IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Tak Bayar Duit Pajakan/Pampasan... Sultan Sulu Mengamok Laaa...!!!!

>> Thursday, February 21, 2013

Adussss...., pada era Pak Lah gua pernah buat satu posting berkaitan Pajakan Negeri Sabah dan Pembayaran Tahunannya. Di sebabkan gua nih spesies yang malas nak korek sana sini, lagipun posting tersebut dalam url lama gua iaitu ikutsukakuisa.co.cc yang dah lebur, hancussss... kena godam... so lagi mau cari kaaa...  sendiri mau ingat laaa...!!!!

Apabila kekecohan Lahad Datu timbul... teringat kembali akan kisah tersebut, apatah lagi dengan kemusykilan gua terhadap Keraaaaaaajaan Malaysia menanggani isu ini. Apa yang membuatkan gua muyskil + hairan binti ajaib....????

Apabila rakyat Malaysia berhimpun secara aman... Keraaaaajaan Malaysia ganyang ikut suka Pak Menteri diorang jer.., bilamana kes Al-Maunah tercetus.... Keraaaajaan Malaysia perang sampai mati, apabila kes Memali... Keraaaaajaan Malaysia hancurkan satu kampung.... dan apabila....

Tentera Sulu menceroboh Sabah... Keraaaaajaan Malaysia ambil tindakan diplomasi dengan cara berunding..., jika diikutkan apabila perairan/sempada negara dicerobohi oleh penceroboh bersenjata maka tindakannya perang jelah kaaannnnn...???? Tembak sampai lunyai kerana mempertahankan kedaulatan negara, tapi kali ini tidak....!!!!

Kenapa tidak....!!!!

Mengapa tidak diperangi sahaja penceroboh2 Sulu... pengecutkah Askar2 kita... atau Perdana Menteri dan Sepupu Menterinya ada sesuatu yang diorang rahsiakan daripada pengetahuan awam/rakyat selama ini.

Adakah kerana surat kat atas tuuuu....???? Surat apa tuuuu....???? Lu orang baca sendiri... hahahaha...!!!!

Persoalannya,
Benarkah Negeri Sabah itu Kesultanan Sulu yang punya..???
Jawapannya ada dalam buku "Tausug & Kesultanan Sulu". Segala bukti ada di sana termasuk salinan surat perjanjian 1878.

Umum tahu beberapa bulan lepas ada wakil dari Malaysia pergi jalan-jalan cari makan ke Filipina... buat apa eeekkkk... adakah terlibat dengan perkara/cerita kat bawah nih... oooolaaaallaaaaa...!!!!
Sebulan yang lalu YM Datu Albi Ahmad Julkarnain telah dipanggil oleh Gobernor Abdul Sakur Tan ke pejabatnya di Jolo, Sulu kerana ada berita menarik yang perlu disampaikan. Sesampai di pejabat tersebut Abdul Sakur telah menunjukkan kepada Datu Albi dua helai surat yang beliau dakwa "surat kepada kerajaan Malaysia menuntut naikkan harga bayaran sewa Pajakan Sabah". Beliau juga mendakwa baru balik dari North Borneo berbincang dengan wakil kerajaan Malaysia.

YM Datu Albi terkejut lalu bertanya siapa yang arahkan Abdul Sakur buat surat itu dan pergi jumpa kerajaan Malaysia? Abdul Sakur memberi tahu bahawa yang suruh beliau ialah Sultan Esmail Kiram II bin Datu Punjungan. Datu Albi dengan nada kecewa berkata,

"Siapa Esmail? Wakil kepada 9 waris keluarga kiram? Adakah mereka fikir mereka sahaja "waris Sultan Sulu" manakala beribu-ribu waris Sultan yang lain tidak? Kami dari Majlis Para Datu menentang pembayaran Malaysia terhadap 9 Waris ini. Mana mungkin waris sultan hanya 9 orang? Mereka ini penjual negara, jangankan negara yang mereka tidak jual, tanah kubur tempat ayahanda mereka bersemadi pun mereka mahu jual."

YM Datu Albi berkata bahawa Esmail Kiram telah diarahkan oleh Kerajaan Filipina mengugut Malaysia untuk menambahkan bayaran wang pajakan Sabah.


Gua harap.... segala persoalan mengapa Menteri KDN masih nak berunding dengan penceroboh2 bersenjata di Sabah... dan masih auw... auw... dengan Sultan Sulu terjawap sudah....

Sebabnya Negeri Sabah adalah negeri yang di pajak oleh Malaysia... ini kes nak naikkan harga sewa rumah laaaaa.... sebab tu apa hal pun kena berunding dulu... setuju mau naik sewa ka tak mau... kalau mau naik sewa jugak... kita perang.... kah.. kah.. kah...!!!!

Pulau Batu Putih.... Tanjong Pagar.... sekarang Sabah pulak... !!!! Ntah apa lagi yang Keraaaaajaan Malaysia rahsiakan dari pengetahuan rakyat...., silap haribulan Perlis, Kedah dan Kelantan... Thailand yang punya.... muakakakakakakaaaaaa....!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP