Antara Ottawa dan Melaka... Apa Bezanya..???
>> Friday, November 12, 2010
OTTAWA: Masjid pertama Kanada di Artik dibuka semalam di Inuvik untuk memulakan khidmat sebagai rumah ibadat di kawasan komuniti Islam di sana. ‘Masjid pasang siap’ itu tiba di bandar utara kecil bulan lalu melalui perjalanan 4,000 kilometer (km) melalui darat dan air. Beberapa wartawan termasuk pemberita televisyen Arab menyertai penduduk Islam tempatan untuk majlis pembukaannya.
Bilangan penduduk Islam di bandar dengan 4,000 penduduk di Wilayah Barat Laut Kanada itu meningkat sejak beberapa tahun kepada kira-kira 80 orang. Mereka sebelum ini beribadat di dalam sebuah karavan berukuran tiga kali tujuh meter sehingga ia tidak lagi dapat menampung bilangan jemaah.
Masjid baru yang digelar sebagai masjid kecil di Tundra oleh media Kanada itu dihiasi dengan permaidani merah di ruang utama, mempunyai sebuah dapur dan perpustakaan, kata ahli jawatankuasa masjid, Amer Suliman.
Melaka: Solat Hajat dan Bacaan Yasin tiap-tiap malam ditunaikan oleh semua umat Islam yang bersimpati dengan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk merobohkan PASTI dan Surau.
Tidak kira mereka ahli PAS, ahli Umno dan sesiapa sahaja yang simpati dengan rumah Allah akan menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin secara berjemaah maupun secara individu. Hanya Allah yang dapat membalas kezaliman hambaNya yang bongkak dan zalim dengan sedikit kuasa yang mereka ada.
Di PASTI tersebut ramai ibu bapa yang bukan ahli PAS dan bukan penyokong PAS menghantar anak mereka belajar. Kesemua mereka kesal dan marah dengan tindakan kejam kerajaan negeri. Mereka turut sama bersolat hajat dan membaca Yasin memohon Allah membalas kepada sesiapa yang zalim termasuk sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan kerajaan negeri.
Ingatlah doa orang yang kena zalim tiada hijab di sisi Allah.
12 IkutSukaLu...::
baginda kata ko nk pindah kanada tol ke?? sana leh skuba ke??
ahahahahahahah
memang macam langit n bumi..
adui la..
melaka..melaka..
salam..mintak bro isa tolong komen skit N3 terbaru Selllamatkan Sel.DE..saya suka baca pendapat ISA
Salam, beza dia kat Ottawa ada snow kat Melaka ada gomen busuk cam belacan!
Salam, beza dia kat Ottawa ada snow kat Melaka ada gomen busuk cam belacan!
Bila dah reramai buat solat hajat dan berdoa... harapnya Melaka tak mengambil alih T'ganu - Dari T'gnau Darul Runtuh kpd Melaka Darul Runtuh... sekadar peringatan.... tganu suka rumtuh runtuh lepas les Masjid Bujal (?) kena runtuh.... nampaknya kena elak dari pergi ke Melaka pas nih... aku aje la... kang ada lak hawau mana kata aku kempen jgn gi Melaka....
Si lahabau tu ape yg dier kesah now kalau dier nak roboh tetap dier roboh jugak lepas tu bina sekolah terkembong perut memang betul-betul hawau !!!!
Pakwe;
Di Kanada lagi best, takda pemimpin taik macam kat malaysia.
Scuba kat Artik... hahaha
Noor Afzan;
Selagi bn memerintah macam tu lah rupanya...
solehah; Salam,
linknya mana, camna nak komen...???
Buat pengetahuan, kami bloggers2 Selangor bersama Ureka.Asia sedang dalam proses membantu rakyat susah melalui Kerajaan Negeri Selangor.
Insyallah... Selangor akan Selamat di bawah PR.
Moh Kembara;
Yong, busuk macam belacan..???
Patut la... masih ramai yang sokong, sebab sedap agaknya...
hehehe.. busuk2 pun sedap jugak kan..???
mahaza;
tunggu jelah bala dari Allah..
Post a Comment