IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Dunia Sudah Terbalik kahhhh...???

>> Sunday, July 13, 2014

Lu orang ingat tak lagi kisah jiran gua yang nak pi 2nd honeymoon beberapa tahun lepas di mana Pak Mertua dia buat hal nak ikut ke Langkawi walau tak di ajak.... hahahaha....

Memang selalunya jikalau ada kesempatan bersembang dia akan meluahkan perasaan dan minta pandangan daripada gua, selalunya gua nasihatkan banyak bersabar dan banyak berdoa. Mungkin inilah dugaan dalam kehidupan berumahtangga, lain orang lain dugaannya. Ada orang di duga dengan masalah kewangan, anak ramai dan pelbagai kerenah, pasangan buat hal dan macam2 lagi.

Macam jiran gua nih... sebagai CEO sebuah syarikat franchise makanan yang dikenali ramai sudah tentu masalah kewangan takda masalah, mana taknya seperti yang dia bagitau kat gua gaji dia jer RM28k sebulan dan tak termasuk lagi gaji bini dia RM10k sebulan sebagai manager di sebuah GLC. Jadi hadapilah kekurangan tersebut seadanya.

(Gua pandai nasihat jer.... hehehehe... tapi gua tau dalam hati dia dah bengkek gileeerrrr... dengan perangai Pak Mertua dia tu, gua yang tinggal bersebelahan rumah pun kadang2 rasa macam nak keluar pergi tolong bagi penerajang sedas dua bila dengar suara Pak Mertua dia memekik terlolong memarahi Mak Mertuanya (bini dia) dan anak cucunya..., menjengkelkan betul perangai Pak Mertua dia tu..)

Petang tadi... sementara menunggu waktu berbuka, gua santai menyantai memelihara pokok2 bunga di laman, lama jugak gua tak jengok pokok2 bunga gua... ada yang dah kojol, ada yang hidup segan mati tak mau dan takda yang subur pun... hahaha.. jadi petang tadi berkesempatanlah jugak bagi baja, bagi minum air banyak2... moga sihat walafiat.

Sedang khusyuk serta tawadhuk melayan pepohon bunga tu... gua di sapa oleh jiran yang gua ceritakan tu, apalagi... lu orang faham2 jelah isu pak mertua dia keluar lagi, sebagai pendengar setia gua layankan jelah..., kali ini kisah 2 minggu lepas dimana pak mertua dia bersikap kurang ajar di luar batasan apabila menyelongkar bilik dia dan anak2nya dengan alasan cari baju dia yang hilang. Setelah pong pang pong pang dan melibatkan ipar duai dia, jiran gua nih dah nekad, akibat kes tu dia dah nak upah orang pukul Pak Mertua dia sampai ICU (bukan sampai mati) sebagai pengajaran, lepas tu kalau nak mati pun matilah..., aman rumahtangga katanya.

Gua kata lu dah gileeerrrr... ke bro..., (tapi dalam hati gua kata pukul jelah orang tua tu... memang dah over giler gua cakap luuuu... dia ingat dia berkuasa ke atas apa saja seperti dalam askar dulu2) poyo punya orang tua. Tapi gua tak cakap la kat dia macam tu.... muakakakakaaaa.....

Pada pendapat gua..., oleh kerana Allah SWT sayangkan jiran gua nih.... dan juga dalam bulan mulia nih..., tak sempat jiran gua upah orang pukul Pak Mertuanya tu, orang tua tu dah dikejarkan ke Hospital akibat komplikasi buah pinggang.

Masalah lain pulak timbul apabila terjadi perselisihan antara dia dan isterinya di mana isterinya minta masukkan orang tua tu ke Hospital swasta, tapi jiran gua berkeras hantar ke Hospital Kerajaan (bila dia citer bab ni... gua dah tersenyum, gua tau dia punya game dan gua tau hati dan kepalanya sudah ada batu besar duduk dalamnya... hahahaha...).

Katanya... dia bagi alasan Pak Mertua dia seorang bekas askar, sebelum ini tinggal dikawasan setinggan dan dapat rumah flat (pampasan perpindahan) tapi berjiwa orang kaya, materialistik, makan nak mewah2, suka mengarah itu ini dan nak orang ikut cakap dan telunjuk dia saja serta seorang yang hipokrit. Sebab tu selalu menempek di rumah dia kerana nak menumpang status mewah dia dan isterinya, manakala anaknya yang 2 orang lagi kurang berada (kaya) dan asyik jadi bahan hinaan dia jer....

Kali ini biar dia rasakan macamana rasanya jadi orang berlagak kaya sedangkan diri tak berapa kaya, jadinya duduk jelah di Hospital Kerajaan, lagipun dia dapat keistimewaan pencen dan wargamas... so enjoy la privilage tu... kata jiran gua... hahaha... (niat dia nak bagi pengajaran supaya orang tua tu insaf sebelum mati... katanya tadi hahaha...)

Dan dia juga bertanya lagi pada gua samada berdosa atau tidak perbuatan dia pada mertuanya itu, kerana apa yang dia alami selama 17 tahun ini amat membebankan, apatah lagi apabila sampai ke peringkat ibubapa kandung dia datang bertandang ke rumahnya Pak Mertua dia berlagak macam itu rumahnya sendiri dengan menyindir besannya seperti berapa lama tinggal di situ dan bila nak balik dan macam2 lagilah, hinggakan sampai part menghina keturunannya (maklumlah jiran gua ni berketurunan berkulit gelap sikit, tapi bukan mamak).

Itu yang membuatkan hati dia jadi keras macam batu hingga sampai tahap benci yang teramat sangat pada Pak Mertua dia yang bermulut celupar tu. Katanya dia sentiasa mendoakan supaya Pak Mertua dia padam ASAP... agar aman rumahtangganya dan bebas dari belenggu kekuasaan orang tua tu, dia dah letih bertengkar dengan isterinya, sampai satu ketika terlintas untuk bercerai saja.

Apabila memikirkan secara waras, dia faham situasi isterinya yang dalam dilemma antara suami dan bapanya, walaupun suami lebih utama tapi takan sampai buang keluarga, pasal tu dia banyak bersabar. Cuma kesabaran ada batasnya.

Persoalannya sekarang, dia bertanya sama gua "Berdosa atau tidak perbuatannya membalas sikap orang tua tu selama ini dengan cara kurang ajar, padanya kini tiada lansung perasaan hormat apatah lagi nak memuliakan orang tua tu sebagai Bapa Mertuanya..???)

Gua terkedu nak menjawap.... dan times up untuk berbuka puasa, soalan tergantung tanpa jawapan...., gua yakin sehari dua ni pasti dia akan bertanya lagi... apa gua nak jawap eeekkkk...., ada sesiapa boleh membantu.... adussssss.....

p/s: Jika nak buat karangan atau novel cerita kisah rumahtangga jiran gua nih... rasanya gua dah kaya sekarang nih pasal setiap hari, minggu atau bulan pasti ada isu berantakan. Pak Mertua dia nih memang gila cadbury gua cakap lu.... kadang2 gua sendiri melarikan diri daripada bersembang dengan pak mertua dia nih... asal buka cerita jer... pasal kisah kaya sana kaya sini, perleceh orang tu orang ini, jenis hidung tinggi padahal latar belakang dia bukanlah dari keluarga kaya pun, hanyalah bekas askar melayu pencen jer... dan lu orang faham2 jelah level dia macamana kaaannnn.., jenis orang takda agama dan penyokong kuat umno memang macam tu ke perangai diorang... hahahahaa...

Selalunya yang banyak buat hal dan banyak cerita rumahtangga hancur sebab ada campurtangan "Mak Mertua".... jarang sekali adanya kisah "Pak Mertua"... di Malaysia macam2 boleh terjadi... hahahaha...

1 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Monday, July 21, 2014 11:54:00 PM  

Ajak pegi surau lepas berbuka, habis Tarawih boleh la ajukan soalan ni pada ustaz atau saper2 yg rasa boleh bagi jwpn bernas

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP