Malaysia Bakal Hancur.
>> Sunday, October 27, 2013
BAYANGKAN tahun
2023 – mungkin sedekad sahaja lagi tapi kalau tidak dikawal dengan
hati-hati, mampu memperlihatkan harga secawan teh tarik bernilai RM6.25;
iaitu 5 kali ganda harga sekarang. Malangnya, gaji purata tetap malar
pada kadar RM2,900 sebulan.
Ramalan Bank Amerika Merrill Lynch, rakyat Malaysia akan dikategorikan sebagai ‘Muda dan Miskin’ pada tahun 2030 kelak.
Senario sebegini –
di mana harga barangan yang tinggi diganding gaji yang tetap rendah
bakal menjadi realiti anak-anak kita – hakikat barang naik bakal
menghantui kehidupan kita seharian.
Bagaimana pula
harga rumah? Garis panduan Bank Dunia meletakkan harga rumah sepatutnya
berada kira-kira 5 kali ganda berbanding pendapatan purata tahunan.
Pada ketika ini,
harga rumah di Malaysia berada kira-kira 8 kali ganda berbanding
pendapatan purata tahunan. Sekiranya perkara ini dibiarkan terus
meningkat, anak-anak kita mungkin tidak akan mampu memiliki rumah mereka
sendiri masa akan datang.
Harga kereta
mencecah 40 kali gaji purata berbanding 20 kali hari ini. Ditambah
dengan harga petrol, tol dan parkir, memiliki sebuah kereta hanya
impian. Nampaknya anak-anak terpaksa meminjam kereta kita untuk ke sana
sini.
Harga makanan, bil
elektrik dan harga barangan harian melambung memerlukan anak kita
menggunakan kad kredit dengan kadar faedah bulanan tinggi, itu pun kalau
layak memohon. Ketika ini hutang isi rumah antara tertinggi di Asia
pada RM770 bilion iaitu 83% KDNK.
Realiti ini bakal dialami majoriti anak-anak kita terutamanya anak-anak Melayu.
Situasi ‘Jurang
Kemiskinan’ atau lebih tepat ‘Jurang Kemiskinan Melayu’ diukur dengan
indeks kemiskinan GINI 0.43 antara yang tertinggi di dunia. Statistik
menunjukkan golongan berpendapatan paling rendah di kalangan 40 peratus
isi rumah terbawah adalah Melayu walaupun 56 tahun merdeka.
Namun negara kaya
dengan sumber asli seperti balak dan minyak. Petronas menyumbang RM732
bilion kepada kerajaan semenjak 1974. Dari 1999, bajet kerajaan sentiasa
defisit sehingga hutang rasmi dan tidak rasmi kerajaan mencecah lebih
65 peratus KDNK pada RM630 bilion; ke mana dan siapa mendapat manfaat
daripada semua ini?
Jika dilihat siapa
memandu kereta-kereta mewah berharga 20 kali harga rumah teres atau
membeli banglo mewah berharga RM7 juta bersamaan 200 buah rumah projek
perumahan rakyat; memakai cincin, beg tangan, perhiasan atau fesyen
berjenama; barulah kita faham ke mana perginya RM1,300 bilion atau RM1.3
trilion.
Melihat proses
pilihan raya yang nyata memenangkan pihak tertentu dan laporan Ketua
Audit Negara maka punca ‘Jurang Kemiskinan Melayu’ sudah terang lagi
bersuluh adalah mereka yang bertopengkan fahaman kebangsaan yang
dipesongkan.
Oleh demikian bagaimana masa depan anak kita dapat diselamatkan?
Jawapannya jelas;
kita mesti bangkit menuntut perubahan melalui reformasi. Ini adalah
tuntutan ‘haq’ dan mesti dijadikan jihad demi masa depan anak kita.
Kita wajib menuntut
reformasi demokrasi bermula dengan proses pilihan raya telus dan adil;
reformasi sistem Parlimen melalui penubuhan jawatankuasa tetap memantau
semua kementerian termasuk penggubalan dasar dan akta-akta, hak
meratifikasikan perjanjian antarabangsa agar kedaulatan negara tidak
tergadai serta peluang mengusulkan perundangan oleh pembangkang agar
prinsip pemisahan kuasa untuk fungsi timbang-tara pentadbiran berjalan
lancar.
Kita wajib menuntut
reformasi ekonomi dengan memberhentikan ketirisan akibat rasuah dan
melaksanakan dasar-dasar ekonomi saksama di mana persaingan sihat
menurunkan harga rumah, kenderaan dan barangan sara hidup.
Kita wajib menuntut
reformasi pendidikan bermula dengan tidak mempolitikkan pendidikan dan
meningkatkan mutu pembelajaran secara serius dan radikal.
Tumpuan kepada
kaedah berfikir dengan kreativiti dalam sukatan, peningkatan kualiti
kemahiran guru-guru serta peningkatan suasana pembelajaran di
sekolah-sekolah melalui prasarana taraf dunia dengan penggunaan
teknologi terkini mesti disegerakan.
Demi anak-anak
kita, marilah kita bersatu menuntut reformasi segera dibincangkan.
Hakikatnya kita semua satu Malaysia yang inklusif bukan eksklusif untuk
golongan 0.1% sahaja. Ingatlah 10 tahun bukan masa yang panjang.
(Malaysia Bakal Hancur dan Najib Razak Akan Bertahan Sebagai Perdana Menteri Sehingga Tahun Ini Sahaja)
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com