IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

@Najib Razak... Halal Haram...!!!!

>> Tuesday, December 11, 2012

NajibRazakClub... tweets kat gua kononnya PM berjiwa rakyat ni... makan di Raju's Banana Leaf, Jalan Gasing beb... hahahaha...!!!!

Punyalah ramai yang sokong dan bodek kononnya inilah PM berjiwa rakyat, makan semeja dengan rakyat tanpa segan silu dan berbeza darjat... bla.. bla... bla...

Cuma gua nak bagitau sikit, sejak jadi PM pada 2008... dah berapa kali malaun nih turun dan merakyatkan dirinya bersama2 rakyat...???? Boleh kira dengan jari kaki kannnn...???

Buat pengetahuan lu orang, PM nih sedang merakyatkan dirinya sekarang ini kerana PRU sudah hampir beb, dan apa yang PM sedang lakukan sekarang ini adalah perkara biasa yang selalu kita nampak apabila musim PRU/PRK tiba... iaitu YB-YB, Pemimpin Parti akan turun padang sambil tersengih macam kerang busuk.... hahahaha...

Meraih simpati dengan menebalkan muka2 diorang mengikut ketebalan kulit babi 14 inci.... hahahaha... tak kira laaa... samada umno/bn mahupun pakatan rakyat... 2x5 jer.. dalam bab ini. Dah dapat kuasa dan jawatan... masing2 hilang dan tunggu lagi 5 tahun biawak2 ahli politik akan muncul semula.

Lagi satu gua nak bagitau, gua dulu bersekolah di La Salle Jalan Gasing, jadi Restoran Daun Pisang Raju bukan perkara asing bagi gua... hahahaha, PM nak melantak berapa pinggan kat Raju's... itu dia punya pasal laaaa...., cuma sumber masakan tu "Halal" atau tidak yang menjadi persoalannya.

Bahan mentah seperti ayam dan daging kambing melalui proses sembelihan cara Islam atau tidak, umat Islam wajib berhati-hati dalam isu ini. Walau bagaimanapun kita bersangka baik jelah bahawa PM kesayangan lu orang ni makan Nasi Daun Pisang berlauk Kari Ikan... hehehehe... tak gitu Najib Razak...????

Jika nak spesifik dan lebih details lagi... bukan setakat sumber bahan mentah jer..., sumber masakan itupun di ambil kira jugak laaaa.... siapa tukang masaknya, kuali dan perkakas masakan, ada bismillah atau tidak dan banyak lagi aarrr..., cuma gua sentuh perkara di atas tu atas kapasiti dan konteks Islam pemahaman cara umno beb... hahahha...!!!!

Gua nak tuduh Najib Razak makan sumber tak halal... tak berani la pulak takut jadi fitnah, sebabnya gua tak nampak apa yang dia makan, seperkara lagi... ntah rambut malaun mana la pulak yang interframe pinggan Najib tuuuu... hahahaha...!!!!

Kesimpulannya..., nasi daun pisang memang sedap... tapi kena selidik dulu sumber bahan mentahnya Halal atau Haram... adiiioooosssss.....!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP