Kementerian pada malam tadi. Walaupun kami telah di beri amaran bahawa setiap butir perbincangan dalam perjumpaan ini adalah Private & Confidential. Maka maklumat nama dan arahan daripada siapa gua takan dedahkan, al-maklumlah gua pun kena jaga periuk nasi jugak hahahaha..

Sepatutnya perbincangan rasmi seperti ini perlu di adakan dalam bilik persidangan (conference room), tetapi kami memilih dengan konsep santai dan lepak di Tamarind Springs Restaurant, Taman Tun Abdul Razak, KL.

Biasa laaaa... jerung2 bn nih... kalau nak jumpa diorang kat tempat highclass jer..., tempat cikai tak main aarrr.... hahahaha... spesies jenis makan minum nak kena payung beb.... paham2 jelah... haahahaa...

Tujuan perjumpaan kerana kami diberi tawaran untuk membuat satu dokumentari untuk memburukkan imej Anwar Ibrahim dengan mengutip semua maklumat tingkah-laku buruk Anwar Ibrahim daripada Akhbar, laman Facebook, Blogs dan video2 yang akan dibekalkan oleh mereka.


Mengenai bayaran... amat lumayan, tetapi setelah berbisik dan bersms sesama kami, salah seorang partner gua bersuara dan menolak tawaran tersebut dengan alasan.... lebih kurang begini..;

"Tuan2 sekalian, jika melihat kepada tawaran bayaran sesiapa yang menolaknya seolah2 menolak rezeki dan rugi, apabila di fikirkan kembali kita semua tidak tahu samada cerita berkaitan Anwar Ibrahim ini benar atau fitnah. Jika kami terbitkan dokumentari ini, di tonton oleh seluruh rakyat Malaysia, maka kami akan menanggung dosa seumur hidup dan bayaran yang kami terima adalah wang yang tidak berkat. Setelah berbincang sesama kami sebentar tadi, saya selaku CEO serta rakan kongsi dengan hormatnya terpaksa menolak tawaran ini. Harap tuan2 dapat mencari production company yang lain.... bla.. bla.. bla..."

Setelah selesai member gua bagi jawapan penolakkan tawaran tu... mamat 3 ekoq tu dah macam tak senang duduk... boleh bertahan selama setengah jam kot.... itupun mula merapu pada hal2 lain seperti pengorbanan askar2 melayu, 13 Mei bla.. bla.. bla... dan macam2 lagi laaa.. puji dan puja angkat imej Najib Razak dan plan transformasinya... hahahaha...

Kami bertiga pulak... menyampuk sikit2... sengeh2... angguk2... seolah2 tak ambik pot langsung dengan hal politik nih.... hehehe... berlakon mesti terbaeeekkkk.... muakakakakakaaaa...!!!!

Yang gua pulak asyik melayan sms kepada member2 blogger mengutuk twitter orang selatan yang berlagak tuuuu.... hahahaha... tengah dok syok layan sms si Aduka Taruna pulak call.... perghhhh.. cepat2 gua bangun cari tempat jauh sikit dari puak2 tuuu...

Lepas diorang blah (dalam jam 1040pm camtu lerrr....) gua dan member2 pulak ketawa terbahak2 sambil sambung cerita mengenangkan airmuka makhluk2 keparat tu yang nampak down bila tawaran di tolak... hahahaha.. part tak boleh blah... ntah bila masa kami berbincang untuk menolak tawaran tuuuu.... pandai2 jer member gua tembak moron2 kementerian tuuuu..

Kesimpulannya, daripada perbincangan tersebut membayangkan Keraaaaajaan BN dah terdesak gila dan takut teramat sangat dengan kebangkitan rakyat yang di bawa oleh Anwar Ibrahim. Keruntuhan Keraaaaajaan BN bakal berlaku dan yang pasti Dokumentari tersebut mesti di siapkan sebelum 15hb Ogos 2012 dan tayangannya akan bermula dalam bulan September 2012.

So... lu orang dah boleh agak, bilakah tarikh Parlimen akan dibubarkan dan tarikh PRU-13. Part ni gua berani kompom beb.... berdasarkan apa yang malaun2 tu maklumkan pada kami...!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP