Apa Komen PERKOSA...? Beghahim Ali.. Tolong Perjuangkan Yang Ini...?
>> Monday, March 29, 2010
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan menjelaskan tentang kehilangan RM52 bilion baki yang pernah diperuntukkan kepada Bumiputera dan kaum Melayu di samping mendakwa amalan kronisme yang diamalkan oleh segelintir pemimpin Umno dan BN punca kemunduran kaum.
Sehubungan itu, beliau meminta suatu Suruhanjaya Diraja perlu segera ditubuhkan untuk menyiasat 'penyangak-penyangak' di kalangan kroni-kroni Umno tersebut.
"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini, kalau boleh tubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja kerana ketirisan RM52 bilion yang hilang ini adalah isu yang besar," ujarnya.
Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan tentang kehilangan RM52 bilion baki yang pernah diperuntukkan kepada Bumiputera dan kaum Melayu.
Ini ekoran Bumiputera hanya memegang ekuiti saham sebanyak RM2 bilion sahaja. Beliau mempersoal demikian sebagai mengulas akuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, seperti yang dilaporkan akhbar elektronik Bernama, Jun tahun lalu.
Pada 30 Jun tahun lalu, Najib berkata, daripada RM54 bilion saham yang diberikan, hanya RM2 bilion saham masih tersisa di tangan Bumiputera.
Disebabkan itu, beliau berkata, ekuiti Bumiputera tidak masih gagal mencecah 30 peratus seperti yang disasarkan melalui DEB.
"Kenapa tinggal hanya RM2 bilion (ekuiti saham Bumiputera), ke mana perginya RM52 bilion lagi," soal Guan Eng.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya RM54 bilion ekuiti Bumiputera benar-benar dimiliki oleh rakyat, pegangan ekuiti saham Bumiputera melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh meningkat sehingga 45 peratus.
"Kalau RM54 bilion kekal dipegang oleh Bumiputera, saya rasa pegangan ekuiti akan mencecah lebih 45 peratus, bukan 19.4 peratus seperti (yang) diumumkan Perdana Menteri," ujar beliau.
Tambahnya lagi, sekiranya pemimpin Umno jujur mahu mereputasi kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di tanah air, Najib seharusnya bersedia menyiasat kroni-kroni terbabit secara telus dan terbuka.
1 IkutSukaLu...::
mana lagi hilangnya kalau tak ke poket2 biru putih..
=)
kalau tanyapun bukan nak dijawab jujur..
Post a Comment