Anwar Ibrahim Buat Hal Lagi...!!!!
>> Tuesday, March 19, 2013
Pada suatu malam yang hening dalam sempadan perairan Malaysia di suatu lokasi berhampiran Pulau Pemanggil. Gua yang sedang khusyuk dan penuh tawaduk memancing ikan jerung yang selalu bermasalah... tiba2 member sebelah berbisik... listen... listen... listen... sampai sebelas kali ulang listen.... kemudian gua menyampuk...
"Wooiii... berapa banyak listen daaaa...." sambil buat isyarat jari di bibir... perlahan dia cakap listen... listen..., gua diam2 dengar pasang telinga... dari kejauhan gua nampak macam ada lampu siren polis lip lap lip lap... kemudian gua dengar perbualan yang suaranya agak sayup2 kejauhan.... jadi gua andaikan bot yang ada lampu siren polis tu sebagai Bot Polis Maritim (PM) dan orang dalam perahu yang gua dengar macam bahasa Indonesia tu sebagai PATI.
PM: Mahu ke mana....???
PATI: Mahu masuk Malaysia pak....!!!
PM: Untuk apa masuk Malaysia...???
PATI: Kami mahu serang Malaysia pak... (sambil menunjukkan bazooka, M16, grenad dan pelbagai senjata berat)
PM: Kamu mahu serang Malaysia.... kamu 5 orang mahu serang Malaysia... (di iringi gelak ketawa guling2 secara beramai Anggota Maritim yang lain... hahahaha... muakakakaka...).
PATI: Betul pak.... kami berlima orang terakhir dalam perjalanan ke Malaysia... yang lainnya sudah ada dalam Malaysia pak.... 3 juta orang semuanya pak... apa tak bisa kami menyerang Malaysia...????
PM: Gulppppp.... (terkedu semua anggota Maritim yang sebelumnya kelakar gileeeerrr.... dengan Mat Indon tadi....)
Maka Anggota Maritim yang tadinya berseronok sakan syok sendiri... yang selama ini makan gaji buta... mulalah kelam kabut dan bertindak tegas terhadap PATI yang bersenjata dan bersemangat nak menyerang Malaysia.
Dalam keadaan kecoh tersebut... tiba2 batang pancing gua menjerit.... krriiiittttttttt.... perghhhh... sudah mengena jerung yang bermasalah nih.... puas gua berentap... berjam... jam... sampai keletihan beb.... layan punya layan... sampai ke subuh tak naik2 jugak.... masalah betul jerung tuuuu....!!!!
Akhirnya... berjaya jugak gua menimbulkan jerung tu ke permukaan, dalam samar2 gelap pagi... sekali member gua jerit... "bro... itu bukan jerung bro....", gua pun ushar punya ushar.... sekali yang terperangkap kat mata pancing gua.... Scorpene rupanya.....!!!!
Patut laaaaa..... ramai pendatang asing senang2 jer... bolos masuk dan bolos keluar Malaysia, yang Polis Maritim makan gaji buta main poker tengah lautan, lepas tu boleh sembang pulak dengan PATI sambil hisap rokok kretek.... si Scorpene pulak menyelam tak timbul2 seronok bermasalah di dasar lautan.
Lepas tu salahkan Parti Pembangkang jika suatu hari nanti Indonesia buat huru hara dalam Malaysia...!!!! Takan nak salahkan umno/bn laknatullah... wooiiii... diorang cekap memerintah Malaysia beb... dah nak masuk 56 tahun diorang jaga malaysia woooiiii... respeks la sikit....
Tu yang berlambak Indon, Pakistan, Myanmar pelbagai kat chow kit, bandar klang... semuanya kerja Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Haji Hadi.... kalau lu orang tak percaya apa yang gua cakap nih... lu orang pergi tanya dengan penchachai dan pemimpin umno laknatullah....!!!!
Nama yang paling top untuk dipersalahkan... sudah tentu Bung Anwar Ibrahim laaaa.... siapa lagi kannnn....??? Inilah makhluk paling jahat dalam Malaysia jika nak dibandingkan dengan Rosmah Mansor yang suci walaupun berdebu... hahahaha....!!!!
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com