IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Alhamdulillah Selesai...!!!

>> Tuesday, April 24, 2012

18 April 2012 - jam 9.30pm. Inilah kali pertama gua menjejakkan kaki di Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarah, perghhhh.... besar gileeerrr... beb, terpegun gua..!!! Lantas teringat gua pada awal 1990an sewaktu gua di ajukan soalan temuduga kerja dengan Bank Islam "Apakah Masjid yang terbesar di dunia", dan jawapan gua betul berdasarkan pembacaan dan gambar, hari ini gua telah berada di dalamnya... Allahuakbar.. 3x..!!!

Suasana Jumaat Masjid Nabawi - Sony Xperia S

Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawarah adalah masjid kedua dibangunkan oleh Rasulullah SAW, masjid pertama dibangunkan oleh Rasulullah SAW adalah Masjid Quba' terletak antara Mekah dan Madinah. Sebelum berangkat hari tu.., abah gua dah berpesan banyakkan berdoa di Multazam (Kaabah) dan Raudhah..., jika boleh usahakan untuk iktikaf dalam Raudhah, apakah sebenarnya Raudhah?

Raudhah, satu tempat yang sangat mulia dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah ianya tempat turunnya wahyu kepada Baginda, ia juga merupakan di antara Taman2 Syurga. Kedudukannya terletak di antara rumah Rasulullah SAW dengan isterinya Saidatina Aisyah, Mimbarnya terletak ditepi Masjid Nabawi, bahagian inilah yang dikenali sebagai Raudhah atau Raudhatul Jannah (Taman Syurga)


Para alim ulama' mengatakan berdoa di Raudhah akan dikabulkan oleh Allah SWT. Apabila memasuki Pintu BabulSalam karpetnya berwarna merah, kawasan Raudhah dibezakan dengan karpet berwarna hijau daun pisang dan tiangnya putih berukiran keemasan. Tapi pada malam ini gua dan member2 jemaah hanya dapat masuk ke Masjid Nabawi dan buat Solat Tahiyatul Masjid jer... keesokannya baru Mutawwif bawa ronda2 Maqam Rasulullah dan Raudhah. 


19 April 2012 - jam 9.00am.
Di antara 3 pintu tersebut, apa yang di beritahu oleh mutawwif kami pintu 1 dan 3 hanyalah wayang jer... wallahuaklam..., pintu 2 adalah pintu sebenar kedudukan Maqam Rasulullah dan sahabat2nya. 

Ketika Rasulullah SAW wafat, baginda dimaqamkan di dalam rumahnya. Disebelah maqam Rasulullah SAW adalah Maqam Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA dan disebelahnya pula Maqam Saidina Umar Al-Khathab. Kedudukan Maqam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA dan Saidina Umar Al-Khathab seperti posisi solat antara Imam dan Ma’mum. Abu Bakar menjadi ma’mum kepada Rasulullah, kemudian Umar Al-Khathab menjadi ma’mum kepada Abu Bakar As-Siddiq. 

Dalam keadaan bersesak dan berhimpit dapat juga gua menyelitkan diri untuk bersolat sunat di Raudhah, gua buat sebanyak mungkin sampai kena halau dengan Polis Pak Arab yang berkawal di situ... hahahaha... Ramai orang yang ingin mengambil peluang solat dan berdoa di Raudhah, bab jemaah berebut2 nak bersolat dalam Raudhah menjadi perkara biasa, bayangkan masa tengah sujud dengan selamba beruk jer... ada orang langkah kepala lu sampai kopiah pun tercabut, kaki kena pijak tak payah citerrr aaarrr....!!!! Perggghhhh.. betul2 tercabar dan mencabar beb... kalau di Malaysia dah tentu2 kena sekeh beb....!!!

Perkuburan Baqi - Sony Xperia S
Selepas lawatan yang dipandu oleh mutawwif kami pada hari tu..., setiap kali masuk waktu solat fardhu gua akan cilok ke pintu BabusSalam... kononnya nak dapatkan peluang berjemaah dalam Raudhah atau depan Maqam Rasulullah... tapi hampeh beb... pasal kawasan tu sentiasa penuh dan dikepong oleh pak polisi...., walau dalam hati gua sentiasa berdoa supaya diberikan peluang tersebut.

Hinggalah pada Subuh hari Jumaat, gua berjaya menyelitkan diri dalam saf ke 2 betul2 membelakangi Maqam Rasulullah, habis jer solat terus bangun dan pusing belakang dengan mengucapkan salam dan menyampaikan Salam yang dikirimkan oleh member2 sahabat Blogger dan member2 yang lain kepada Baginda Rasulullah dan Sahabat2nya... puashati kerana dapat menunaikan amanah dan kiriman member2 sekalian.., sebabnya sebelum2 itu nak dapat peluang berdiri depan maqam Rasulullah takda peluang langsung... asyik kena halau jer.... hehehehe....

Pada hari Sabtu pula, jam 10.30am gua dah memasuki pintu BabusSalam, selit punya selit dapat iktikaf dalam Raudhah sehingga selesai Zohor, yang ini betul2 puashati beb... , berebut-rebut beb nak solat di Raudhah hinggakan sanggup menolak menyakiti jemaah lain kerana ramai orang ingin mencari jalan ‘short cut’ masuk ke dalam taman syurga tuuu.... hahaha...

Tetapi apabila difikirkan kembali, apakah yang dimaksudkan dengan Taman Syurga...???
Bukankah Taman Syurga itu maksudnya dengan Majlis Ilmu. Pelik ibnu Hairan ibnu Ajaibnya takda pulak dan tak ramai umat Islam berebut masuk ke dalam majlis ilmu...???

Terutamanya majlis2 ilmu di setiap Masjid/Surau di Malaysia, selesai jer solat maghrib pasti ada majlis ilmu.... tapi tak ramai yang nak duduk dalam Raudhah di Masjid2 di Malaysia.... hahahaha...!!!! termasuklah gua... muakakakakaaaa....!!!
Ibn Abdil Barr mengatakan maksud Raudhah sebagai majlis zikir (ilmu) adalah dikuatkan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila kamu melalui salah satu Taman Syurga, hendaklah kamu berhenti". Sahabat lalu bertanya apakah Taman Syurga itu? Rasulullah SAW menjawab: "Majlis zikir (majlis ilmu)” - (Ad-Durrah Ath-Thaminah 134).
Sendiri mau ingat laaaaa.....!!!


Banyak lagi yang nak gua kongsikan sepanjang 2 minggu di Bumi Anbiya... tapi nanti2 aarrr...., kepada pengomen yang mendoakan gua keburukkan di Tanah Haram kerana selalu maki hamun pemimpin umporno dan YB2 yang gila kuasa, mata duitan dan perangai macam cibai tuuuu....!!!!

Bukan kerana takbur dan sombong, tetapi buat pengetahuan lu... gua Alhamdulillah selamat beb... tak di uji dengan apa2 dugaan dan balasan kerana gua yakin sepenuhnya dengan Surah Al-Masad...!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP