Sah Pakatan Rakyat Selangor Berpecah...!!!
>> Wednesday, July 14, 2010
Mula-mula heboh Adun Seri Serdang, Satim Diman, akan meletakkan jawatan sebagai ADUN. Beliau juga adalah Setiausaha Perhubungan Umno Selangor.
Menurut laporan, di dalam satu mesyuarat perhubungan Satim, Bendahari Perhubungan dan seorang lagi pimpinan tertinggi perhubungan telah tidak hadir. Perkara ini telah membuat khabar angin bertiup kencang.
Sekarang naik pula kain rentang oleh Pemuda Umno Selangor yang menyatakan sokongan kepada PM Najib Razak.
Beliau adalah Ketua Perhubungan Umno Selangor. Pimpinan Umno Selangor terlalu hampas sehingga Najib terpaksa melantik dirinya sendiri.
Pokoknya, adakah ini bermakna ada ahli-ahli Umno di Selangor yang tidak menyokong Najib? Kumpulan siapa pula tu? Kumpulan Satim? Kumpulan Shukor? Kumpulan Subhan?
Mungkin Timbalan Ketua Perhubungan, Noh Omar, lebih mengetahui. Noh juga yang menulis di dalam blognya, "Hati-hati dengan musang berbulu ayam".
Jelas sekali jika digali semua pasir di Selangor sekalipun, masalah Umno Selangor tidak akan dapat dikambus.
YB Iskandar Abdul Samad,
Adun Chempaka.
4 IkutSukaLu...::
woitt...
lu potong stim...
wa ingat betul2...
bila plak Umno nak perintah balik ni...?
mak bapak pak menakan adik2 aku sumua dok kebuluq tak dapat makan ni...
x dak projek masyukkk...
wakaka
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA
Gua rasakan si ADUN Satim Diman buat lawak bodoh la bro. Kalau lu amati MB Selangor Khalid Ibrahim baru baru ini menyatakan yg beliau akan mendedahkan nama nama "DALANG DALANG YG MENCURI PASIR" di Selangor kepada orang ramai. So Adun Satim Diman buat sandiwara kononnya beliau akan letak Jawatan sebagai Adun dan mengharapkan sama ada Pm 1 Malaysia akan bantu menutup segala kesalahan si Satim ni atau jika si Satim letak jawatan sebagai ADUN Sri SERDANG dan mengharapkan nama beliau tidak di senarai sebagai Dalang2 yg mencuri pasir di Selangor oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
teratailiar,
relax bro... jawapan untuk komen lu ada dalam komen hj jamaludin kat bawah.. ha..ha...
hj jamaludin,
kepala otak lu memang jenis cepat tangkap maksud bro..
Tajuk n3 dengan cerita tak sama kan... kah..kah..kah...
Post a Comment