IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Berita Haramjadah Buat Najib

>> Thursday, January 24, 2013

Perdana Menteri, Najib anaknya Razak merangkap Presiden umno Laknatullah dan Pengerusi Barisan Nasional dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya di Pekan, Pahang, seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, terutama janji-janjinya yang terbaru ini di Kelantan, sedangkan janji di Batu Sapi sudah hilang dari ingatannya. Ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.

Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam, rambutnya semakin nipis dan kelihatan serabut, hinggakan ada utusan melayu berkhabarkan beliau terkena angin ahmar bertahap ringan baru-baru ini. Dengan kecamukan dan kecelaruan kepala hotaknya kini, bak... kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nur pada wajahnya.

Apapun harapnya laporan berita dari akhbar "Perosak Pemikiran Rakyat" akhbar Fitnah terkemuka negara iaitu Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar dakwaan Deepak dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.


Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada beberapa nama individu telah disenaraikan oleh Deepak Jaikishan dalam dakwaannya terhadap kes pembunuhan Altantututuyaaaa dan konspirasi penjualan tanah di Bukit Rajah, Selangor melibatkan bini Najib anak Razak dan Ketua Wanita umno Laknatullah.

Nama yang disebut oleh Deepak yang dikaitkan melakukan aktiviti merasuah PI Bala dalam isu Altantutuya dan penjualan tanah dengan Najib terdiri daripada beberapa orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan kekeluargaan dan istimewa dengan Perdana Menteri.

Antaranya ialah Rosmah Mansur, Raja Ropiah, Adiknya Najib, Razak Baginda, Mak Lembu dan beberapa orang peguam seperti yang di kaitkan dalam kes ini.

Tapi Najib kekal sebagai Najib, beliau akan kekal mendiamkan diri dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri, penyelesaian terakhir dan paling haramjadah sekali Najib akan bersumpah tidak mengenali semua saksi2 tersebut dan tiada kaitan dengan mereka.

Maksudnya, Najib tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Najib bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti penyelewengan jual beli tanah dan konspirasi pembunuhan Altantuya yang terpalit namanya selama ini.

Walhal, jika Najib benar-benar tidak melakukan sebarang urusan penjualan tanah mahupun terlibat dengan nama Altantuya sama ada secara formal atau rahsia seperti yang didakwa, sepatutnya Najib perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.

Dengan keadaan sekarang yang mana beberapa nama individu itu kekal dalam penyataan pendakwaan Najib, mahu tidak mahu Najib terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk. Apatah lagi selepas di hentam dengan Presiden Mahmoud Abbas sewaktu lawatannya ke Gaza baru-baru ini dan tikaman dalaman dari Timbalan Presiden partinya sendiri.

Percaturan Najib sudah sampai ke penghujungnya, beberapa individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya dan memanjangkan oksigen Mahadeath yang mewakilkan Muhyiddin Yasin sebagai proksi bakal Perdana Menteri Malaysia.

Sumber berita dari - TiewKa Apa Nama
Wartawan : Anak Yatim Bin Kepala Dogol.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP