IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Benarkah.., Lahad Datu Drama Ramayana umno/BN...???

>> Wednesday, February 20, 2013



Assalamualaikum Bro Isa,

Bro, kalau bro nak publish cerita ni..belasah je. hehehehehe
Aku tak tau nak buat apa bila terbaca post ni dalam FB isteri aku (berkaitan sms/repot mengatakan bakal berlakunya perang di Lahad Datu pada 18 Feb 2013 yang tersebar di FB). Panic... Bingung semacam tak percaya. Baca 2-3 kali... eh, takan perkara macam ni PDRM buat main-main? Arus perdana milik UMNO dan BN ada buat release ke benda ni officially? Bahaya ni..!!

Aku pun cuba la explore mana-mana blog PR yang ada cerita ni.. ada... tapi tak banyak yang jadikan top story. Yang paling top, cerita pasal Najib kena hack. Hahahahaha... so.. pada pandangan aku ramai blogger PR yang tak dapat maklumat lagi pasal benda ni.. tapi, sebab aku tinggal dekat-dekat dengan kawasan yang bakal jadi medan peperangan ni (kalau betul la).. aku nak kongsi la.. betapa berita ni menjadikan penduduk di kawasan-kawasan berhampiran hidup dalam keadaan bingung dan takut..

Okay la, aku mulakan kekeliruan ni dengan begini….

Tuntutan ke atas Sabah?
Aku tak tau sejauh mana kisah ni benar. Okay la, katakan benar, katakan tuntutan mereka ni benar, kenapa PM, kenapa KM dan kenapa Hishamudin KDN… tak pergi runding dengan kerajaan Filipina, duduk semeja dengan Presiden Filipina.. bincang elok-elok, siarkan dalam arus perdana, bagi tau rakyat? Lagi satu, benarkah masih ada lagi Kesultanan Sulu? Kalau pun ada, kenapa Sultan tu tak datang Sabah dengan cara terhormat? Kenapa suruh kuncu-kuncunya datang?

Dorang datang nak ambik Sabah? Ish..., biar betul? Ambil macam tu je ke? Orang Sabah nak duduk diam ke? Aku tengok orang-orang yang dah lama sini pun tak ambik kisah je. Kenapa? Hahahahaha…ada orang main wayang ni. Aku tak tau. Aku blast je. Lagi satu, kenapa tuntutan ni dorang buat dekat-dekat PRU13? Macam ada yang tak betul je?

Tuntutan lain yang aku dengar lagi, dorang tak nak balik, konon Sabah ni hak nenek moyang dorang, dorang nak taraf kerakyatan atau warganegara Malaysia. Hahahahaha….nak tambah pengundi HANTU?? Aku tak tau..sebab cerita ni aku dengar sendiri dari orang-orang tua di sekitar situ.

Mendarat di FELDA?
Ada cerita, dorang mendarat di Sungai Merah, ada cerita lagi di Kampung Tandou. Mana tempat ni? Semuanya berdekatan dengan Felda Sahabat. Aik? Kenapa nak mendarat dekat-dekat Felda? Tak de tempat lain ke? Kenapa tak turun di Sandakan, Kudat, Tawau, Kunak dan Semporna atau terus ke Kota Kinabalu? Kenapa pilih Felda? Tak kan semua rokok smuggle yang ada di Sabah ni masuk dari Felda? Wow!! Sejak bila Felda jadi pintu masuk ek? Hahahahahaha…..funny!

Atau kes Felda di Sabah ni belum settle? Kes ape tu? Aku tak nak cakap sebab aku tak dapat proof yang banyak, tapi bole rujuk sini 
 
Puak-puak ni datang bawa senjata?
Dorang datang bawa senjata? Ada “baby armalite”? fuiyoo!! Datang Felda ada senapang? Tapi Felda Sahabat ada resort kan? Dorang nak holiday kot? Stay resort…santai..and have fun. Atau pun, mungkin ka jugak senjata-senjata ni dah lama ada di Sabah ni? Ini bukan lagi datang nak holiday, ni dah kira nak berperang. Habis la……. Seperkara lagi, puak ni, suku kaum ni, dah lama ada di Sabah. So, kalau betul la diorang nak perang, tak kan suku dorang yang lain yang dah lama duduk di Sabah ni bediam diri??
 
Mana barisan keselamatan negara?
Yang ni aku tak faham langsung. Dorang datang Sabah ni senang-senang je. Masuk macam tu je. Siap bawa senjata lagi. Ish…mana pegi pasukan keselamatan negara yang menjaga perairan? TLDM, Maritime, PGA, Polis dan macam-macam lagi la… Mana kapal selam kita yang MAHAL tu?

Hahahahahaha.. pasukan kita ni bersantai ke di Pulau? Eh.., aku salute dengan dorang ni. Sebab dorang la negara selamat. Tu pun kalau dorang buat kerja la.. kalau tak memang dah lama hancur. Tapi dalam kes ni, langsung tak masuk akal. Okay, kata la dorang dah lama ada di Sabah, mana ejen perisikan kita?  Dorang tak tau ke, atau buat-buat tak tau….

Lagi aku tak faham, kenapa dengan puak-puak yang boleh di anggap militant ni, kita masih boleh nego lagi? Kenapa tak serang terus? Dah tau diorang ada senjata and bila-bila boleh perang, nak nego lagi? Kita Duduk Bantah pun kena sembur dengan air, kena gas pemedih mata, kena balun, tumbuk, sepak, terajang... fuh!! Fully package!! baru duduk belum perang lagi. Banduan terang-terang lari… kejar.. tembak mati..!! yang ni..?? Takan nak bagi makan lagi..?? Simple aku cakap, orang datang rumah ko, dan jelas ko tak kenal, then bawa senjata, takan nak jemput naik lagi, hidang kuih. Tak faham aku.

Sekolah ditutup?
Dan yang ni pun aku tak faham, statement orang-orang besar kata, semuanya okay... tak akan berlaku pertumpahan darah.. tapi kenapa sekolah kena tutup..?? Beberapa sekolah berdekatan dengan kawasan Felda ditutup atas sebab-sebab keselamatan..maaf aku tak dapat circular dari kawan-kawan kat sana. Tapi yang pasti, member aku kat Tawau dah balik Felda Sahabat, ambik anak bini dia. Kenapa mesti tutup sekolah? Darurat sangat ke? Dah mula bertembak ke? Nego dah tak boleh ke? Aku rasa macam dah nak perang. Tempat aku yang jauh dari kawasan puak-puak ni datang pun dah macam darurat.

Kesimpulannya senang. Tak payah fikir banyak. Sama ada benda ni siyes berlaku atau cuma Drama Swasta. Walau apa pun kejadiannya, bagi aku la.. KALAU benda ni betul berlaku, baik keraaajaan UMNO-BN settlekan cepat.

PRU13 dah dekat.... Jangan nak lengah-lengahkan masa dan jadikan kes yang berlaku ni sebagai alasan untuk menangguhkan PRU13.


......TETAPI……TETAPI……TETAPI……TETAPI……

Sekiranya ini Drama Swasta yang UMNO-BN buat, aku berharap sangat, UMNO-BN ni akan MAMPUS selama-lamanya.

Mr XXXXXXX.

(Nota: Gua sembang dengan member Lahad Datu yang kini berada di Semenanjung, dia kata pagi tadi dia call isterinya di Lahad Datu sebab dia pun risau gak..., feedback dari isterinya mengatakan suasana di Lahad Datu aman dan tenteram, anak2 pergi sekolah seperti biasa. Cuma ada roadblock sana sini... itu jer...)

Walau apa pun terima kasih kepada sahabat kita yang hantar email atas tu untuk perkongsian kita bersama dalam membuat penilaian/perbezaan samada apa yang dilaporkan selama ini oleh media perdana/alternatif benar atau tidak... sendiri mau ingat laaa.... wallahuaklam...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP