IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Sepit Biru...!!!! (Entry Rehatkan Kepala Otak)

>> Sunday, October 02, 2011


Semalam Sabtu, boring tak tau nak buat apa.... pramugari pulak sibuk bertanya nak ke pasar atau tidak, nak masak apa hari ini.. nak makan apa...??? perghhhh.... rimas di buatnya...

11.00 am... lampu kat kepala hotak gua yang gila nih menyala beb..., gua suruh semua orang bersiap... jom pergi makan di Sekinchan, masakan kampung dan eksotik... apa lagi gua henjut ke Restoran Lembah Bernam... pandu perlahan-lahan sambil menikmati perjalanan dengan suasana kampung dari Jeram ke Parit 9, Sekinchan.

Lalu depan rumah kelahiran Dr. Wahab..., sunyi jer suasananya.... pemandangan sawah padi kiri kanan jalan mendamaikan jiwa wa cakap luuuu..., tenang jer... rasanya, anak gua si Alisya memecah kesunyian dengan bertanya... "ayah... mama... diorang tak reti potong rumput ke...???"... apa laaaa.. anak bandar nih... rumput dengan pokok padi pun tak tau... wakakakaaaaa....

Sampai di Restoran Lembah Bernam hampir pukul 1.00pm, gua tau anak2 gua, pramugari dan bibik tak makan makanan2 eksotik nih (daging landak, rusa, pelanduk, ayam hutan) so gua hanya ambil ulam-ulaman dan 20 ekor udang galah saiz gred B (sekor RM5.00) saiz gred A dah habis (sekor RM8.00) gua minta di masakkan "Masak Lemak Cili Api kow.. kow... punya pedas". Tambah ayam kampung goreng berempah 2-3 ketul, si Aziq Aiman (anak nbr 2) ambil rendang ayam kampung seketul... gua ingatkan dia nak makan dengan nasi... rupanya di ratah seketul macam tu jer... lantak lu laaaaa...

Sampai jer... menu yang di masak khas tu... perrggghhhh... wa cakap luuuuu... meleleh lagi air hidung... cicah pulak dengan pucuk gajus, pucuk ubi dan petai rebus... hehehe... sendiri mau ingat laaaaa.... macamana punya pulun... lagipun mak kandung dan mak mertua gua memang tak lalu di belakang gua... so.. takda laaaa... nak perasan perasaan kannnnn.... hahahaha....


Dalam firasat gua anak2 gua tak makan udang galah... maklumlah budak2 yang membesar di bandar... jenis spesies jakun sikit dengan masakan kampung beb..., rupanya sangkaan gua meleset beb... diorang punya balun tak ingat dunia... hinggakan gua sendiri makan 2 ekor jer sepit biru tuuu.... selainnya diorang balun isi udang dan gua pulak hanya makan kepala udang (otak udang). Tapi makan otak udang lagi sedap dari isinya... betul takkkk.....???

Kenapa gua katakan anak2 gua tak makan semua jenis makanan eksotik tu..., sebabnya 2 minggu lepas sewaktu gua dengan Dr. Wahab langgar restoran eksotik tu, gua ada tapau sekoq ayam hutan masak kicap... cuba lu orang bayangkan hari selasa gua tapau... hari Jumaat malam gua yang perabiskan... sorang pun tak sentuh beb....

Dalam syok melantak tak ingat donia tuuuu... si Afiq dan Aziq (anak sulong dan kedua) ... dok kenyit2 mata dengan mama diorang..., so... pramugari pun bersuara... "budak2 nih minta tambah udang nak meratah...."... gua pulak kalau bab makan untuk anak2 memang takda hal... lu orang makanlah selagi bernafsu... asal jangan membazir sudah...., gua panggil tauke kedai... kasi tambah lagi 15 ekoq sepit biru... masak lemak cili padi jugak... hentamlah lu orang sampai muntah.... apa ada hal...

Selesai segalanya... on the way balik dalam kereta.... anak2 bertanya minggu depan nak lunch di mana pulak...???? hahahaha.... gua sudah planning.... minggu depan 4hb Oktober, Afiq Aiman akan menduduki peperiksaan PMR, so... dalam masa 2 minggu nih tak boleh kemana2, semua orang mesti bagi sokongan moral padanya...


Selepas Afiq selesai PMR...., Sabtu minggu ke 3.... pagi tu kita bertolak pi Melaka... perancangannya lunch di Melaka pekena "Asam Pedas Melaka...", petangnya kita minum petang pekena "Mee Bandung" di Muar... malamnya kita tidoq di Gunung Ledang Resort 1 malam..., pagi Ahad... bagi chance kat adik2 (Aleeya dan Alisya) mandi swimming pool... lepas tu check-out... kita terus ke Batu Pahat makan tengahari "Beriani Gam".... apa macam...???

Bersorak budak2 tuuuu... happinessss...!!!!.... cuma gua pesan tanggung-jawap besar pada Afiq Aiman supaya buktikan pada adik2nya dalam exam nih.... make me and pramugari proud... harap2 dia mampu melakukannya.... insyallah.....

Lepas tu.... sambil memandu sambil menyinggah kat sepanjang tepi jalan Sekinchan tu... tanya2 harga dan tapau buah-buahan apa yang patut... masing2 kekenyangan dan berdengkur... gua jugak laaaaa.... melayan drive sorang2..


Hari ini (Ahad)... ronda2 cari barang dapur, lunch di Temerloh (restoran) pekena Patin Masak Tempoyak kemudian menyinggah kejap kat Syarikat Jual Kereta di Jalan 222... saja survey harga ... nak beli Lamborghini pulak..., tapi gua guna duit gua sendiri beb... bukan duit elaun yang tak tau darimana puncanya dan tak menyusahkan sesiapa... ngeeeeee..... tengok tuuuu... si Aleeya dah macam supermodel kereta gayanya... hahaha...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP