Siapa Percaya Nazri Aziz ApNo.
>> Sunday, April 11, 2010
Sejak kebelakangan ini ramai dikalangan rakyat akan menjuihkan mulut apabila membaca mahupun bercerita tentang kenyataan atau penerangan dari Pak2 Menteri.
Dan benarlah seperti apa yang diformulakan oleh bro Isham TT, jika membaca cerita atau berita dari media perdana atau sebarang kenyataan akhbar dari Pak Menteri mahupun Kerajaan "Haruslah di baca secara terbalik". Contohnya seperti dibawah ini...
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.
"Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Nazri diminta mengulas dakwaan Dr Pornthip bahawa beliau diberi "isyarat" dan berdepan dengan "tekanan politik" supaya menghentikan pembabitannya dalam siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock.
Dr Pornthip mendakwa beliau dihalang daripada masuk ke Kelantan sewaktu urusan rasmi melalui sempadan Thai-Malaysia pada bulan Januari tahun ini, dan menyifatkannya sebagai salah satu "isyarat" yang tekanan dikenakan ke atasnya.
Walaupun keberatan, tetapi Dr Pornthip telah memutuskan untuk tidak memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh ekoran tekanan terhadapnya itu.
3 IkutSukaLu...::
Ada penemuan besar bakal terbongkar tu, patut la kerajaan BN takut sangat.
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Jika benar lah di kata bahawasanya DS Mohd Nazri Aziz d cop sebagai penipu . Tapi sekarang zaman internet so Dr Pornthip Rojanasunand tiada halangan untuk bentangkan nota kajian selidik diatas punca kematian TB Hock atau Dr Pornthip Rojanasunand boleh panggil PRESS Conference atau panggil DISCOVERY CHANNEL untuk beliau bentangkan kajian beliau atau memang Dr Pornthip berbohong dari mula sehingga sekarang dan memberi alasan kononnya beliau (Dr) menerima "TEKANAN POLITIK".
Assalamualaikum wrwt Hj.Jamaludin,
memang bolih dia bentangkan dlm internet etc.tapi kan ini kes mahkamah? hakim nak ambil peduli ke apa yg dia tulis/report kat internet?
kenapa kerajaan takut sangat kat Dr. ni? cuba Hj. fikirkan masuk akal ke Teoh ni bunuh diri sebagai saksi yg tengah disoal siasat pasal kes bos dia salah guna peruntukkan rm2000 untuk beli bendera2 Malaysia untuk persiapan Merdeka.Cuba Hj. renungkan kes Khir anak Toyo buat 'Istana'lebih rm20juta (lebih 10000 kali ganda!)SPRM kata settle takde apa2 unsur2 rasuah ke,salahguna kuasa ke.Allah yg Maha Kuasa mengetahui segala2nya & kita diberi anugerah akal untuk digunakan sebaik2nya.Jadilah Insan yg kembali kpd Fitrah Nya. Wassalamualaikum wrwt
Post a Comment