Jin Setan Iblis.... Pun Dah Boring....
>> Sunday, January 02, 2011
Rumah misteri yang dikatakan diganggu makhluk halus di Kampung Bunga Emas, Panambang, dekat Kota Bharu sejak seminggu lepas, terus mendapat perhatian dan dikunjungi orang ramai.Gua bukannya nak kondem atau ketawakan penderitaan atau musibah yang di hadapi oleh keluarga tersebut, cuma gua takut ianya hanya sebagai cerita lawak jer... macam kes budak pompuan kat terengganu yang kecoh bagai nak gilerrr.... beberapa bulan yang lepas, hinggakan ada krew dari stesyen tv pencacai tegar yang kononnya sampai demam nampak setan.... hahahaha...
Zainab berkata gangguan itu agak reda sedikit selepas penduduk kampung mengadakan solat hajat secara beramai-ramai selepas solat Jumaat semalam.
"Kira-kira pukul 3 petang semalam, saya terjumpa sekeping wang kertas bernilai RM10 yang tercatat dakwat merah ditulis perkataan “Selamat Tinggal Semua” dipercayai dilakukan oleh makhluk halus itu," katanya kepada pemberita.
Selanjutnya lu orang bacalah kat Bernama, selalunya cerita macam ni mainan Kosmo, Sinar dan Metro... sekarang ni Bernama pun dah berminat... hehehehe...
Akhirnya terbukti... budak pompuan tu di larikan Jin Setan Iblis dengan menaiki bas ekspress... polis jumpa di kuala klawang.... muakakakakakaaaaa......
Kali ini pulak... jin iblis setan nak bergurau senda pulak... part yang tak bleh blah tu... bila jin iblis setan tu boleh tinggalkan nota bertulis “Selamat Tinggal Semua” mungkin menyatakan perasaan merajuk mereka kerana kena halau dari rumah tersebut.... ha..ha...ha....
Ha...ha...ha...., sampai bilalah minda melayu ini hendak disumbatkan dengan cerita2 tahyul mahyul sebegini..., patutlah jadi lembam... hinggakan nak berfikir untuk memilih pemimpin yang mewakili rakyat pun tak reti... apa yang di pangkah dan di pilih ialah pemimpin yang berperangai macam dalam cerita tahyul tersebut... ikut perangai Jin Iblis Setannnnnn......
Bukan kata gua tak percaya dengan keujudan makhluk2 tersebut..., gua beriman dengan rukun iman beb... tetapi berpada-padalah jangan sampai ke tahap pembodohan minda orang2 melayu/rakyat... hehehe “Selamat Tinggal Semua”... adusssss.... bikin gua gelak guling2 lagi....
“Selamat Tinggal Semua”....................
Lu orang semua nak tengok rupa hantu yang sebenar....??? Tapi sebelum tu... gua nak bagitau....
Uncle Mountdweller yang dok usung kamera sana sini tengah2 malam buta nak tangkap gambar hantu... sampai laaaa... ni... hanya dapat gambar orbs jer...., ni... haaa... kat bawah ni... gua bagi lu orang semua tengok rupa sebenar hantu jin iblis setan... banyak hantu kat situ, lu orang pilih laaa... nak di nyahkan atau nak pelihara....
Lu orang pilihlah.... yang mana satu idaman kalbu lu orang semua.... gua tak mau bersubahat dengan dosa lu orang.... hahahaha.....
p/s: kalau macam itu... gua nak minta jin setan iblis tu... tinggalkan nota untuk gua setiap hari, tapi mesti tulis atas note RM100.... hahaha....
4 IkutSukaLu...::
Hantu
Mana hantu???
Ada hantu
Mana-mana...
Kah kah kah...
Baik punya gambar "Bapak Segala Hantu" kat atas tu.
Kah kah kah...
gambar tu semua bukan hantu la.. tapi penyamun
Macam menjadi2 pulak jin & setan ni ye? Mungkin kita boleh minta Pak Din ambik gambor. Mana tau boleh nampak bentuk macam muka si perogol, peletup bom, pemfitnah etc.
Walau bagaimanapun, Yong pernah mengalami kejadian pelik masa bertugas di Malaysia Timur. Tiap2 pagi Ahad Yong pergi main squash sorang diri. Ketika main Yong dengar bunyi bola tup-tap (seperti bola squash yang terantuk di lantai dan dinding) dan suara sorakan yang kuat. Bila periksa unit sebelah takde sapa pun. Bunyi pindah ke unit sebelah pulak.
Yong biorkan aje. Gasak demer le nak main squash gak. Sekurang2nya demer takle jadi boring dan ganggu orang kampung. Tapi takde pulak demer bagi nota apa2 pada Yong. Hehehe.
bro,
nota yg tinggal bukan selamattinggal semua... tp.... selamatkan semua jangan ada yang tinggal... biar tok moh lopong 5 tahun... nnt boleh buat perjanjian baru lagi..
Post a Comment